Monday 6 October 2014

DUA TIPS PENTING BERQURBAN

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar sahabat-sahabat Cinta Hati Sakinah, yang disayangi dan dikasihi untuk hari ini? Hari yang mulia penuh barakhah..

Walau apapun, SMS mendoakan anda sihat, ceria dan bahagia bersama keluarga di kampung halaman masing-masing dan tidak kira di mana jua anda berada.

Eidul Adha lambang pengorbanan

Cinta Hati Sakinah ada satu soalan lah, nak tanya.. Sahabat semua tahu tak apa itu erti sebuah pengorbanan? Tahu ke tahu? Tak pe, SMS akan terangkan secara ringkas kat sini, ya..

Apakah erti pengorbanan?

Pengorbanan ni, sebenarnya amat luas maksudnya. Ianya berkaitan dengan usaha seseorang hamba menuju ke jalan Allah yang kekal abadi melalui amal perbuatan yang ikhlas.

Dalam bahasa mudahnya.. berkorban apa sahaja. Samaada harta, kasih sayang, masa dan segala-galanyalah yang bukan milik kita. Memberi dan berkongsi.. Sebab, dalam hidup kita ni.. Semuanya adalah hak mutlak Allah SWT yang hakiki. So, jangan kedekut ya. Memberi itu lebih baik dari menerima..

Contoh yang terbaik adalah kisah perjuangan dan pengorbanan Nabi Ibrahim as dan anaknya, Nabi Ismail as sebagai hambaNya yang taat dan setia kepada Allah SWT . Ia merupakan pengajaran yang paling besar kepada umat islam di seluruh dunia sehingga ke hari ini.

Hari Raya Eidul Adha Pertama


Ok, kat sini yang nak kongsi apa yang telah berlaku semalam. Sahabat pernah tengok cam mana lembu, kerbau mahupun kambing kena sembelih real depan mata?


mmmmm..


Mesti ramai yang tak pernah tengokkan... It's ok. kat sini, SMS akan kongsikan sedikit sebanyak pengalaman bersama mangsa-mangsa Qurban untuk hari nie. Tempat kejadian nya, Masjid Besar Kawasan Beserah, Kuantan, Pahang. Oleh kerana adik-adik SMS excited!! nak tengok kan... so, layankan je.. hihihi.




Cuaca pagi ni, agak mendung dan hujan rintik-rintik.. Seolah-olah seluruh bumi menangisi mangsa Qurban yang terlibat. Sewaktu SMS tiba di tempat penyembelihan,  5 ekor lembu sudah berjaya ditumbangkan dengan kepakaran ustaz dan rakan-rakan mereka.

Get ready nak pergi ke tempat qurban.
Gambar-gambar di bawah ini akan menceritakan proses-proses yang berlaku sepanjang pagi tadi, yang sempat diambil. Daripada kiraan SMS, terdapat 9 ekor lembu yang diqurbankan untuk hari ini.

Jom!! layan...

Kecian lembu ni.. tengah tunggu turn nak disembelih. Kurus je.. Anda boleh nampak sendiri, tulang rusuknya yang timbul. 
*elakkan menyembelih di hadapan binatang lain
Satu perkara yang SMS kurang setuju di sini, adalah cara ataupun kaedah penyembelihan dilakukan.. Lembu-lembu ditempatkan di kawasan yang hampir dekat antara satu sama lain.

Setahu SMS jarak adalah amat penting. Hati binatang sembelihan pun perlu dijaga.. SMS nampak ada yang menangis mengalirkan air mata.. dan tak kurang juga, terkencing.. bukan kah itu telah berlaku kejam kepada penghuni syurga ini.

Tenang lah kau di sana, dariNya kita datang, dan dariNya jua kita kembali..

Antara orang ramai yang hadir memeriahkan suasana
Masyarakat setempat turut serta hadir memeriahkan majlis qurban ini, bagi membantu kerja-kerja dapur dan ada juga kanak-kanak yang begitu teruja termasuklah adik SMS si kembar. Teruja sampai tangan SMS tak nak dilepaskan.. takut punya pasal. hahaha.. Budak budak.. Sebelum pergi bukan main berani. Bila tengok lembu.. macam-macam jadinya.




Proses menyiat kulit dari badan.


Kepala lembu yang dah berpisah dari badan.
Segala isi perut telah berjaya dikeluarkan. Tinggal badan dan tulang rusuk serta kulit sahaja.

Daging yang telah dipotong-potong.

Setelah selesai memotong-motong bahagian.. daging dan tulang ini, akan dibawa ke workstation lain pulak untuk kerja melapah dan membahagikan kepada orang ramai.


Nilai murni yang dapat dilihat di sini, adalah kerjasama dan tolong menolong.. Kerja menjadi senang dan mudah, hati kita pun bahagia. Sesungguhnya, Islam ini indah. Setiap apa yang berlaku, pasti mempunyai hikmahnya yang lebih baik kepada hamba-hambaNya yang bertakwa dan beriman.

workstation untuk memotong tulang-temulang menggunakan mesin dan kapak.


Workstation untuk melapah: famous jap abang ni masuk blog. Dia terkejut.. sebab semua lelaki yang buat kerja. Tiba muncul SMS yang perempuan ni. hihihi.


Begitulah, proses qurban dilakukan di sini. SMS tak still lama..sebab si kembar dah merengek-rengek lapar.. nak balik. SMS yakin, setiap kawasan dan tempat mempunyai perbezaan caranya yang tersendiri.

SMS masih ingat lagi, kenangan setahun yang lalu. Dimana ibadat qurban, menjadi tugasan kepada pelajar-pelajar SMS. Termasuklah tiga orang pelajar non-muslims. So, macam-macam la pengalaman dan ilmu yang dikongsi bersama dari view yang berbeza. Manisnya qurban bagi mereka yang menghayati :-)

*Sedikit tips untuk melakukan qurban:

1) Kita perlu memahami setiap hukum dan perkara (Syarat-syarat binatang qurban, syarat orang yang berniat nak qurban, perkara sunat dan sebagainya) sebelum melakukan qurban. Kerana banyak fadhilat yang terdapat dalam ibadat ini, jika diamalkan.

2) SMS just nak highlight beberapa perkara yang mungkin ramai ambil jalan mudah dalam masyarakat kita hari ini: Terdapat sesetengah orang yang beranggapan, apabila melakukan kerja gotong-royong qurban.. mesti nak bawak balik hasil qurban yang lumayan. Tak pun, mendahului kepentingan diri berbanding amanah orang ramai.  Itu silap..

Untuk pemahaman lebih lanjut, bolehlah click di sini.

3) Haaa....Pastu, bila dah dapat makan tue.. beringat-ingat. Jaga kesihatan, jaga diri. SMS pun makan jugak.. tapi, SMS amalkan ini sebagai teman setia.. Cinta Hati Sakinah.




Diharapkan, perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada sahabat semua dunia dan akhirat. Salam Sayang, Salam Kemaafan.. Selamat Hari Raya Eidul Adha.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.


"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."


#SEMPENA TAHUN BARU 2015 : REBUT PELUANG PROMOSI HEBAT DAN JIMAT BERGANDA-GANDA UNTUK INSAN-INSAN TERSAYANG TERUTAMA IBU DAN AYAH



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan insan-insan tersayang?
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Cinta Hati SMS untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 
Shaklee ID : 1168494
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment