Assalamualaikum wbt
Apa khabar, sahabat Cinta Hati Sakinah yang dikasihi dan disayangi untuk hari nie?
SMS mendoakan semoga anda semua berada di bawah lindungan dan rahmatNya. Sentiasa hidup sihat, ceria dan bahagia di samping insan-insan tersayang.
Alhamdulillah.. sejak SMS mencari cinta yang hampir hilang.. hidup SMS semakin bermakna dan amat bermakna.
Jom, kita sambung 10 sebab aku gagal kurus dalam entry yang lalu.
Kalau belum baca, tekan kat sini ya, bahagian 1. Jangan intai-intai je. Tekan, dan baca :-)
[ Bahagian 2 ]
Haaa... sebab-sebab ini, bukan semua Cinta Hati lalui taw.. Kebetulan, Cinta Hati dapat extra ilmu.. So, rasa cam bersalah kalau tak diberitahukan.. Sedangkan, ilmu itu adalah untuk dikongsi.. bukan simpan sorang-sorang. Kalau boleh, SMS nak kita semua masuk syurga sama-sama. Bukan senang nak masuk syurga.. tapi, tak susah kan nak berkongsi :-)
Ok. Sebelum ni, sebab ke lima kan? so sekarang point ke-6..
6) Tiada Matlamat - ini kisah zaman lampau.. Kenangan silam. Aku nak kurus.. Tapi, tak tahu aku nak kurus untuk apa? Matlamat tak jelas.. Sebab tidak menzahirkannya. Hanya sekadar meniti di bibir hari demi hari.
Berbeza sekarang, SMS hidup hari ini.. Kurus hari ini dengan 1001 Matlamat untuk membahagiakan orang sekeliling dan banyaklah lagi. Thanks to Kak Maria & husband yang banyak membantu.
Bila kita lakukan sesuatu perkara.. Perlu ada MATLAMAT.. Kerana ianya akan jadi fokus utama kita dalam setiap tindakan.
7) Kurang rehat dan tidak cukup tidur - Tahukah sahabat semua, menurut satu kajian yang telah dilakukan.. apabila kita kurang tidur, tindak balas sel pada insulin menyebabkan berat badan kita semakin bertambah dan berisiko untuk obesiti sekiranya ianya menjadi tabiat.
Pernah tak? Tidur lewat malam, siapkan assignment ataupun apa-apa sahaja.. kita rasa lapar dan ingin makan? Pasti pernah, kan? Cinta Hati Sakinah, memang selalu tidur lewat suatu masa dulu. Kadang, sekarang ni pun terlewat jugak sampai jam 2,3 pagi. Ini yang SMS sedang ubah.
Menurut kajian yang SMS perolehi, tindak balas insulin ini berbeza mengikut jantina wanita dan lelaki. Yang mana, lelaki menunjukkan keteringinan nafsu atau hormon selera makan yang melampau-lampau sekiranya dibiarkan empat hari tanpa tidur yang cukup.
Manakala, Wanita pula akan makan tanpa nafsu seperti nafsu lelaki (makan dengan lebih lama dan banyak kerana otak lambat mendapat input dan perut kurang rangsangan yang menyatakan kita sudah kenyang).
Keratan akhbar di bawah menunjukkan risiko kekurangan rehat dan tidur kepada tubuh badan manusia.
Tak cukup dengan tue..tengok, lak apa kata akhbar di bawah:
8) Tiada senaman dan kurang aktif - Apabila kita mengamalkan gaya hidup yang kurang aktif tanpa senaman menjadikan diri kita MALAS dan LEMAH. Ini kerana sistem badan tidak berfungsi dengan elok dan darah tidak dapat mengepam dengan lancar ke sistem kardiovascular badan kerana kekurangan oksigen.
Selain itu, pengambilan makanan yang banyak dengan kalori yang tinggi tanpa senaman boleh bertukar kepada lemak tepu yang membawa kepada keluarga OBESITI.
So, mulai hari ni perbanyakkan bergerak dan berjalan walaupun sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Kalau kat ofis tue.. tak yah, lah guna lift.. pi naik tangga. Biar berpeluh sikit. nanti, masuk ofis.. mesti kerja duduk je, kan? Tapi, agak-agak lah ya kalau ofis di tingkat 24. hihihi.. banyak lagi, cara lain :-)
Nampak, tak.. kan, kurus..naik tangga.
Why not.. tukar gaya hidup perlahan-lahan. insyaALLAH kita semua akan sihat.. SMS pun, sekarang ni.. akan spend masa sekurang-kurangnya 1 jam untuk outdoor atau indoor aktiviti.
