Pages

Tuesday, 25 November 2014

MENCARI MAGNET KEKAYAAN DAN KEBAHAGIAAN BERSAMA ATEH ZUHAIRI

Assalamualaikum wbt..

SMS doakan Sahabat semua sihat, ceria dan bahagia selalu di samping insan-insan tersayang.

Hari ini, SMS nak kongsi dengan anda semua kisah Magnet Kekayaan dan Kebahagiaan bersama Ateh Zuhairi.

Siapa, Ateh ya? Sahabat kenal Ateh? Hehehe...

Mesti ramai yang kenal.. Tapi, mesti ramai jugak yang belum kenal..

Alhamdulillah..tahniah, SMS ucapkan kepada anda yang mengenali Ateh..

Kepada sesiapa yang belum mengenali Ateh.. SMS akan ceritakan serba ringkas siapa Ateh sebenarnya. 

Ateh ialah penceramah bagi program Law of Universal Attraction (LUA) & Neuro Linguistic Programming (NLP) yang telah SMS attend untuk dua hari yang lalu yang amat bermakna dan berharga. Nak tahu lebih lanjut pasal ateh.. boleh click di sini ya. 

MENCARI MAGNET KEKAYAAN & KEBAHAGIAAN

Sahabat..

Tahukah sahabat, Mentor SMS Master MariaFirdaus selalu berpesan..

"Tulis, tulis dan tulis.. 
Tulis Impian anda kalau nak berjaya..
Kalau anda bermimpi tanpa menulis..
Cakap kat orang sebelah. Kecian.."

Itu yang SMS tengah alami sekarang.. Kesan dari menulis.. Satu persatu impian SMS mula tercapai.

Alhamdulillah..

Antara impian yang ditulis adalah :

$ Nak belajar ilmu baru dalam dunia perniagaan untuk memberi manfaat kepada ramai orang.

$ Nak mendekati leader-leader SMS dalam perniagaan seperti Master Nur Zahirah, Master Ainul Shahrazad, Master Hafsah Mardhiah dan yang paling penting Master MariaFirdaus.

$ Nak berjumpa dengan insan-insan yang hebat terkenal di Malaysia seperti Dr. Azizan Osman (DAO), Jutawan Irfan Khairi (IK) dan Tn. Zuhairi Mohd Nopiah atau lebih dikenali dengan panggilan Ateh untuk belajar LUA & NLP.

$ Nak berkongsi pengalaman dan ilmu dengan sahabat-sahabat semua.

Alhamdulillah, sekali lagi.. SMS berjaya capai impian-impian ini. Percaya ke percaya? Kalau dah percaya, try lah buat cam SMS. Nak tahu cam mana SMS buat. Boleh tanya je, SMS. Tiada masalah.. Senang dan mudah sahaja.

Hari ini, SMS bukan nak highlight pasal impian nie.. Tapi, SMS nak kongsikan pengalaman indah bersama Ateh dalam mencari magnet kekayaan dan kebahagiaan.

PENGALAMAN BERSAMA ATEH (SENYUMLAH)

Apa yang bestnya, sepanjang program nie.. SMS sentiasa dikelilingi oleh aura-aura positif. 

Cuba sahabat bayangkan sambil pejamkan mata. Kita berada di sebuah tempat yang semua orang happy, tersenyum bahagia.

Dan bayangkan pulak, lagi satu tempat yang dipenuhi orang yang stress, sedih, berwajah masam, murung dengan pandangan-pandangan tajam tertusuk ke jantung.

Cam mana?

Dapat bayangkan?

SMS pasti anda semua akan memilih untuk berada bersama-sama mereka yang happy walaupun Sahabat kurang happy. Tetapi, tiada siapa yang ingin berada di bayangan kedua tue kan :-)

Ok, SMS terasa teruja dan tak sabar-sabar nak berkongsi dengan sahabat semua.

SEBELUM TUE.. CUBA SENYUM DULU :-)

Kalau sahabat nak tahu.. SMS memang suka tersenyum walau di mana-mana, dan dengan sesiapa sahaja. Sesuai dengan tagline SMS.. "Think Positive and Keep Smiling." Simple je kan? Tapi, bukan semua orang mampu senyum.. Sedangkan senyuman itu adalah sebahagian dari cara kita nak bersedekah dengan mudah.

Sekecil-kecil manusia SMS akan senyum.. sampaikan anak kecil yang menangis tak jadi nak menangis bila tengok SMS senyum.

Agak-agak apalah si kecil tu fikir ya?


"Kenapa dengan untie nie? Aku nangis.. Dia senyum kat aku.. Pelik betul lah.. "

Pastu si kecil tue.. berhenti menangis. Dia balas balik senyuman SMS. Lega si ibu yang nak mendengar Ateh memberi ilmu.. dapat lah fokus.

See.. kan, kita dah berjaya membahagiakan orang sekeliling.

Untuk makluman sahabat semua, dalam shaklee.. Tiada masalah untuk ibu bapa membawa anak-anak bersama dalam setiap majlis ilmu. Kami pentingkan keluarga dalam setiap perkara.

Mudah, kan nak berniaga?

Amat mudah.. tiada alasan untuk berjaya dan bahagia.

Inilah dia salah satu magnet Kejayaan dan Kebahagiaan yang berjaya dipelajari dan difahami.

