Pages

Tuesday, 30 September 2014

RAHSIA KUNCI KEJAYAAN DALAM KEBAHAGIAAN!!

Assalamualaikum wbt..

Sebelum jari mengorak langkah, dengan lebih jitu dan padu....suka SMS mengajak anda semua sebagai sahabat. Mari kita sama-sama melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada-Nya, kerana kita masih lagi berpeluang untuk bersua kembali. 

SMS, mendoakan semoga kita semua sihat-sihat dan ceria-ceria serta bahagia selalu. Tak nak moody..moody taw.. Buruk benar, rupa. Cuba senyum sikit.. aaaa... kan, manis :-)

TEKANAN ADALAH KUNCI KEBAHAGIAAN 

Ok, SMS nak meneruskan kisah "100Hari Mencari Cinta Sakinah" : TEKANAN ADALAH KUNCI KEBAHAGIAAN"


Apa pulak nie.. Pagi-pagi hari, cakap pasal Tekanan. Hari tu, cakap be positive.. Ayooo!! cam mana ni? Ramai yang tanya nie.... Apasal sebut pasal tekanan?

Sahabat betullah apa yang SMS pesan.. Kita kena positive. Selalu positive.. Sebut tekanan pun kena positive..ada faham? Dah senyap je nie..mestilah faham.. (hihihi..)

Kalau last entry kisah Aina sebelum ni, SMS ada sebut yang SMS buat bodoh je..sebab SMS degil.

So, pagi ni SMS nak sambung ceritanya yang ada kaitan dengan Tekanan.. Anda tahu tak? Tekanan hidup atau apa-apa sahaja adalah sebuah kunci kepada sesuatu perkara.

Dalam kisah SMS ni, akan diceritakan cam mana Tekanan yang SMS lalui.. telah membawa SMS kepada sebuah kunci kebahagiaan. Yang mana, bermulanya di sini. 

20 tahun ke atas sahaja
Jangan bukak bagi yang bawah umur.. Ia hanya untuk yang dah berusia 20tahun ke atas sahaja. So, kalau nak tahu.. anda email sahaja kepada SMS sebagaimana tertera di bawah.


Nak tahu, tak? Nak?


SUPER DUPLER TRIPLE MULTITASKING

Beberapa bulan yang lepas, SMS bekerja sebagai seorang tenaga pengajar di sebuah Kolej Swasta. Alhamdulillah,  itu kerja terakhir SMS  yang memberikan nilai hidup yang lebih baik dari sebelum nie. Banyak ilmu yang SMS perolehi..


Cabaran kerja pun makin bertambah dan skopnya makin luas la. SMS tak pernah menyangkakan pun akan berada di tempat itu. SMS seorang sahaja yang handle satu jabatan.. tak haru-biru.. Huru hara hidup SMS dibuatnya.


Walaupun, gaji dah cukup.. dah selesa.. even kontrak waktu tue. Yang penting gaji besar..dapat tolong keluarga. Costing hidup pun rendah sebab rumah disediakan.. duduk dalam hutan.

So, dapat bayangkan tak? Jimat sangat.. Nak beli barang..just online. Sebab tak da pasaraya mahupun mini market. Kalau nak pi bandar, ambil masa 2 hingga 3 jam baru sampai. Just click click..terus dapat..Kan senang :-) Jangan sangka kat dalam hutan ni, tak de line internet. Sekarang, internet di mana-mana. So, memang mudah.. sangat mudah.




Itulah hidup SMS dulu.. SMS bahagia.. Dengan kerja itu.. SMS akan buat yang terbaik. SMS kan degil.. Even kawan dah pesan.. dah ingatkan, SMS buat jugak.. Orang Degil memang camtu.. Akan usahakan jugak sampai dapat.. 

Bulan berganti bulan.. Kerja SMS tak pernah habis.. Sentiasa bertambah.. super duper triple multitasking.. that why, dibayar gaji mahal.. Kalau level degree sekarang.. Susah nk dapat banyak tue..

Serius memang susah.. Ramai kawan ngadu, cakap. Majikan tak bayar gaji ikut kelulusan.. Kalau aku tahu baik aku tak yah belajar tinggi-tinggi. Bayar gaji SPM.. Sardis la.. SMS pun pernah, dibayar gaji SPM.. 

So, SMS dan berangan-angan la kan.. Planning untuk masa depan.. Nak beli rumah.. Kereta dah ada..TAPI, hutang.. Hutang pun hutang la..janji bahagia.. Time tu fikir gitu la.



KERANA KASIHMU, ALHAMDULILLAH..AKU DIUJI

Detik demi detik berlalu.. Tiba satu saat dan satu masa.. Lumrah sebuah kehidupan,  pasti ada ujian. SMS diduga.. Dugaan demi dugaan.. Suatu hari, SMS diamanahkan untuk outstation dengan beberapa orang officemate.. SMS menolak.. amboi..!! Demand!!


Siapa SMS nak menolak.. Kuli je pun.. Memang tak berjaya la kan. SMS menolak bukan sebab apa pun.. Hati SMS ni, tak sedap.. Bila hati tak sedap.. kita dapat rasa sesuatu sangat sangat tak kena.. Itu lah.. SMS cube la convince.. Memang tak berjaya la.. 

