Pages

Monday, 3 November 2014

TIGA SERANGKAI... BUKAN LAGI UNTUK ORANG KAYA

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar sahabat? SMS mendoakan anda semua berada dibawah lindunganNya, diberkati dan bahagia dunia akhirat.

Hari ni, SMS nak berkongsi cerita mengenai serangkap nama yang sudah tidak asing lagi kepada kita, iaitu Tiga Serangkai.

APA TIGA SERANGKAI NIE??

Untuk sahabat-sahabat yang tidak pernah dengar dan tahu, SMS akan terangkan ya :-)

SMS bukan, apa. SMS tak sanggup melihat kita semua hidup tanpa ilmu pengetahuan yang amat berguna kepada keluarga dan masyarakat sekeliling.

Tak susah pun, nak faham. Cuma berikan masa dan ruang untuk memahami apa yang bakal SMS kongsikan ini.

Tiga Serangkai ini adalah sejenis penyakit yang amat merbahaya apabila sudah berjumpa tuannya. Dan ia, tidak mengenal usia mahupun golongan bawahan ataupun atasan lagi. Cam Scary, lak dengar..hehehe.



Sahabat,

Penyakit Tiga Serangkai ini ialah Diabetes, Lemah Jantung dan Darah Tinggi. 

Jika zaman dahulu, kita selalu dengar ia hanya akan menyerang orang-orang kaya sahaja. Berbeza kini, semua layak untuk terkena jika tidak mengambil berat akan kesihatan diri mahupun keluarga sebagaimana SMS ada tekankan dalam entry yang lalu.

Kenapa SMS bercakap begitu? Betul, ke?

INI ADALAH BERDASARKAN PENGALAMAN SENDIRI

Pengalaman sendiri?


 "Ko, jangan nak gebang (menipu) ar Sakinah" 

Tak da nya, SMS nak gebang. Memang bukan SMS yang kena. Tapi, penyakit ni kena kepada arwah ayah dan emak SMS sendiri.

Sewaktu hayat ayah masih hidup.. Ayah SMS seorang yang aktif berkebun, amat pentingkan pengambilan ubat-ubatan akar kayu dan berpantang makan fastfood. Seingat SMS, sepanjang SMS dengan arwah ayah.. Ayah memang tak pernah sentuh Fastfood nie, bila kitorang adik beradik makan. Dia tak berminat.

So, apa masalah? Cam mana, ayah boleh terkena kencing manis?

Dah kalau ayah SMS, aktif berkebun, jaga makan, siap makan akar-akar kayu lagi.. Cam pelik, lak kan?

Sahabat,

Jawapannya, satu sahaja. Arwah ayah, smoking orangnya. Kisah SMS ini bukan niat ingin mengaibkan kami sendiri. Tapi, untuk kesedaran dan pengajaran mereka-mereka di luar sana.

Apa yang Allah SWT dugakan kepada kita, pasti mempunyai hikmah dari-Nya. So, setelah berfikir-fikir.. dan berdoa memohon petunjuk. SMS rasa serba salah sekiranya tidak dikongsi untuk kebaikan bersama.

Arwah ayah, memang sudah lama merokok. Sejak SMS kecik lagi. Dan jujur, SMS katakan.. SMS adik-beradik memang sangat tak suka. Benci perokok.. Sebab, hanya mereka yang hidup dengan perokok akan tahu bagaimana perasaan SMS.



Apabila rokok sudah makan diri tuannya, secara tidak sedar, ia telah merosakkan sistem kardiovaskular dalam badan kita yang berkaitan dengan kegagalan buah pinggang memproses secara normal. Dan keadaan ini, mengakibatkan terjadinya penyakit tiga serangkai secara halus dan menjadi pembunuh no. 1.

Kepada mereka-mereka di luar sana, pesanan SMS: Sayangilah diri, sayangilah keluarga anda untuk kehidupan dan masa depan yang lebih sempurna. Di sini, SMS ada supplemen cadangan yang amat bagus untuk mereka yang ingin berhenti merokok dan juga mempunyai penyakit tiga serangkai.



Mencegahlah sebelum terlambat.. dan rawatlah sebelum makin parah..



Sehingga bertemu lagi kita, dalam entry seterusnya berkaitan dengan kisah SMS bergaduh dengan ayah kerana rokok.

SMS sayangkan ayah dan emak. Semoga Arwah ayah tenang disana, dan ditempatkan bersama hamba-hambaNya yang soleh. Walaupun, SMS benci orang yang merokok.. Tapi, tiada apa yang lebih membahagiakan selain melihat ayah kembali sihat seperti sedia kala. Namun kuasa Allah, tiada siapa yang tahu. Allah lebih sayangkan ayah. Sahabat juga, boleh ikuti kisah SMS sewaktu hayat ayah di sini.


Sila like dan share sekiranya, sahabat rasa ia memberi manfaat kepada rakan-rakan dan keluarga anda di luar sana. Semoga sahabat Cinta Hati Sakinah sentiasa dipermudahkan segala urusan dan berjaya menjadi insan bertaqwa dunia dan akhirat.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."

#SEMPENA TAHUN BARU 2015 : REBUT PELUANG PROMOSI HEBAT DAN JIMAT BERGANDA-GANDA UNTUK INSAN-INSAN TERSAYANG TERUTAMA IBU DAN AYAH



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan insan-insan tersayang?
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 
Shaklee ID : 1168494
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

7 comments:

Unknown said...

Ta sangka bermula dgn rokok boleh terjebak hingga ke kencing manis. Good info :)

Unknown said...

Amin.moga ayah sms tenang di sana.semoga sms tabah menghadapi segala cubaan ye:-)

sakinah (SMS) said...

Assalamualaikum, sahabat SMS. Time kasih, ya sudi membaca entry kali ini. Dan time kasih, juga doa kalian semua. Dah berpuluh tahun.. Ia makan diri. SMS satu keluarga pun tak pernah taw..dan arwah sndiri pun tak tahu..

Nantikn seterusnya, ya.. Niat SMS hanya ingin memberi kesedaran kepada semua di luar sana. Hati anak mana tak sedih apabila orang tuanya terlantar sakit.. Amat menyayat hati.. Tapi, sebolehnya SMS cuba kongsi yang positive2 untuk manfaat bersama.

Doakan SMS terus kuat untuk menulis kisah ini untuk pedoman semua.

Sekian, wassalam.
Salam sayang, salam bahagia.

Tuesday Night Workout said...

Semoga kisah ini memberi manfaat kepada orang lain
Katakan tak nak pada Rokok

Unknown said...

Al-fatihah buat ayah sakinah..
alhamdulillah, diharap dapat buka mata org yg merokok..

Unknown said...

Al Fatihah untuk ayah SMS. Kadang-kadang mmg agak tough nak nasihatkan smokers nie. Unless kesedaran tu datang dari dalam diri sendiri.

sakinah (SMS) said...

Assalamulaikum dan selamat malam, semua sahabat SMS. Terima ya, sifu faizal, Hani dan Che Ta sudi singgah di Jendela Cinta SMS nie. Semoga entry kali ini memberi manfaat kepada kalian sekeluarga dunia dan akhirat.
Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

Post a Comment