Wednesday 1 October 2014

NILAI DISEBALIK TERIMA KASIH DHUHA

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar, sahabat hari ini? Alhamdulillah.. SMS mendoakan sahabat sentiasa sihat dan ceria-ceria selalu :-)

Jangan biarkan kata-kata sekadar tinggal kata-kata..


Sebelum tue.. Ini ada sedikit perkongsian dari rasa hati Sakinah, pengalaman Sakinah dalam Mencari Cinta HakikiNya.

Since SMS solat Dhuha dua tahun lepas.. SMS, dapat rasakan kelainannya.. Sangat berbeza sebelum diri ini mengenali Dhuha.. Tapi, SMS culas.. Kalau sempat.. Buat.. tak sempat.. Tak buat.. Biasalah, kadang kita manusia ni ada kekhilafan masing-masing.. Kita terleka..

Cuba tengok pokok.. Pokok apa-apa pun.. Senang citer, pokok bunga (Cantik tak? Sure, lah cantik...)



"Diri kita ni sebenarnya, sama seperti pokok.. kalau berbaja..berbungalah. Kalau consistent bajanya, dapatlah hasil.. Dan begitu lah sebaliknya.."

Berbalik kepada amalan Dhuha tadi.. SMS start buat dhuha.. Bila? Dua tahun lepas.. Cam mana SMS boleh terbuka untuk Dhuha..??

SMS tersepit.. Tak bekerja.. Berbulan-bulan. Sehingga datang seorang hamba Allah yang selalu menasihati SMS dari dulu lagi.. Dia pensyarah SMS.. Kami selalu bertukar-tukar pendapat.. Sudah lapan tahun, kami berhubung..

Soalan dari Mr. P: 
"You buat Dhuha, tak?" 

SMS cakap:
"Tak pernah.."

Walaupun, SMS selalu nampak orang buat.. Kawan SMS buat.. Mak SMS buat..buat apa? Solat Dhuha lah..

Kata Mr.P:
"Cam mana rezeki nak masuk kalau tak dhuha."

Alhamdulillah, selepas itu SMS consistent buat.. Dan benarlah.. SMS dapat offer kerja. SMS fikir dah tak da rezeki hasil dari temuduga enam bulan yang lepas.. Siapa sangka.. Betapa hebatnya kuasa Allah swt.. Hebatnya Dhuha..

Selepas hampir sebulan, SMS Dhuha kan diri kepadaNya. MashaAllah besarNya kuasa DIA.. SMS bersyukur sangat..  SMS dah start bekerja.. SMS tak lupakan dhuha..

Tapi, seperti SMS cakap sebelum ni.. Kita tak lari dari kekhilafan.. Kesibukkan kadang membuatkan SMS alpa.. Hati rasa tak tenang.. Dalam sibuk melupakan DIA.. Hakikatnya rezeki itu milikNya.. tak salah pun ambil masa lima minit diperuntukkan mengadap DIA..

"Ya Allah,
aku hamba-Mu yang hina.. Tak lari dari melakukan dosa.. Ampuni lah dosaku Ya Allah, dosa kedua orang tuaku.. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani ku, Kau istiqamahkan lah diriku Ya Allah.."

Tahun Kedua.. Kerana lubang-lubang dhuha.. SMS diberhentikan kerja sebagaimana dalam entry yang lepas (Tekanan Adalah Kunci Kebahagiaan).

SMS sedar khilaf ini.. SMS terus consistent kpdNya.. Alhamdulillah.. SMS bertemu jalan.. dan kini, apa yang SMS buat.. SMS berusaha utamakan DIA.. Dhuha adalah penenang hidup SMS.. Pembuka rezeki SMS..

Allah temukan SMS dengan seorang kakak a.k.a ibu kepada dua orang anak dan suaminya yang sangat banyak memberi inspirasi kepada SMS kini. Siapakah mereka? Bertemu kita di entry seterusnya nanti.

HambaNya yang khilaf.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.


"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan insan-insan tersayang?
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Cinta Hati SMS untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 
Shaklee ID : 1168494
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

2 comments:

Unknown said...

Alhamdulillah. Macam tahu siapakah mereka..hihi

sakinah (SMS) said...

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..time kasih Hani Suryani kerana sudi meluangkan masa untuk entry saya kali ini. Semoga, ia memberi manfaat kepada saudari sekeluarga :-)
Siapa mereka? Kita tunggu..next entry :-)
Wassalam..

Post a Comment