Ok, Sakinah.. Tawakal kepadaNya.. 
InsyaALLAH semua akan selamat.. 


Kawan-kawan kat oficce, pun risau..Itulah kasih sayang yang SMS dapat.. Alhamdulillah.. Tetap ada kawan untuk bagi semangat. Benarlah apa rasa hati SMS.

Pemergian SMS ke sana mengundang sesuatu yang tak diduga. Impak dari peristiwa itu, SMS rasa down sangat sangat.. energy SMS hilang.. hilang arah.. tertekan.. SMS dipulaukan atas alasan yang tidak logik..


Dengar macam kes kecik.. tapi, kesannya amat besar pada SMS. Kerjaya SMS..Hidup SMS.. Keluarga SMS.. Allah itu Maha Berkuasa..setiap sesuatu pasti ada hikmahNya.

SMS bekerja dalam keadaan tertekan.. nasib baik, students cuti.. kurang sikit tekanan. Alhamdulillah..berkat kesabaran dan doa.. perkara itu, berlalu begitu sahaja..

So, SMS think positive.. Masing-masing ingin berubah untuk kebaikan bersama kan. 


Sahabat...


Terima kasih, kerana masih setia menanti hasil nukilan ini..


AKU DIUJI LAGI


SMS sangkakan panas sampai ke petang..rupanya, hujan di tengah hari.. SMS diduga lagi. lagi dan lagi.. SMS kena panggil.. tahu tak kenapa? SMS diberi sebulan notis berhenti kerja. Ya ALLAH..terduduk SMS.. rebah tak terkata.. besarnya dugaan datang.. itu yang SMS fikir waktu tue. 


Namun perjuangan tak sampai disitu.. SMS masih teruskan juga usaha. Sebab, SMS yakin.. Ada sesuatu yang membuatkan ini terjadi..

SMS perlu tegakkan keadilan sendiri. SMS buat rayuan atas dasar rasa tanggungjawab kepada pelajar-pelajar. Tempoh rayuan ambil masa yang agak lama jugak..

Sahabat..

Tak cukup dengan itu. SMS, diduga lagi.. Ayah SMS sakit.. kritikal sangat..perlukan duit.. Subhanallah..Allahakhbar..Allahuakhbar..tapi, SMS kuatkan semangat.. InsyaaAllah ada rezeki kami. 

Dalam masa yang sama SMS cuba mencari kerja lain. Sementara menunggu jawapan rayuan. Keadaan ayah makin teruk..

Selang beberapa minggu, SMS pun, dapat Jawapan rayuan.


 SAKINAH GAGAL!! 

SMS sedih sangat-sangat time tue. SMS rasa majikan amat kejam!! Terlalu kejam..!! Gaji SMS digantung. Rakan-rakan yang lain, dah dapat gaji. Tapi, SMS..???


 MANA DUIT GAJI AKU!! AKU NAK BELI UBAT AYAH.. 

SMS dah bersedia.. sebab keadaan ayah lagi penting.. SMS fokus ayah.. 

TAPI..

Allah lebih sayangkan ayah..Ayah pergi..hari terakhir SMS bekerja..di bulan Ramadhan yang lalu..Al Fatihah untuk ayah...Semoga ayah tenang disana. Tiada apa lagi yang mampu SMS katakan.. SMS cuma percaya kepada ungkapan ini : 

" KADANG-KADANG ALLAH SEMBUNYIKAN MATAHARI..

DIA DATANGKAN PETIR DAN KILAT..

KITA MENANGIS DAN TERTANYA-TANYA,

KEMANA HILANGNYA SINAR MENTARI..

RUPA-RUPANYA, 


ALLAH NAK HADIAHKAN KITA PELANGI."

Alhamdulillah..MashaaALLAH..Subahanallah.. Indahnya aturan dariNya. Nak tahu apa yang terjadi pada SMS seterusnya? Nantikan sambungan Istikharah Cinta Sakinah..

Cerita ini, tiada niat untuk menunding kepada siapa-siapa.. Sekadar perkongsian dan pedoman.. kalau anda suka, untuk SMS terus berkarya.. Bolehlah LIKE & SHARE serta komen, di bawah.

Semoga entry ini memberi manfaat kepada anda semua dunia dan akhirat.

Sekian, dulu untuk kali ini.

Wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan insan-insan tersayang?
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Cinta Hati SMS untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 
Shaklee ID : 1168494
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

4 comments:

Unknown said...

Kuatkan semangat Kinah :-)

sakinah (SMS) said...

Time kasih, saudari Eim AG.. kerana sudi meluangkan masa untuk menjengah di ruangan ini. Alhamdulillah Cinta Hati Sakinah bukan seperti masa lampau.. Sakinah sekarang dah banyak berubah. Semakin kuat dan bersemangat.. bertemaga :-)

Jangan lupa ya, follow next episod Cinta Hati Sakinah. Semoga ia memberi manfaat kepada Eim Ag sekeluarga.

Sekian, wasalam ;-)

Mus said...

ok... kat sini rupanya entry yg berkaitan... s

anyway kinah... bertabahlah

sakinah (SMS) said...

Hehehe..Alhamdulillah. Since kenal MFMS group. Dah banyak perubahan demi perubahan yang kinah lalui. Hidup lebih kuat dan tabah. Thanks kak Musleha sudi singgah di sini :-)

Post a Comment