Pages

Sunday, 28 September 2014

PERJALANAN SUKA DUKA 100 HARI MENCARI CINTA SAKINAH

Assalamualaikum wbt..

Bagaimana sahabat hari ini?

Mestilah sihat-sihat dan ceria-ceria kan..?

Sebab..hari ini hari sabtu.. Rata-rata semua rakan-rakan kita di luar sana bercuti :-)

Ok. 

Untuk kesekian kali, rupanya SMS agak lama meninggalkan ruangan bicara ini. Bukan apa.. Kerana ada sedikit masalah yang tidak dapat dielakkan. Biasa lah kita sebagai khalifah Allah di muka bumiNya ini, takkan pernah lari dari masalah. TAPI...pesanan SMS, jangan jadikan masalah itu sebagai halangan hidup kita untuk terus berjaya dan berjaya.

Kawan-kawan....

Jom kita berkongsi cerita baru.. Nak tak? Nak?

Jangan lah cam tue. SMS tahu..anda semua tak sabar-sabar nak dengar citer SMS nie kan?


Tahu tak apa yang best pasal 100 Hari Mencari Cinta Sakinah nie

Mestilah best..!! (seperti di atas )

mmmm....kisahnya bermula di sini. 

AINA SAHABAT SETIA HUJUNG NYAWA

SMS ada seorang kawan rapat, namanya Aina (bukan nama sebenar). Kami berkawan baik since sekolah tadika lagi. Apa-apa yang berlaku dalam hidup dia, mesti dalam pengetahuan SMS. Sebab kami selalu berhubung walaupun jarak dan masa jadi pemisah.. Itu bukan satu halangan bagi kami.. kerana sekarang semua benda mudah, Zaman teknologi.. internet di hujung jari jemari je..


" touch sana touch sini.. terus dapat "
Aina ni, kiut orangnya taw..elok budi pekerti, lemah lembut dan bersopan santun. Yang penting, seorang anak yang sangat bertanggungjawab. Taat pada mak ayah dia..selalu tolong jaga adik-adiknya yang ramai..Sembilan orang taw termasuk dia..(Ramai lah kan..) Sejuk perut mak mengandungkan dia. 

Walaupun Aina sibuk uruskan keluarga, Alhamdulillah..dia tak pernah abaikan pelajarannya. Aina selalu cakap pada SMS..

" Mak Ayah aku bukan orang senang.. kami miskin Kinah. Tapi, aku takkan biarkan kemiskinan menjadi halangan aku untuk berjaya dan mengubah nasib keluarga aku.


 Kemiskinan bukan untuk Diwarisi.. 

 tetapi 

 adalah satu Transformasi... 

Ko, ingat tue! Ko pun sama. Kita ni, bukan dilahirkan dalam lubuk emas. Ko, tengok budak-budak kampung kita cam mana? Ramai yang menyerah kalah sebelum berjuang.. Ko, nak? Terus-terusan anak ko esok cam tu "

Secara tak langsung...keadaan ini menjadikan SMS selalu termotivasi melihat cara dan gaya hidup dia. SMS pun, bukannya dari keluarga yang senang mahupun berada. Tapi, syukur Alhamdulillah dengan nikmat yang diberi.. SMS berjaya..dan Aina pun berjaya. Cuma bezanya dia lebih berjaya dari SMS. Itulah hikmah memberi nasihat dan motivasi free kepada kawan. 

10 tahun sudah berlalu..

Sekarang, Aina menjawat jawatan sebagai seorang tenaga pakar di salah sebuah syarikat Oil & Gas. Bagi SMS, Aina sangat hebat kerana dia baru lima tahun bekerja. Tapi, dia sudah mampu membeli rumah banglo dan kereta idaman dengan hasil titik peluh sendiri. Aina selalu contact SMS.... ceritakan masalah dan tekanan tempat kerja. Masalah diri yang makin menjadi-jadi.. 




Aina stress..!! sebab dia dah gemuk. Jadual makan dia tak terurus.. selalu makan lewat dan ambil makanan tak berkhasiat. Nak cepat dan mudah kan.. Itu lah dilema yang melanda dalam masyarakat kita hari nie. Fast food no. 1 sebagai seorang pekerja yang busy. 

SMS pun kasihan tengok Aina stress.. SMS pun sama-sama stress. Seperti cubit peha kanan, peha kiri yang terasa. Kenapa lak, SMS nak stress..????




Sebab SMS pun seperti Aina.. GEMUK jugak. Kebetulan, SMS teringat ada seorang kawan yang introduce cam mana cara nak kurus, slim dan cantik.. so, SMS cadangkan kepada Aina. 


Comel?
Mula-mula risau la jugak.. Risau tak berjaya.. Mahu tak cuak.. SMS sendiri tak cuba, suruh orang lain cuba.. Tiap kali Aina call.. SMS akan jadi cuak tahap dewa-dewi.

Tapi.... tahu tak?

Alhamdulillah.. selepas beberapa bulan Aina cuba..Dia BERJAYA..!! Dah tak stress cam dulu.. Alhamdulillah..

Mesti, anda semua tertanya-tanya..SMS lak kan? Dah Aina try.. takkan kawan dia buat bodoh je...


hurmmmm...


Memang SMS buat bodoh pun..SMS rasa selesa lagi.. mampu lagi bawak diri.. Tambahan time tue.. SMS sangat-sangat sibuk. tak sempat nak fikir pasal GEMUK tue. SMS pun endah tak endah la.. Satu sifat SMS, yang buatkan ia jadi cam tue..SMS ni degil. Tapi, itu dulu.. sekarang, dah boleh control. Alhamdulillah.. 


Cam mana SAKINAH dulu yang degil.. boleh berubah..?? Nanti, kita story lagi ya..next entry.

Nak dengar lagi ke cerita Cinta SMS nie? Kisah SAKINAH seterusnya?

Cukup lah dulu, sampai sini... Nanti kita sambung lagi,ya? SMS mendoakan anda semua di luar sana hidup bahagia sihat dan ceria- ceria selalu. 

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.


"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan insan-insan tersayang?
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Cinta Hati SMS untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 
Shaklee ID : 1168494
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment