Pages

Tuesday, 30 September 2014

IKAN KERING UNTUK ANAK!! KENNY ROGERS UNTUK MAK!!

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar, sahabat?
Selamat pagi.. Alhamdulillah, hujan baru je berhenti.. Hujan rahmat :-)

SMS nak tanya lah... 
Kamu rindu tak kat Ibu Ayah kat rumah
Kat Kampung ke

Pernah tak terfikir apa yang dorang makan sekarang?
Buat apa
Dah mandi ke?
Sihat ke?
Last....bila kita call dorang.. cube tengok kat phone.. nama siapa yang paling kerap kita call selalu?No. paling famous?

Kalau Ibu atau Ayah.. tahniah SMS ucapkan, Alhamdulillah, anda seorang anak yang baik..Bahagia lah hati dorang dapat anak seperti kamu. Bangga dan Bertuah. Tapi, jangan lak kamu selalu call sebab mintak duit..Hari-hari mintak duit..memang rabak la poket bantal dorang.. dapat anak cam kamu.

Kamu ingat tak kenangan silam, waktu kecik-kecik berhingus meleleh dulu? Di saat kita baru nak mengenali dunia. Soalan-soalan yang SMS tanya tadi lah yang selalu meniti dibibir Ibu Ayah kita suatu masa dahulu.

Betapa Kasihnya Ayah..Sayangnya Ibu. Tiada tolak banding.. besarnya pengorbanan mereka membesarkan kita. Alhamdulillah..kita semua masih berkesempatan merasa kasih sayang mereka (SMS tinggal Ibu je untuk berbakti- Ayah baru meninggal dua bulan lepas). Mungkin ramai di luar sana sudah kehilangan kedua-duanya. 

INGAT LAGI, TAK?


Ibu mandikan Along..Angah..Kakak..semua, anak-anaknya. Tak de yang ter miss walaupun sorang. Pastu, disuapkan pulak dari tangannya sendiri makanan.. Biarlah Along, Angah dah besar pun. tetap nak suap jugak. TAPI..Kita tahu tak?Ibu belum sentuh makanan pun lagi.. Bagi Ibu, perut anak lebih penting.. Ibu tak makan pun tak pe.. Besarnya, pengorbanan Ibu..

Kita tersedak..diberinya air..cepat-cepat ditiup ubun kita.. ditepuk belakang.. sebab nak bagi kita lega dan selesa. dilindungi..Kita sakit..(Tak tidur malam, berjaga sebab risau kita meracau-racau). Hebatnya, seorang Ibu..

ANAK-ANAK..

Cuba kita tanya, pada diri kita..dalam hati kita..dimanakah nilai kita sebagai seorang anak?

Aku dan call Ibu? Ayah?
Sihat ke?
Makan ke?
Makan apa?


Bayangkan mereka, makan nasik kosong dengan ikan kering je (yang mana merupakan penyumbang ke arah (penyakit tiga serangkai). Tak da protein, vitamin..nutrien yang cukup. 

Sepatutnya, diusia begini. makanan mesti lah sedap-sedap dan berkhasiat kan? Kenapa SMS cakap cam tu? ye la, anak dah besar.. mesti lah dah bekerja. gaji pun besar.. rumah besar.. kereta besar..takkan Ibu dengan Ayah tak boleh jaga?

Kasihan dorang... kita di bandar, di rumah..makan mewah-mewah. Kata, tak cukup duit nak bagi Ibu Ayah. tapi, pergi makan Nandos, KENNY ROGER, Secret Recepi, KFC..Sedap ke

Dorang tak tahu..tak kenal pun. Kasihan lagi dorang.. Jiran selalu puji anak dorang bawak pergi makan macam-macam tempat. Normal la tue.. cakap-cakap orang tak pernah sudah..



Apakah nilai kita seorang anak pada Ibu dan Ayah? Apa pula nilai Ibu dan Ayah pada seorang anak?

Fikir-fikirkan..Renung-renungkan.. 


Bertindak lah sekarang, sebelum terlambat. Bila Malaikat maut datang..kita sudah tidak mempunyai kesempatan untuk memohon ampun dan maaf.. bertanya khabar.. menjaga dan berbakti kepada mereka.

Pesanan ikhlas dari Cinta Hati Sakinah.. Hargailah mereka. Caring lah mereka..  Jangan jadi seperti SMS sendiri yang tidak dapat berbakti banyak kepada arwah ayah. Dan juga, mungkin ramai lagi di luar sana..

Sewaktu hayat ayah, SMS selalu berdoa minta dipermudahkan Allah untuk membahagiakan Ayah dan Emak dalam apa jua perkara. SMS nak hantar dorang tunaikan rukun islam kelima di Mekah. Walau ayah dah tiada.. SMS tetap berusaha untuk tunaikan Haji Badal untuk arwah ayah. InsyaAllah..



Sehingga bertemu lagi kita, di entry seterusnya. Sekiranya, ianya memberi manfaat kepada anda semua, silalah Like & Share untuk kebaikan bersama. Semoga anda hidup ceria, sihat dan bahagia dunia dan akhirat.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."

#SEMPENA TAHUN BARU 2015: REBUT PELUANG PROMOSI HEBAT DAN JIMAT BERGANDA-GANDA UNTUK INSAN-INSAN TERSAYANG, TERUTAMA IBU DAN AYAH



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan insan-insan tersayang?
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Cinta Hati SMS untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 
Shaklee ID : 1168494
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

1 comment:

sakinah (SMS) said...

Assalamualaikum dan selamat petang..
SMS nak tanya lah...
Kamu rindu tak kat Ibu Ayah kat rumah?
Kat Kampung ke?
Pernah tak terfikir apa yang dorang makan sekarang?
Buat apa?
Dah mandi ke?
Sihat ke?
Last....bila kita call dorang.. cube tengok kat phone.. nama siapa yang paling kerap kita call selalu?No. paling famous?

Post a Comment