9) Mind Set - "Faktor kegemukan adalah berpunca dari keturunan." Kita perlu UBAH, mind set sebegini.. memang diakui sedikit sebanyak genetik keturunan mempengaruhi dari segi pemakanan. Tetapi, kita tetap boleh mengawal kalau kita tahu cara dan bertekad dan bersemangat tinggi untuk kurus dengan sihat.. bukan kurus tapi sakit.
10) Faktor persekitaran - dikala kita ingin kurus, orang sekeliling mengajak makan fast food, lepak di kedai mamak, burger Bakar Abang Burn.. dihidang pulak dengan pelbagai ratu makanan, dan pasar malam, gerai sana-sini menjual makanan yang BEST!! BEST!! Ini memang dugaan.. bau-bauan sahaja dah menusuk kalbu. Nasihat SMS, hati kita perlu kental kalau betul- betul mahu kurus..
Selain itu, Malaysia kan, terkenal dengan fiesta makanan 1 Malaysia, 1 dunia.. Semua ada dan yang penting halal. Mana tak GEMUK.. Cuba duk kat luar negara, agak-agak GEMUK tak?? Rasa boleh kurus kot.. sebab susah nak cari makanan halal. Tapi, takkan nak pi overseas semata-mata untuk kurus. Hihihi..
Tak kurang jugak, persekitaran yang menganggap GEMUK adalah simbol kemakmuran dan kebahagiaan. Jangan terkejut dan tak tahu.. memang ada taw. Sihat pada mereka adalah GEMUK.. Kurus itu sakit.
Jom, ubah gaya hidup kurang sihat kepada sihat yang sebenar.
11) Faktor Penyakit & Kesihatan - Yang ni, SMS tak lalui.. tapi, ada kawan yang mengalaminya. Antara penyakitnya adalah Hypothyroidism (kekurangan hormon tiroid di dalam badan akan merendahkan metabolisma), Cushing Syndrome dan Poly cystic Ovary Syndrome (PCOS ni berkaitan dengan kesihatan wanita).
Tapi, tiada penyakit yang tiada penawar dan cara nak mengatasinya.
12) Pengambilan ubat- ubatan - Ubat antidepresi (anti kemurungan), corticosteroid dan sebagainya beoleh merendahkan kadar pembakaran kalori dalam badan kita. Ada juga yang meningkatkan selera makan yang tinggi dan pengumpulan jumlah air dalam badan dengan banyaknya.
Contoh, ubat- ubatan bukan pil untukThyroid, Cushing mahupun pcos taw.
Ini salah satu sebab, SMS tak suka makan ubat hospital bila sakit. Side effect yang kita tak terduga akan berlaku.. merana badan. Tak mahu, lah.. Sebolehnya, cuba elakkan dari ambil pil-pil yang memudaratkan diri sendiri. Kaji dan siasat terlebih dahulu sebelum menelannya.
Cam mana, sahabat? Jelas?
Inilah sedikit sebanyak kegagalan yang SMS lalui. Prof. Muhaya selalu berkata:
"LIVE BY DESIGN. NOT BY DEFAULT!"
So, SMS hayati maksud itu, dan bertindak dengan penuh rangka dan matlamat perjuangan untuk kurus.
Actually, panjang lagi penerangannya. Tapi, memandangkan dah berjela-jela entry ni. so, kita sampai sini dulu la ya. Mybe, next time akan diterangkan secara detail lagi untuk part yang tertentu seperti penyakit-penyakit dan ubat-ubatan untuk no. 11 dan juga 12.
Actually, panjang lagi penerangannya. Tapi, memandangkan dah berjela-jela entry ni. so, kita sampai sini dulu la ya. Mybe, next time akan diterangkan secara detail lagi untuk part yang tertentu seperti penyakit-penyakit dan ubat-ubatan untuk no. 11 dan juga 12.
Semoga entry kali ini, memberi manfaat kepada anda semua dunia dan akhirat serta dipermudahkan segala urusan olehNya.
Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.
Salam Sayang, Salam Bahagia.
"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan insan-insan tersayang?
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Cinta Hati SMS untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Shaklee ID : 1168494
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
1 comment:
Assalamuaaikum dan salam bahagia semua sahabat Cinta Hati Sakinah.. Ikuti bacaan bahagian 2, 10 sebab SMS gagal kurus.. Semoga entry kali ini dapat memberi manfaat kepada sahabat semua dunia dan akhirat.
Sekian, wassalam.
Post a Comment