Social Icons

Friday, 16 February 2018

10 AKTIVITI MENARIK BOLEH DILAKUKAN DI PANTAI TELUK CEMPEDAK, KUANTAN

Assalamualaikum dan salam jumaat buat semua pengunjung blog ini.

Saya doakan anda kaya, bahagia, berjaya dan diberkati hidup dunia akhirat.

Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

Apa aktiviti anda hari ni?

Sekarang, musim cuti sekolah sempena Sambutan Tahun Baru Cina.

Hurm.. masing-masing dah plan ke nak kemana?

Mesti ada yang dah ready hantar anak mereka balik ke kampung kan. Walau emak ayah bekerja, kita jangan lupa aktiviti anak-anak sepanjang dorang bercuti.

Untung lah siapa yang emak ayah nya cikgu. Sama-sama bercuti.

Tapi, lagi untung kalau emak ayahnya bekerja sendiri yang masanya fleksible.

Alhamdulillah..bersyukurlah dalam apa jua keadaan sekali pun.

Hari ni, saya nak mengajak anda semua yang mungkin berada di sekitar Kuantan untuk ke Pantai Teluk Cempedak.

Mungkin, masih ramai antara kita yang belum sampai ke sini.

Jom! lihat apa 10 aktiviti menarik yang boleh kita lakukan semasa di Pantai Teluk Cempedak.

Last week saya, baby Azzahra dan husband just singgah sebab husband ada kerja sikit kat sini.


Kami bertiga. Bukan senang nak welfie dengan Azzahra nie. Masam je. Redha layan si ibu dan ayahnya. Hahaha.
Tak de planning pun nak jalan-jalan.

Kebetulan banyak pulak aktiviti menarik yang wajib anda bawak anak-anak datang.


Baby Azzahra dengan boyfriend nya.
Seronok dan enjoy saya tengok bebudak.

1. First, sebut je pantai.. mesti dah terbayang angin yang sepoi-sepoi bahasa, pokok kelapa yang melentok-lentok melambai daunnya, suasana orang ramainya yang riuh-rendah kan.

Anda boleh berkelah di sini bersama family. Buat BBQ, atau just santai-santai bawak bekal, bentang tikar, khemah atau kerusi.


Persisir Pantai Teluk Cempedak.
Sambil menikmati suasana alam yang indah, melihat gelak ketawa anak-anak.

2. Selain itu, bagi mereka yang suka makan tapi kurang rajin nak prepare bekal. Boleh juga ke kedai-kedai di sekitar pantai ni.

Macam-macam ada.

Antaranya, KFC, A&W, Mc D, Starbuck (ada statement kata orang islam tak boleh masuk kat sini, sebab tak halal. Papepun, pilihan masing-masing. Saya memang tak pernah masuk lah), Mee Tarik Warisan, food court, restoran dan gerai-gerai di  sepanjang jalan.

Mee Tarik Warisan. Not sure kehalalannya cam mana.
Yang ni, just prepare extra money to enjoy the moment. Bawak badan sahaja. Hahaha.

3. Bagi yang sukakan aktiviti mengeluarkan peluh.

Tebing pantai berbatu. Ramai yang lepak, tapi sayang ramai yang mencemar udara dengan rokok di mulut dan tangan masing-masing. Saya nampak ada pak cik tua yang terbatuk-batuk masih merokok lagi.
Anda boleh berjalan-jalan ke titian jambatan di lereng bukit, penghujung pantai.

4. Kadang ada aktiviti di dataran pantai.

Semasa saya pergi last week, ada 3 kumpulan buskers.


Busker sebelah starbuck.
Memang enjoy lah.


Busker depan food court.
Santai-santai petang sambil jejalan dukung bawak baby Azzahra.

Nampaknya, semakin sado ibunya.


Buskers Corner.
Ramai juga ibu-ibu yang bawak stroller. So, tiada masalah.

5. Anda juga boleh bergambar bersama keluarga sebagai kenang-kenangan.

Kebetulan baru ni, ada pertunjukkan pakaian kostum kartun kanak-kanak.


Spongebob squerpants.
Saya yang dah tua ni pulak terover excited, taw.


Yang ni, saya tak tahu nak panggil apa. Clown je lah. Hehehe..
Ultraman, Hello Kitty, Spongeboard, spiderman dan beberapa karakter kartun lain yang saya kurang pasti.


Ultraman.

Hello Kitty yang comel.
6. Kanak-kanak boleh juga bermain buih belon air yang ada dijual di situ.


Anak happy, parents pun bahagia. Enjoy !!
Gerai menjual belon air.
7. Mereka boleh menari dan menyanyi sambil mendengar lagu.

8. Bersantai di atas tebing batu sepanjang pantai.


Gerai menjual cenderahati sepanjang jalan tepi Pantai Teluk Cempedak.
9. Anak-anak boleh bermain Inflatable Bouncer atau Soopa Doopa atau bahasa mudahnya Istana Belon kat atas pasir tepi pantai.


Soopa Doopa Pantai Teluk Cempedak.
Ok.

Semua asyik kanak-kanak je.

Aktiviti orang dewasa tak de ke? Kihkihkih..

Dah nama cuti sekolah.

Ibu ayah jangan lah jealous ye.

10. Bagi yang sukakan terapi rawatan Spa. Anda boleh mencuba ke pusat rawatan spa di bangunan berdekatan pantai.

Saya nampak ada Spa di luar tapak parking kereta.

Pusing-pusing, intai.. explore mesti ada lagi aktiviti menarik yang boleh anda dan keluarga lakukan.

Sebab, tak menentu.

Kadang ada je aktiviti baru yang happening.

Untuk pelancong-pelancong luar, kat area situ ada juga resort dan homestay untuk check in.

Papepun, selamat bercuti ye.


Matahari terbenam view dari Padang Golf Teluk Cempedak. Kami on the way balik ni.
Anda boleh juga ke Zoo Teruntum yang berdekatan padang golf Teluk Cempedak.

Jom! jalan-jalan ke Pertosains Playsmart Kompleks Yayasan Pahang.

Anda boleh juga ke Tanjung Api.

Pantai Rekreasi Balok, Beserah.

Pasar Tani pagi Ahad hadapan UTC

Mendaki Bukit Pelindung

Matahari terbit di Warung Dapur Kekanda, Beserah.

Pantai Batu Hitam

Keasyikkan Pantai Pelindung, Beserah.

Ok, sebelum bercuti.. pastikan bekalan vitamin anda mencukupi dan telah tersedia untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlaku seperti demam, selesema, ataupun batuk.

Bagi yang dalam proses mengamalkan diet sihat, boleh dapatkan Set Slimming Shaklee daripada saya melalui WhatsApp no. (Sakinah - 0199164276).

Sekian,wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, I'M Happy Working-At-Home-Mom."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Miss Sakinah
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

Apa Komen Anda

Google+ Followers

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Kepakaran Saya:

Memberi khidmat kesihatan menyeluruh berasaskan amalan produk semulajadi, selamat & halal dengan keizinan Allah SWT. Setiap langganan vitamin dari kami, anda layak mendapat :-
- Jadual Makan Vitamin
- Konsultansi Percuma berterusan
- Jemputan ke group facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee
Whatsapp/ Telegram :- 019-916 4276
Emel : sakinahmatsaid@gmail.com

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfa Technologies. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared by Zulfa Technologies