SMS dah berdoa dan berniat, sebelum mulakan perjalanan ke Suria Cherating Beach Resort yang mengambil masa 45 minit hingga 1 jam seperti di bawah:

"Ya Allah Ya Tuhanku.. Permudahkanlah dan lancarkan lah perjalananku untuk menuntut ilmu dari program Tn. Zuhairi Mohd Nopiah pada hari ini. Semoga dengan kehadiranku ini, merupakan permulaan kepada kejayaan dan kebahagiaan hidupku dan juga keluarga. Dan dengan ilmu ini juga, ia mampu memberi manfaat kepada lebih ramai insan-insan di luar sana. Ya Allah, permudahkanlah untuk menerima ilmu dan memahami setiap inci perkara yang bakal ku pelajari untuk masa depan yang lebih baik dan membahagiakan. Hanya kepada-MU ku memohon dan berlindung. Aamin :-) "

Alhamdulllah.. Apabila SMS tiba di sana. terus disambut oleh Master Nur Zahirah dan SMS adalah peserta pertama yang sampai. Rasa cam bermimpi. Hehehe :-)

SMS mintak diri dengan Master sebab nak tunaikan Solat Dhuha dulu, memandang masih ada masa lebih kurang 1 jam. Nak tergelak SMS sebab tersalah faham. Program bermula pukul 9 pagi. Bukan pukul 8 pagi taw. That why, SMS sorang yang baru sampai.. Apa-apapun, SMS memang lebih suka sampai awal dari masanya. Supaya kita, tak kelam kabut..

Bila dah selesai di surau.. SMS pun masuk ke dewan. Dan mestilah SMS cari tempat duduk di depan sekali kan. Supaya mudah SMS nak faham. SMS kurang suka duduk di belakang sebenarnya.. Rasa cam ada halangan.. Tak nampak nak tengok muka Ateh yang handsome tue nanti. Hehehe.. 

Dari dulu, lagi.. SMS memang akan cari bahagian depan untuk belajar ilmu baru.. Kalau kat U, kawan-kawan semua akan datang awal ke kuliah untuk duduk di belakang (fikir-fikir balik cam kelakar, datang awal sebab nak duduk di belakang). SMS lagi suka.. Tak perlu berebut-rebut.. Ini orang melayu kita.. SMS pun, orang melayu... Tapi, SMS nak berjaya.. Tak nak mundur di belakang.

Opps..!! Sorry, teringat kisah lama pulak.

Jom, tengok gambar-gambar SMS sepanjang program satu hari pada 21 November 2014 yang lepas.
credit to nizahealth.blogspot.com
Sahabat nampak?

Ateh senyum.. dan nampak.. siapa kat sebelah SMS?

Master Ira..

SMS duk je kat situ.. Tak sangka pulak Master Ira mai, duk sebelah SMS. Lagilah bahagia dan berbunga-bunga. Orang hebat duduk sebelah..

Seronok ke seronok?

Alhamdulillah..seronok sangat. Rasa nak sujud syukur time tue jugak..

Hahaha..


credit to nizahealth.blogspot.com
Masing-masing FOKUS.. Master Ira pun belajar sekali walaupun dah jadi Master.. Sebenarnya, memang orang berjaya akan sentiasa belajar untuk menimba ilmu walaupun sudah berkali-kali mendengar. Kerana kali ketiga, belum pasti sama dengan sebelumnya.

Bila tiba time makan , bertambahlah SMS bahagia dan berbunga-bunga.. Dapat duk semeja dengan Ateh dan Master Ira..


Anak kecil pun turut serta dalam program nie

Sebelah SMS ni, Sanah nama manjanya. Sebelum ni, dia pernah jadi jururawat. Sekarang dah rank tinggi jugak lah dalam shaklee. Dah setahun lebih.



Yang ni, pulak.. Kak Fiza. Dah setahun lebih dan rank tinggi jugak dalam shaklee.. So, hari ini memang SMS dapat mendekati insan-insan hebat sebagaimana yang diimpikan.

Alhamdulillah.. Banyak nikmat kejayaan dan kebahagiaan yang Allah berikan kepada SMS dan kita semua sebenarnya.



Untuk sessi petang, kami dikehendaki oleh Ateh untuk bertukar tempat baru dengan rakan-rakan.

SMS terpaksa lah mencari tempat baru..Cari punyer cari.. terduduk jugak sebelah Master Ira (kena tukar lagi). But!!! Don't worry, be happy.. Ini lah tempat SMS. Masih berhadapan dengan Ateh.. So, tiada masalah :-)

Banyak ilmu-ilmu baru yang amat berharga SMS dapat hari ini.



Sessi petang berakhir dengan 1 tasking yang diberi oleh Ateh.. Kami perlu renew Vision Board menggunakan konsep PIES DREAM BOARD. Ateh, nak tengok untuk hari esok. 

So, sahabat..Sehingga bertemu lagi kita dalam entry seterusnya yang lebih mencabar dan menyeronokkan :-)


Sila like dan share sekiranya, ia memberi manfaat kepada rakan-rakan dan keluarga anda di luar sana. Semoga sahabat semua sentiasa dipermudahkan segala urusan dan berjaya menjadi insan bertaqwa dunia dan akhirat.

Doakan kejayaan dan kebahagian SMS juga, ya sahabat :-)

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan insan-insan tersayang?
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 
Shaklee ID : 1168494
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

2 comments:

None said...

Alhamdulillah...kinah dapat belajar sesuatu yang amat berharga. Akak dulu pun byk belajar drp Ateh walaupun attend seminar dia sekali aje tapi pengajarannya hingga ke hari ini, Alhamdulillah.

sakinah (SMS) said...

Assalamualaikum, dan selamat tgh hr semua. Alhamdulillah.. rindu kak june :-) thanks kak june sudi singgah :-)

Post a Comment