Saturday 18 October 2014

RAHSIA DETIK 12.00 TENGAH MALAM


Assalamualaikum wbt..

Apa khabar sahabat Cinta Hati Sakinah hari nie?

SMS mendoakan semoga anda semua sentiasa sihat, ceria dan bahagia di samping keluarga tersayang.

Hari ni, SMS nak story tentang satu cerita.. Satu rahsia.



KISAH MALAM TADI..
SCARY!! TERJUMPA SENJATA MAHAL..

Disaat, seluruh isi rumah sudah berlayar dibuai mimpi mengikut destinasi masing-masing. Aku masih lagi setia, di bilik keseorangan melakukan kerja-kerjaku.. seperti malam-malam sebelumnya.

Rasanya, rakan-rakan yang lain sudah mula beradu agaknya.. Senyap je.. Sunyi sepi..

Normally, bising je memanjang.. Abang Long, Kak Lang, Abang Ngah, Sifu-sifu yang hebat. Hangat berdebat sesama mereka.

Diketuk-ketuk bilik.. buzz banyak kali, tak da sahutan. Tidur la tue, kan..

Mmmm....

Untuk malam ni, agak luar biasa perasaan dan suasananya.
Terdengar pelbagai bunyi-bunyian seperti cengkerik dan kipas syiling berpusing-pusing di satahnya. Sunyi sesunyi sunyinya..


Kalau dulu, time-time cam gini (sambil tengok jam.. Pukul 12.05am).. Aku dah lama berlayar..

Macam-macam perhentian, sempat pulak bermimpi. Hihihi..

Berbeza dengan sekarang,

Pukul 12.00am masih segar, berjaga lagi.. Gigih.. Seronok sampai lupa nak tidur. Sehingalah malam tadi.

OOOHH!! AKU PERLUKAN BANTUAN

Aku ada masalah.. tak dapat nak meneruskan program nie. Aku dah cuba banyak kali.. tapi, still tak berjaya. Tak jumpa jugak, apa yang aku cari.. Banyak bilik dah.. Tak jumpa-jumpa..

Cam mana, ya? (sambil otak duk ligat berfikir).

Ok.

Aku perlu contact my sifu, a.k.a mentor aku yang sekarang ni, la..

30minit kemudian..

Sifu tak respond la.. Busy, agaknya. Tak pun, dah tidur.. selalu cepat, je balas..

Aku kerling jam di dinding.. Patut, la. Dah lewat malam.. Tinggal aku sorang je.. Huhuhu...

Cam mana, ya?

Tiba-tiba aku teringat pesanan sifu..

"Sakinah.. papehal, you geledah je bilik tue.. you ambillah apa-apa yang you perlukan.."

Aku terkesima.. (Dalam hati, biar betul?)

"Betul, ke nie sifu..?? Takkan saya nak geledah sesuka hati.. kalau sifu tak da.."

(Sifu senyum...)

"You masuk je lah.. "

Aku pelik.. First time, tuan empunyer bilik betul-betul tak kisah. Nanti, tak pasal-pasal hilang data ke.. apa-apa yang tak sepatut aku tahu.. Banyak rahsia dalam tue..


Selepas itu, aku apa lagi..

Dah tuan.. bagi green light.. Kita geledah je la kan.. Godek punyer godek..


WOW...!! Aku jumpa senjata.. BIAR BETUL?? Sifu aku, nie.. Senjata itue.. Senjata inie.. Banyak giller..!! Scary, aku.. Dah la malam-malam cam gini..

Tapi, aku tak putus semangat.. aku teruskan pencarian.. sampailah aku jumpa apa yang dicari..

Alhamdulillah..

Akhirnya, jumpa jugak.. Patutlah senang-senang je.. Ada senjata baik dan mahal rupanya.. Lain yang aku cari.. lain yang aku jumpa..

Sahabat Cinta Hati Sakinah, nak tahu senjata apa yang SMS jumpa?

Ini hanya untuk orang yang berjiwa kental sahaja boleh tengok.. siapa-siapa yang lemah semangat dan cepat mengaku kalah.. SMS sarankan, baik tak payah teruskan, nanti anda menyesal tak sudah :-)

Anda boleh click di sini, ya.. (Banyak-banyakkan istiqfar sebelum click).

Sekiranya entry kali ini, memberi manfaat kepada anda semua.. silalah, share kepada rakan-rakan yang lain.

SMS doakan anda dipermudahkan segala urusan dan berjaya dunia dan akhirat.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan insan-insan tersayang?
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 
Shaklee ID : 1168494
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

12 comments:

Tuesday Night Workout said...

Menarik ...... Suspen !!!!!!

Unknown said...

Mmg suspen. Ingt apa yg nk kuar. Tahniah sbab berjaya men'suspen'kan akak.

Noor Aziemah said...

Suspen giler entry kak kinah ni. Fuhhhh

sakinah (SMS) said...

Assalamualaikum dan selamat pagi, semua sahabat Cinta Hati Sakinah.

Alhamdulillah, kita masih diberi peluang dan ruang untuk bernafas di muka bumiNya ini. Terima kasih, kepada Sifu Faizal Fairuz, syima razak dan Noor Aziemah atas komen anda semua. Semoga entry ini, dapat memberi manfaat kepada kita semua, berjaya dunia dan akhirat.

Sekian, salam sayang dan salam bahagia..
wassalam :-)

Unknown said...

Amboi! Boleh tulis novel thriller nih.... Suspension (suspen sampai buat org tension)... Hahaha

sakinah (SMS) said...

Assalamualaikum dan selamat pagi, sahabat Cinta Hati Sakinah.

Terima kasih, kepada saudara Mus Dahlan kerana sudi transit ke jendela Hati Sakinah :-) dan terima kasih, juga atas komen yang sangat membina.. semoga saya terus istiqamah berkarya untuk sahabat yang dikasihi dan disayangi sekalian.

sekian, wassalam.

None said...

Kinah..Oh.. Kinah...wow sekarang dah pandai ye buat orang suspen..teruskan cerita Cinta Hati Sakinah....

sakinah (SMS) said...

Assalamualaikum dan selamat pagi, sahabat Cinta Hati Sakinah.

Terima kasih, kepada Kak June MRS kerana sudi menjengah ke jendela Hati Sakinah :-) dan terima kasih, juga atas komen yang sangat membina.. Actually, ini memang kisah benar.. Semoga saya terus istiqamah berkarya untuk sahabat yang dikasihi dan disayangi sekalian.

Sekian, wassalam.

Unknown said...

Wau..suspens sngt9..seram pun ada..huhu

sakinah (SMS) said...

Terima kasih, syu iz sudi singgah di laman cinta Hati Sakinah. Haa.. Hope, dh hilang perasaan seram tue. He3..

Sobiha Salim said...

Akakkkk...!!! Best gilerrr entry akak yang nie...! =D
Sobiha pun nak godek2 jugak lah kat 'tempat' yang akak cakap tu. Mana tahu kot-kot lepas ni jumpa harta karun ke... ^_^

sakinah (SMS) said...

Alhamdulillah, terima kasih sobiha.. Bagus, sobiha. Godek-godek lah apa yang patut. Kalau tidak menyesal nanti. Sebab banyak sangat rahsia dalam tue.. Hahaha..

Post a Comment