Dari kecil, saya ada banyak cita-cita. Saya yakin, anda yang sedang membaca ini pun sama. Pasti ada cita-cita zaman kanak-kanak.
Antara cita-cita saya ialah nak jadi seorang pelukis, Alhamdulillah dah boleh melukis ala-ala seorang pelukis proffesional. Dah berjaya hasil pelbagai karya sendiri.
Selain itu, saya pun nak jadi arkitek. Tapi, tak sangka aturan Allah itu indah. Saya dilorongkan rezeki untuk mengajar budak yang mengambil jurusan arkitek. Walau bukan saya arkiteknya.