Sunday 3 December 2017

JURNAL ARIFFSAKINAH - HAPPY FIRST ANNIVERSARY

Dah setahun kahwin.
Ni, antara hantaran dari pihak perempuan.
Sentuhan saya dan juga adik-adik yang banyak membantu.
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah.. syukur kepadaNya atas nikmat dan rahmat yang Allah berikan sehingga hari ini.

Walau di luar sana, hujan masih mencurah-curah membasahi bumi Terengganu. Saya masih belum lupa tarikh keramat pernikahan kami iaitu 3 Disember 2016.

Setahun yang lalu.

Friday 24 November 2017

DIARI AZZAHRA : FIRST TIME BERKHITAN ANAK PEREMPUAN

Ready untuk ke Klinik
(Silap faham. Rupanya, Klinik Sulaiman, bukan Fauziah)
nak bersunat.
Assalamualaikum dan salam jumaat. Penghulu segala hari.

Sempena jumaat yang barakhah, saya dan suami decide nak berkhitan baby Azzahra hari nie.

Azzahra pun dah mula lasak, risau bila dia dah besar nanti.. lagi mencabar.

So, genap hari ni 81 hari anak ibu ayah selamat dikhitankan.

Tapi, sebelum tue saya nak share sikit survey dari segi harga dan juga syarat nak berkhitan bagi baby gegirl.

Monday 13 November 2017

DIARI AZZAHRA : ZIARAH TOK KI ANGKAT DI BUKIT SAGU

Baby Azzahra Day-69
Assalamualaikum wbt..

Dua hari lepas, Azzahra, Ayah dan Ibu pi ziarah tok ki angkat kat Bukit Sagu selepas balik dari kenduri kahwin kat Beserah.

Kiranya first time, Azzahra jumpa tok ki nya. Tok ki betul dah tak de.

So, menumpang kasih tok ki angkat je lah.

Nenek dengan tok ki tanya, dah berapa bulan?

Ibu cakap baru 68hari. Ni pun, baru cukur rambut.

Saturday 11 November 2017

DIARI AZZAHRA : PENGALAMAN PERTAMA ANAK JAUNDICE (PART 6)

Baby Jaundice memang akan
kuat tidur dari baby biasa.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ok, entry ni sambungan dari post yang lalu (Part 5).

Suasana tengah hari tu terus hingar-bingar dengan suara-suara tak puas hati doktor dan staff kena berpindah wad time macam ni, ditambah dengan suara geseran perabot yang disorong tolak keluar untuk ke tingkat atas.

Biarkan lah.

Politik kerja. Kat mana-mana pun sama. Bila tak puas hati, kita akan berkata-kata sesama teman untuk meluahkan rasa.

DIARI AZZAHRA : FIRST TIME CUKUR RAMBUT

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar? Saya mendoakan semoga anda semua sihat sejahtera dan berbahagia di samping keluarga tercinta.

Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

Hari ni, saya nak share pengalaman pertama saya dan en.suami mencukur rambut baby sulong kami, Azzahra semalam.

Thursday 9 November 2017

DIARI AZZAHRA : PENGALAMAN PERTAMA ANAK JAUNDICE (PART 5)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai, bersua kembali kita sambungan dari kisah pengalaman pertama anak Jaundice di entry yang lalu part 4.

Hari ni, hari ke enam saya menginap di HTAA, hari ke empat bagi Azzahra dan hari kedua bagi kami berdua di wad kanak-kanak Jaundice nie.

Bagaimana keadaan Azzahra untuk pagi nie?

Wednesday 8 November 2017

3 BERANAK NYARIS KEMALANGAN SELEPAS 62 HARI BERPANTANG

3 beranak nyaris kemalangan jalan raya.
3 hari lepas, kami tiga beranak ke Muadzzam untuk berjumpa rakan en.suami atas beberapa urusan.

Saya sebenarnya agak keberatan nak follow sebab baru 62 hari berpantang.

Walaupun, perjalanan ambil masa lebih kurang 2 jam. Penat jugak, nak pi balik.. jadi lah 5-6 jam (berhenti 2 kali).

Bergilir-gilir solat dan jaga baby Azzahra.

Tuesday 7 November 2017

Sunday 5 November 2017

DIARI AZZAHRA : PENGALAMAN PERTAMA ANAK JAUNDICE (PART 3)

Azzahra di bawah lampu fototerapi
Assalamualaikum wbt..

Hai, bersambung semula kisah anak saya Jaundice dari entry sebelum ini.

Anda boleh baca di sini :


AFTER DISCHARGED DI WAD BERSALIN

Lewat petang itu, selepas sahaja saya discharged dari wad bersalin.. saya, suami dan Azzahra dibawa oleh nurse bertugas ke Wad bayi Jaundice (Saya tak ingat apa nama khas wad ni).

Kami mendaftar diri.

Selesai mendaftar kat kaunter, saya di bawa ke katil di dalam sebuah bilik yang menempatkan enam buah katil bersama lampu fototerapinya. 

Friday 3 November 2017

DIARI AZZAHRA : PENGALAMAN PERTAMA ANAK JAUNDICE (PART 2)

Baby Zahra Jaundice.
Assalamualaikum wbt..

Bersambung kembali kisah pengalaman pertama saya bersama anak sulong yang disahkan Jaundice selepas 2 hari dilahirkan.

Anda boleh baca kisahnya (di sini : Anak Jaundice kali pertama).

Pagi tu saya call en.suami minta dia doakan banyak-banyak. Doakan saya dan baby Azzahra boleh keluar hari nie.

Kami mintak emak, emak mertua, semua ahli keluarga doakan jugak.

Thursday 2 November 2017

DIARI AZZAHRA : TEMU JANJI DENGAN DOKTOR UNTUK DUA BULAN

Azzahra Day-59
Assalamualaikum wbt..

Hari ni, baby Azzahra dah 59 hari.

Ibu dan Ayah bawa saya ke Poliklinik Beserah untuk temu janji selepas dua bulan.

Macam biasa, sebelum ke Wad Ibu dan Anak.. kena ambil no. giliran kat kaunter.

Sepanjang menunggu tue, ramai yang tegur rambut Azzahra yang hitam, lebat. Dorang tak sangka yang anak ibu ni baru 2 bulan. Hehehe..

Wednesday 1 November 2017

DIARI AZZAHRA : PENGALAMAN PERTAMA ANAK JAUNDICE

Hari kedua, doktor pelatih cakap
muka baby Azzahra nampak macam nak kuning.
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, baby Azzahra dah bebas dari Jaundice. Atau lebih dikenali dengan nama kampung demam kuning di kalangan orang-orang lama.

Sebelum baby Azzahra lahir lagi, saya dah prepare sedikit sebanyak info mengenai Jaundice nie. Since, dapat tahu saya darah jenis O+ dan en. suami pun O.

Friday 20 October 2017

BAHAYA OSTEOPOROSIS : TULANG PINGGUL AYAH MERTUA HANCUR & RETAK

Tulang pinggul Ayah Mertua nya yang Osteoporosis.
Assalamualaikum wbt..

Apa khabar?

Saya doakan anda semua kaya, bahagia, berjaya dan diberkati hidup dunia akhirat.

Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. InsyaAllah.

3 bulan lepas, salah seorang daripada leader shaklee telah berkongsi pengalaman kisah benar hidup beliau bersama ayah mertuanya.

Kisah mertuanya Osteoporosis.

Jom! baca dan hayati sharing di bawah ini.

Sunday 15 October 2017

4 PESANAN UNTUK IBU MUDA YANG AKAN BERSALIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam sihat dan salam bahagia buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca blog sakinahms.blogspot.my

Hari ni, saya nak kongsikan 4 pesanan buat anda ibu-ibu muda yang kali pertama akan bersalin.

Mungkin, tak lama lagi.

Masing-masing sedang menghitung hari menanti hari bersejarah buat anda dan pasangan.

Thursday 5 October 2017

DIARI AZZAHRA : TANGISAN DI BAWAH CAHAYA BIRU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam sihat dan salam bahagia buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca kisah ini. Mungkin, anda juga seperti saya yang sedang berhadapan dengan ujian anak Jaundice.

Hari ni, sudah 31 hari usia anak syurga ibu. Semoga anak ibu, Siti Nur Hafizhah Azzahra Binti Mohd Noor Ariff menjadi anak solehah, sihat dan kuat.

Alhamdulillah, 5 Sept. 2017 (Boleh baca kisahnya di sini) lahirnya srikandi syurga yang dinanti-nantikan ibu & ayah selama ini.

Pada ibu, bersalin adalah satu pengalaman yang cukup bermakna buat diri seorang wanita yang kali pertama bakal bergelar ibu.

Sunday 24 September 2017

DIARI AZZAHRA : 6 HARI BERKAMPUNG DI WAD BERSALIN HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN - PART 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam sihat dan salam bahagia buat semua. Terima kasih kerana masih setia membaca ruangan ini.

Membaca kisah Diari Azzahra, anak ibu ayah.

Sambungan entry sebelum ini


Ok, baby Azzahra tengah lena tidur lagi. Sekejap dia menggeliat dan sekejap dia merengek manja.

Friday 22 September 2017

DIARI AZZAHRA : 6 HARI BERKAMPUNG DI WAD BERSALIN HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN (HTAA)

Saya di wad ibu berisiko tinggi di tingkat 1,
sebelum bersalin.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam sihat dan salam bahagia buat semua. Terima kasih kerana membaca ruangan ini.

Saya doakan semoga Allah permudahkan segala urusan anda.

Bagi yang sedang menanti hari bersalin, saya juga doakan ibu dan baby sihat dan selamat.

6 HARI BERKAMPUNG DI WAD BAGAIKAN SEBULAN LAMANYA

6 hari berkampung di wad bersalin terasa bagaikan sebulan.

Sunday 17 September 2017

DIARI AZZAHRA : KELAHIRAN BABY AZZAHRA DI DEWAN BEDAH

Azzahra hari ke-13,
Ibu lupa ambil gambar. Ini je yang ada.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam sihat dan salam bahagia buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca kisah ini. Mungkin, anda juga seperti saya yang sedang menanti kelahiran cahaya mata pertama.

Walau apa-pun saya doakan anda kaya dan berjaya. Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

ANAK IBU, ANAK AYAH

Demimu anak ibu yang amat-amat ibu sayang. Sesungguhnya, sakit itu ujian dan sakit itu penghapus dosa-dosa silam.

Biar ibu ayah ulang-alik ke klinik dari ditahan dan mungkin 'dilapah' lagi untuk kali kedua.

Ibu tak sanggup berpisah dari nyawa ibu walau sesaat.

Thursday 24 August 2017

VITAMIN TAMBAHAN SHAKLEE UNTUK IBU HAMIL

Masa ni, usia kandungan 6 bulan.
Assalamualaikum dan salam sayang, salam bahagia.

Saya yakin.. Ada yang sedang tercari-cari apa vitamin tambahan terbaik sepanjang tempoh kehamilan ibu-ibu ataupun surprise seorang suami kepada isterinya yang sedang mengandung.

Betul, betul?

Alhamdulillah, tahniah saya ucapkan kepada anda semua.

Dan mungkin juga ada yang sedang membaca ini dalam proses merancang untuk mempunyai cahaya mata. Kiranya, buat pembacaan dan persiapan awal.

Wednesday 16 August 2017

RESULT IBU GDM SELEPAS BERJUMPA DOKTOR MINGGU KE 37

Poliklinik Beserah, Bilik No. 19.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam bahagia buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca blog Mak Yong.

Anda yang membaca kisah ini, mesti sedang mengandung atau juga senasib dengan saya hamil GDM.

Saya doakan anda sihat bersama kandungan dan tabahlah hadapi ujian sepanjang tempoh kehamilan.

InsyaAllah semuanya akan selamat.

Monday 7 August 2017

KALSIUM OSTEMATRIX PENGGANTI SUSU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam sihat dan salam bahagia buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca kisah ini. Mungkin, anda juga seperti saya tidak suka minum susu.

Walau apa-pun saya doakan anda kaya dan berjaya. Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

OSTEMATRIX !!

Setiap malam.. ni, lah pengganti susu makyong.

Ada ke yang tak boleh minum susu macam mak yong?

Sunday 30 July 2017

IBU HAMIL 8 BULAN KERAP KE TANDAS

Ibu hamil 8 bulan kerap ke tandas
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca dan yang masih setia mengikuti blog ini.

Saya doakan semoga anda dan keluarga sentiasa diberikan kesihatan yang baik-baik setiap saat. Kaya, bahagia dan berjaya diberkati hidup dunia akhirat. Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

InsyaAllah..

Hari ni, nak share sikit keadaan mak yong yang dah masuk minggu ke-34 kehamilan.

Friday 28 July 2017

FIRST TIME SHOPPING BARANG DI BRANCH SHAKLEE SRI RAMPAI, KL

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ni, mak yong bersama en. suami bergerak ke KL untuk attend program Business Growth Workshop (BGW) pada hari esok dan lusa (29 hingga 30 Julai 2017) di PWTC bersama Richworks.

Tapi, dukacitanya mak yong hanya menjadi peneman setia en. suami sebab mak yong tak layak turut serta.

Alasannya mak yong dah 34 minggu. Kalau 32 minggu ke bawah still boleh follow.

Wednesday 19 July 2017

10 KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE BERSAMA MAK YONG SAKINAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam sihat dan salam bahagia buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca blog Mak Yong.

Saya doakan anda kaya dan berjaya. Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

Anda ingin mendaftar Ahli Shaklee?

Tetapi tidak tahu apa kelebihan yang bakal anda peroleh?

Jom! Mak Yong kongsikan 10 Kelebihan menjadi Ahli Shaklee bersama Mak Yong.

Sunday 9 July 2017

KISAH SEBELUM DISAHKAN IBU GDM (GESTATIONAL DIABETES MELLITUS)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam sihat dan salam bahagia buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca kisah ini. Mungkin, anda juga sedang mengandung seperti saya.

Walau apa-pun saya doakan anda kaya dan berjaya. Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

Dedulu.. ada customer tanya, apa Set vitamin untuk ibu GDM (Gestational Diabetes Mellitus)?

Thursday 8 June 2017

KETULAN DARAH KELUAR SELEPAS MAKAN VIVIX

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Macam mana anda hari ni? Ok ke Ok puasa?

SMS harap kita semua dipermudahkan segala urusan dan amal ibadat kepadaNya.

Nak nak di bulan penuh keberkatan ni, kalau niat ikhlas dan betul.. InsyaAllah.

SMS doakan  anda yang membaca blog ini sentiasa dilimpahi rahmat, kebahagiaan, kekayaan, kejayaan dan keberkatan hidup dunia akhirat.

Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. Aaaminn..

Malam ni, saya nak berkongsi sedikit cerita pendek luahan hati seorang kakak A.K.A my in law.

Wednesday 7 June 2017

'SETTOK KARUNG' ATAU SIMPUL BIAWAK SEMASA HAMIL

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Ramadhan Kareem.

Saya mendoakan anda yang membaca blog ini sentiasa berada dalam keadaan sihat bahagia di samping keluarga tercinta. Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

InsyaAllah.

Hari ni, dah 11 hari kita semua berpuasa.

Alhamdulillah, dalam hati kerisauan.. berjaya jugak SMS berpuasa penuh sehingga hari ni.

Hope, dapatlah berpuasa penuh tahun ni. Ibu sihat baby pun sihat dan selamat.

Friday 2 June 2017

PERUBAHAN DIRIKU SEBELUM DISAHKAN HAMIL

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung dan pembaca setia blog ini.

Mungkin anda juga sedang lalui apa yang saya alami sekarang.

Walau apa-pun saya doakan semoga perjalanan hidup anda sentiasa sihat ceria dan berbahagia selalu.

Lebih kurang sebulan selepas akad nikah, keadaan kesihatan diri saya kurang mengizinkan.

Friday 21 April 2017

MENGIMBAU KENANGAN : NASI GORENG IKAN BILIS ZAPA

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat alam maya. Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmatNya dunia dan akhirat. Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. InsyaAllah.

Mengimbau kembali kenangan masa kecik-kecik dulu.

Selalu kami anak-beranak, makan nasik goreng air tangan emak sebagai sarapan pagi. Tiap-tiap hari. Tak pernah rasa jemu.

Thursday 13 April 2017

DAPUR SAKINAH : RESEPI SAYUR LEMAK TERUNG ZAPA

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog sakinahms.blogspot.my. Saya doakan semoga anda semua sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan ceria bahagia disamping keluarga tercinta.

Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

Terima kasih kerana masih setia menunggu. Huhuhu..

Dah lama tak update since alahan pregnant nie.

Papepun, saya tak mahu merepek lama-lama.

Hari ni, nak share resepi campak-campak gaya Dapur Sakinah.

Wednesday 12 April 2017

KOPI SPECIAL AIR TANGAN EN. SUAMI BUAT TETAMU PAGI

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Semoga kita sentiasa berada dibawah payung rahmat dan keberkatanNya.

Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

InsyaAllah.

KOPI SPECIAL AIR TANGAN EN. SUAMI BUAT TETAMU PAGI

Lewat malam tadi, abang ipar saya dari KL balik rumah bersama kawan sekerjanya. Katanya, dorang ada side visit berdekatan area sini. So, singgah lah bermalam.

Thursday 2 March 2017

KESAN PENGAMBILAN OSTEMATRIX KEPADA 44 ORANG PENGGUNA VITAMIN SHAKLEE

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya doakan semoga anda semua sihat, ceria dan bahagia sentiasa di samping keluarga tercinta.

Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. InsyaAllah.

Hari ni, saya nak berkongsi dengan anda beberapa kesan kepada tahap kesihatan bagi 44 orang pengguna yang telah mengamalkan Ostematrix Shaklee.

Tuesday 7 February 2017

UJIAN URINE PREGNANCY TEST(UPT) KALI KEDUA- KLINIK KERAJAAN

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua blogger.

Saya mendoakan semoga semua sihat walafiat dan berbahagia selalu disamping keluarga tercinta. Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. InsyaAllah.

Ok, hari ni kita sambung citer dari entry yang lalu.

Bagi yang belum membacanya, boleh klik link di bawah ini:

Sunday 5 February 2017

PENGALAMAN PERTAMA GUNA URINE PREGNANCY TEST (UPT)- PART 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan buat semua pembaca blog ini.

Saya doakan semoga anda semua dipermudahkan segala urusan dan berbahagia selalu disamping keluarga tercinta. kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

InsyaAllah.

Ok, hari ni saya nak sambung story pasal Pengalaman Pertama Guna Urine Pregnancy Test(UPT)-Part 1 di entry yang lalu. Anda boleh baca di sini.

Mesti ramai yang ternanti-nanti nak tahu apa yang terjadi pada Urine Pregnancy Test (UPT) yang en. suami belikan tu kan?

Friday 3 February 2017

PENGALAMAN PERTAMA GUNA URINE PREGNANCY TEST (UPT)-PART 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog ini.

Saya mendoakan semoga anda semua sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan berbahagia di samping keluarga tercinta.

Hari ni, saya nak berkongsi satu cerita yang rasa macam dah basi. Hehehe..

Tapi, tak pe. At least boleh jadi rujukan buat masa depan. 

Ini kisah 2 bulan yang lalu, lebih kurang hujung pertengahan bulan Disember 2016.

Monday 16 January 2017

STATUS BARU, DUNIA BARU, RUTIN BARU

Assalamualaikum wbt dan salam kerinduan buat semua pembaca blog sakinahms.blogspot.my.

Saya mendoakan semoga anda semua dipermudahkan segala urusan dan dirahmati Allah SWT. Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

Terlalu lama saya tak menulis di laman ini. Hati dan jiwa amat merindui. Terasa tumpul seperti parang lama. Huhuhu..