About Us


SALAM UKHUWAH

Assalamualaikum wbt..

Salam Bahagia dan Salam Sayang kepada semua.

Saya mendoakan semoga sahabat yang dikasihi dan disayangi, sentiasa berada di bawah rahmat dan berkat Allah SWT bagi yang beragama Islam dan sebaliknya untuk yang Non-Muslim.

SIAPA SAYA

Nama diberi Sakinah Binti Mat Said atau lebih dikenali dengan panggilan mesra KINAH sahaja. Saya dilahirkan di kampung Pulau Manis, Serada. Merupakan anak keempat daripada 14 adik-beradik.. Syukur Alhamdulillah, saya dibesarkan dalam keluarga yang agak besar walaupun hidup sederhana. Dan 3 orang daripada adik-beradik saya telah selamat kembali mengadap illahi beberapa tahun yang lalu. Arwah ayah meninggal 1 Ramadhan Tahun 2014 dan Arwah Emak baru sahaja meninggal setahun yang lalu (14 Feb 2022). Al-fatihah untuk insan-insan yang telah meninggalkan kami sekeluarga. Tetapi, hidup harus diteruskan demi mereka yang tersayang.

PERJALANAN HIDUP KINAH

Saya mendapat pendidikan awal kanak-kanak di sebuah Tabika KEMAS, kawasan rancangan Felcra Bukit Kapah dan memulakan persekolahan di sebuah sekolah pedalaman, Hulu Terengganu iaitu Sek. Keb. Tapah.

Kemudian, saya meneruskan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi di Sekolah Men. Keb. Seri Berang. Memandangkan jarak yang jauh dari rumah dan tiada kemudahan asrama, saya perlu berulang-alik dari rumah dan sekolah dengan Van Tambang yang mengambil masa hampir 45minit bagi satu-satu perjalanan. 

Alhamdulillah, hasil berkat doa dan usaha saya dapat melanjutkan pelajaran ke MRSM-YT Besut semasa di tingkatan 4. Setelah tamat pengajian, saya meneruskan pelajaran ke peringkat diploma dalam bidang Seni Lukis dan Seni Reka dan menyambung pengajian ke peringkat ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang sama.

Perjalanan saya, tidak berhenti di situ sahaja.. Selepas tamat sahaja belajar, saya mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dalam bidang pendidikan. Rezeki Allah itu, amat luas.. Saya mendapat tawaran untuk mengajar dalam Sejarah Seni dan Liberal di UiTM kampus Kuala Terengganu. Kemudian, menjadi guru sandaran di Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. Persinggahan terakhir saya adalah mengajar di sebuah IPTS dibawah program persediaan A-level ke United Kingdom (UK) bagi program Seni Bina dalam skop Art & design.

Sekarang saya sudah tahun ke-10 dalam dunia Bisnes Networking Shaklee. Pelbagai cabaran dan ujian yang telah mematangkan perjalanan career saya sehingga ke hari ini.

Inilah adalah serba sedikit tentang perjalanan hidup saya.

PESANAN KINAH UNTUK SEMUA

Apa yang kita belajar di peringkat IPTA mahupun IPTS,  bukan jaminan kepada sebuah pekerjaan yang diidamkan. Sebaliknya, ia adalah proses kita membentuk masa depan yang lebih cerah dan gemilang. Proses dimana, menjadikan kita seorang yang lebih berjaya dengan erti sebuah kehidupan. 

So, adik-adik di luar sana.. belajar lah elok-elok. Sebab saya pun belajar untuk menjadi Best Student. Alhamdulillah saya graduate dengan keputusan yang cemerlang (Degree First Class), hadiah untuk emak dan ayah saya.

Dan sahabat-sahabat seperjuangan, janganlah memilih pekerjaan. Sebagaimana saya katakan, apa yang kita belajar belum tentu akan berterusan menjadi bidang kerjaya kita. Tetapi, saya tak kata kita tidak boleh apply apa yang kita belajar ini dalam kehidupan. Itu semua adalah ilmu.. Ilmu yang berguna pasti ada manfaatnya. So, pandai-pandaikan lah.. Bijak-bijakkan lah menjadi seorang yang berjaya untuk membahagiakan insan-insan tersayang.

Nasihat saya, pilihlah peluang hidup yang lebih baik untuk masa depan keluarga dan ibubapa kita. Pilihan ada di tangan anda, bukan di tangan saya. Saya sendiri pun, telah membuat pilihan. Malah, dengan pilihan ini, membuatkan saya lebih mengenali erti hidup dan dunia yang sebenar. Alhamdulillah, saya dikelilingi insan-insan yang hebat, baik-baik dan positive dalam kerjaya dan halatuju hidup.

BLOG INI

Di ruangan ini, saya akan mencoretkan segala pengalaman dan ilmu sepanjang perjalanan saya sebagai hamba dan khalifah-Nya di bumi ini, untuk bacaan dan pedoman serta manfaat kepada sahabat dunia dan akhirat.

Saya juga akan berkongsi segala cerita teladan, motivasi dan amalan gaya hidup sihat yang harmoni, ceria dan bahagia.

Malah saya memberi ruang dan peluang perniagaan berdasarkan kepada kepakaran saya dan rakan-rakan niaga dari pelbagai bidang seperti doktor, jurutera, peguam, pegawai kerajaan dalam dunia online yang semakin mendapat sambutan ramai di seluruh pelusuk dunia.

Hasil usaha tunjuk ajar dari mentor-mentor yang telah berjaya melahirkan ramai insan-insan yang hebat. Antara mentor-mentor saya adalah anak didik kepada Dr. Azizan Osman yang terkenal dalam dunia perniagaan pemasaran dan ilmu-ilmu yang diperolehi dari Jutawan Irfan Khairi dalam bidang perniagaan internet.

Sekian, wassalam.
Sehingga bertemu di mercu kejayaan,

InsyaAllah..
Salam Sayang, Salam Bahagia.

DOWNLOAD!! SEMENTARA IA MASIH PERCUMA

Sakinah Mat Said (SMS).
019-916 4276
sakinahmatsaid@gmail.com
Shaklee Independent Distributor [1168494]

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."

1 comment:

alinalan said...

Salam perkenalan Kinah

Post a Comment