Wednesday, 15 October 2014

10 SEBAB AKU GAGAL KURUS

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar, sahabat Cinta Hati Sakinah yang dikasihi dan disayangi untuk hari nie?

Cinta Hati mendoakan semoga anda semua berada di bawah lindungan dan rahmatNya.

Sentiasa hidup sihat, ceria dan bahagia di samping insan-insan tersayang.

Tak sangka, dah 34 hari Cinta Hati berprogram sendiri..

Macam-macam perkara berlaku sepanjang 34 hari dalam dunia dan harapan baru Sakinah nie..

PROGRAM..??PROGRAM APA, PULAK..??

Ala..buat-buat lupa pulak. 100hari mencari Cinta Sakinah la.. Kepada yang belum tahu..boleh click di sini, ya:



WOW...!! Dah banyak rupanya, Episod Cinta Hati Sakinah. Semua pasal Sakinah.. Sahabat jangan rasa bosan, pulak :-)

Kata nak, mencari Cinta yang Tenang, Keluarga Sakinah.. Hihihi..

Sahabat tahu tak? Apa maksud di sebalik nama Sakinah nie?

SAKINAH maksudnya KeTENANGan..

Tapi, jangan disangka entry yang tenang tak da SAKINAH.. Dengan adanya SAKINAH lah terciptanya kisah.. Alhamdulillah..

Hari ni, SMS nak berkongsi sedikit kisah kegagalan sebagai panduan kita semua yang sentiasa berhadapan dengan kejatuhan yang menyakitkan.

10 SEBAB AKU GAGAL LAGI.. GAGAL!! GAGAL!! BERJAYA!! DAN GAGAL!!

Aik!! Dalam banyak-banyak gagal.. Ada je berjaya..

See..?? Nampak tak..??

Bukan tak pernah berjaya.. Tapi, kenapa Gagal lagi??



Ada beberapa faktor dan sebab kenapa saya gagal dulu:

1) Diri Sendiri - Setiap kali gagal kita perlu muhasabah diri, mengapa dan kenapa ianya terjadi?

Pasti ada puncanya.. tanya pada diri apa yang telah kita lakukan untuk capai kejayaan itu? Masalah yang SMS nampak dan lakukan adalah kurang berdisiplin..

Itukan datang dari dalam diri. Bukan salah dan silap orang lain pun. Jangan jadikan orang lain sebagai alasan dan halangan untuk kita berjaya.

Nampak simple..tapi, itulah yang SMS rasa ramai antara kita selalu buat dan lupa.

2) Tiada Ilmu Pengetahuan - Selama ini, SMS nak KURUS..saya main redah je.. Buat je, ikut selera hati. Asalkan berjaya, KURUS..tapi, masalahnya, tak berjaya pun. Gagal je..

Alamak!! cam mana nie.. Dah stress dan tertekan pulak.

Itulah, SMS beberapa bulan yang lalu.. bersenam, work out.. seat up (konon nak kempiskan perut). Tapi, tak berdisplin dan tak da ilmu untuk jadi kurus.

Bila SMS, join MFMS group barulah timbul kesedaran dan pendedahan tentang ilmu kurus nie. 

Sebabnya, dalam group nie.. ada lagi satu pecahan group Whatapps JOM KURUS MFMS (senang citer..fitness group la kan).



Ini, yang SMS makin sayang dan suka dengan MFMS nie..

Semua yang SMS nak.. ada. Nak rohani,pun ada.. nak sihat pun ada.. nak kurus, pun ada..Nak gagal je, yang tak da. hihihi..

Tak perlu belajar untuk gagal..senang je.. tak yah buat apa-apa.

Group ni, mendisiplin dan mengajar SMS menjadi seorang OBESITI kepada si KURUS yang cun dan tegar.. Wah!! Cun, ke? Siapa yang join, je tahu..cun ke tak cun..

Banyak ilmu yang SMS dapat dari fitness group nie. Thanks to them, because always supportive. 

3) Faktor Emosi/ stress - Oh, no..!! ini yang SMS alergik sekarang. Bila jiwa dan emosi kita tak stabil.. kita akan mempengaruhi akal sedar supaya melakukan sesuatu yang luar tindakan. Ini yang bahaya.. dan saya telah alaminya.

Dasyat..!! bila SMS stress..perasaan datang membuak-buak untuk transfer emosi negatif itu kepada makanan.

SMS akan ambil pelbagai jenis makanan yang jarang dimakan dalam kuantiti yang banyak..

Seolah-olah, melepaskan geram pada si udang atau si sotong goreng, melangsaikan amarah kepada si Pizza yang tak bersalah.

Tak cukup dengan itu.. SMS akan memasak sesuatu yang sangat special untuk orang sekeliling.. Selalu SMS, baking Chocolate Moist, puding, trifle, makanan-makanan yang berkuah seperti kuey tiaw Ladna, Behoon Sup dan banyak la lagi.



Selain makan di luar, SMS akan memasak.. yang malangnya, sewaktu bujang dulu (gaya cam dah kahwin.. hihihi) SMS serumah dengan insan-insan yang kurang makan..

Uihhh..!! Makin, STRESS..

Sebab..

SMS yang akan abiskan makanan tue.. part yang bagi kat orang, dah settle..

Bila tengok kat dapur, banyak lagi..(niat nak simpan untuk housemate.. tapi, dia dah kenyang. Lagi pun, dia kurang makan makanan ngarut cam tue).

Dah tak tahu nak bagi kepada siapa. Maka, kesudahannya.. Diri sendiri lah, makan untuk elak pembaziran.

Satu perkara pasal SMS bab makanan, kalau pergi kemana-mana.. tak suka membazir. Akan usaha abiskan jugak..

Normally, bila jamuan.. orang memang makan tak habis kan. SMS selalu TERlibat dengan jamuan (Alhamdulillah, murah rezeki).. 

Maka, SMS lah tong drum nya nanti..


Pihak catering, bagi ambil.. SMS pun, ambil la.. Malas dah nak fikir makan apa untuk malam nanti.. (Dah settle masalah makan malam)

Hakikatnya, tak tahu..merana diri, di kemudian hari.


SAKINAH..SAKINAH..

Ini bab emosi..

4) Diet tidak seimbang - Nak kurus, tapi cara pengambilan zat makanan tak betul..

Parah!! Parah!!

Ramai antara kita yang buat kesilapan ini. Pagi-pagi makan nasik kerabu.. Sarapan, kan penting.. Sesiapa yang skip sarapan, akan pendek umur, cepat tua, dan mudah sakit.

Betul.. SMS tak tipu. Kalau dah sakit.. pendek ke tak pendek usia? Fikir-fikirkan dan renung-renungkan..

Berbalik kepada Nasik Kerabu tadi.. Yang masalahnya, kita tahu ke jumlah kalori nasik tue?

Apa pulak Kalori? Anda boleh click di sini dan di sini.

Untuk makluman, anda semua.. Sebelum nak kurus, perlu tahu apa itu KALORI? BMI anda? METABOLISMA? itu semua saling berkaitan.

Kesilapan SMS lagi, untuk ke berapa kali.. SMS mengambil kuantiti yang agak banyak, dalam satu-satu masa.

SMS kurang makan..sekali sehari sahaja. Ingatkan makan sekali sehari boleh KURUS..rupanya, silap..!!

SMS telah bertindak kejam kepada Metabolisma sendiri. Patut lah, tak KURUS, KURUS.. Sebab, METABOLISMA (boleh click di sini) dah lemah.. dah merajuk dengan tuan.

Sahabat..

Bila kita selalu, makan tak ikut timing.. perut tak dapat nak proses dengan elok.. mulalah, terjadinya gastrik yang menyusahkan diri sendiri.

Badan kita ni pun, ada masa perlukan rehat. Macam kita.. Tak suka ditekan.. kena push.

Cuba bayangkan.. di saat badan kita sepatutnya makan ringan-ringan.. kita pi sumbat dengan daging, nasik 5,6 pinggan, ayam goreng 2,3 ketul dan sebagainya serentak.

Apa akan jadi? Kecian, kan? Sedangkan dalam islam sendiri diwajibkan untuk berpuasa di bulan ramadhan bagi merehatkan sistem pencernaan kita yang dah setahun berkerja.


Nampak tak, punca kegagalan SMS.. 


NEXT..

5) Syok Sendiri - Siapa pernah perasan dia cantik? kurus? comel?hahaha..


Tak salah, nak perasan..asalkan ianya, seiring dengan tindakan. 


SMS yang dulu.. Suka syok sendiri. Diet.. lah sangat.. Rasa cam dah kurus.. Hakikatnya, tak pun..


Ini, illusi diri sendiri. Ada BIAWAK dalam diri.. Makan, lah Sakinah.. Ko, kurus lah.. cantik dan comel, apa.. 


Tapi, pesanan Cinta Hati Sakinah.. jangan keliru dengan syndrome Aneroxia Nervosa pulak. Dapatkan ilmu supaya anda tidak syok sendiri.. hihihi..




Itu, sakinah yang dulu..Sakinah sekarang sudah berbeza...


ooohhh..!! Panjang dan banyak pulak faktor kegagalan Cinta Hati Sakinah suatu masa dahulu..sebelum mengenali  MFMS group. Sahabat semua pun, pasti bosan.. panjang berjela-jela kan?

SMS pun, ada sedikit urusan yang perlu diselesaikan. So, lagi 5 cerita kegagalan akan bersambung di entry seterusnya di bahagian 2. Jangan lupa, sehingga bertemu lagi kita.


Semoga entry kali ini, memberi manfaat kepada anda semua dunia dan akhirat serta dipermudahkan segala urusan olehNya.

Setiap syariat Rasulullah SAW, pasti ada hikmah yang tidak terhitung nilainya kepada kita semua.


Ayuh..!! lah kita menjadi seorang muslim mahupun muslimah yang sihat dan ceria berlandaskan hukum dan hadis yang telah lama termaktub di dalam al-Quran Allah SWT. InsyaALLAH..


Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan insan-insan tersayang?
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 
Shaklee ID : 1168494
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

5 comments:

haha said...

Manusia belajar dari kegagalan. Sama ada kegagalan sendiri atau iktibar kegagalan org lain.

Noor Aziemah said...

great sharing! orang yang berjaya bukanlah orang yang tidak pernah gagal, tetapi orang yang bangkit selepas kegagalan. good luck kak kinah :)

sakinah (SMS) said...

Assalamualaikum, sahabat Cinta Hati Sakinah.. terima kasih kepada Saudara Hazry Sabere dan Adk Noor Aziemah..kerana sudi menjengah d jendela Hati Sakinah.. semoga entry ini, memberi manfaat kepada kita semua :-)
wassalam.

None said...

Sakinah, ini bukanlah kegagalan tetapi usaha yang belum lagi berhasil. Kegagalan adalah apabila kita tidak usaha langsung dan meratapi kegagalan itu.

sakinah (SMS) said...

Assalamualaikum dan selamat petang kepada sahabat Cinta Hati Sakinah..

Terima kasih,kak June MRS. kerana sudi transit di jendela Hati Sakinah. Yes..!! agree with u, kak June.. Semoga entry memberi manfaat kepada kita semua dunia dan akhirat.

Salam sayang, salam bahagia.
Sekian, wassalam :-)

Post a Comment