Tuesday, 26 May 2015

DILEMA AISYA MENCARI IMAMNYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

SMS doakan semoga sahabat pengunjung blog Cinta Hati Sakinah sentiasa dirahmati dan diberkati Allah dunia dan akhirat.

Ceria dan bahagia sentiasa.

Hari nie, sharing cam novel cikit. Hehehe.

Ini kisah benar. Luahan hati seorang sahabat.

DIMANAKAH IMAMKU?

Aku berasa hairan dengan dia. Selalu dia yang menjadi penyeri kantor kerja kami.

Sudah 2 hari aku perhatikan perubahan Aisya (bukan nama sebenar).

Gaya dan caranya nampak gelisah dan susah hati. Air muka tidak seperti hari-hari sebelum ini.

Nampak agak mendung sedikit raut wajahnya.

Aku memberanikan diri bertanya.

"Aisya.. U ada masalah ke? I tengok u lain macam je sejak 2,3 hari nie. Cuba u cerita kepada i. Mana tahu, kurang sikit beban masalah yang u tanggung tue. "

Pertanyaan dibiarkan berlalu sepi dengan gelengan dan senyuman seperti dipaksa.

Hatiku kuat menyatakan Aisya ada problem.

Sehinggalah tiba satu hari. Di saat rakan-rakan kantor semua berlumba-lumba untuk pulang.

SEKETIKA KEMUDIAN

" Mia.. U dah nak balik? "

Aku menjawap " Belum.. Kenapa Aisya? "

" Boleh i tanya sesuatu? "

Aku menjawap dengan senyuman mengusik...

" Tanyalah. U cam tak kenal pulak dengan i, nie. Sebelum ni, u tak pernah pulak nak mintak izin sebelum bertanya. "

" Sebenarnya, i memang ada masalah Mia. Masalah besar. Masalah hati.

U tahu kan?

i belum kahwin. Usia i pun dah tua. Dah 30 tahun.

i susah hati, sekarang.

Emak Ayah asyik tanya, bila i nak kahwin?

i tak kisah.. i cakap belum sampai jodoh. Nak buat cam mana.

Tapi..

Minggu lepas, i terkejut sangat. Ada dua rombongan merisik datang ke rumah i.

U mesti dapat bayangkan cam mana happy nya my parents. Betapa terkejutnya, i..

i belum bagi jawapan lagi. i tak tahu nak pilih yang mana satu.

Dua-dua i kenal. Dan salah seorang tue, i dah lama kenal dia (Faisal). Dah 5 tahun kenal.

Yang seorang lagi baru setahun i kenal (Haikal).

i tak tahu nak pilih yang mana. Dua-dua baik.

Tapi dorang berdua ni, ada satu persamaan.

Dorang sakit, Mia. Dorang, sakit..

Ini yang membuatkan i lagi susah hati.

i respect dengan Haikal. Even dia sakit, tapi dia usahakan untuk lawan penyakitnya. Dia duda Mia. Duda anak 3. Kahwin muda. "

Aku mengerutkan dahi, sambil buat muka terkejut.. (Duda?)

" Ko. dengar lah nie Mia. Aku tak nak story, kang.. " Aisya mengugut.

" Alhamdulillah, penyakit dia pun dah tahap terkawal. Mungkin dia dah tak perlu refer doktor.

Dia pernah cakap yang dia tak nak dah sakit. Anak-anak dia perlukan dia. Dan tak mahu fikir pasal pasangan hidup. Just nak besarkan anak-anaknya.

i berkawan je dengan dia. Tak sangka dia mai hantar rombongan, Mia.

Huhuhu..

Ini yang i stress, nie.

Dia berbeza dengan Faisal.

U pun kenal Faisal, kan.. Dia sakit pun dah lama. Asyik bergantung dengan ubat je. Puas i, nasihatkan dia. "

FREE TO CLICK & DOWNLOAD.
" Faisal, kalau awak sayangkan saya.. awak kena ubah cara hidup, awak. Hidup yang lebih sihat. i tak nak tengok awak mati di usia muda. Dah lah belum kahwin. "

" i ajak pi jogging hujung minggu. Ada je alasan dia. Penat lah. Tak larat. Nanti, sakit.

Dah tue, kalau keluar.. I je yang cam lipas kudung. Sedar-sedar dia tertinggal kat belakang. 

i duk cakap sorang. Dia menepek kat kerusi. Katanya, i kuat jalan.

Stress i dengan dia nie yang tak nak berubah.

Orang lain tak de pun cam dia. U tengok lah dia semakin gemuk.

I tak mahu lah, nanti.. I kahwin dengan dia. Kena tinggal sebab dia mati awal. i yang menjanda.

Geram taw, i dengan dia. Dia bukan tak boleh berubah. Dia bukan tak boleh berjalan.

Dia boleh.. Tapi, banyak sangat alasan dia.

i stress dengan dua orang nie. Emak Ayah asyik bertanya. Nak siapa?

Aduii...!! Tolong i, Mia.

Senang-senang u lah yang terima dorang.

I cam ni, lagi bahagia. "

Hahaha..

Aisya buat lawak di petang hari.

" Patut lah, lately.. i tengok u kurang focus. Kerut 1000.

Rupanya, Faisal & Haikal yang menarik keceriaan hati u, yer.

Huhuhu.. "

SIAPAKAH MENJADI PILIHAN HATI AISYA?

Mesti anda semua tak sabar nak tahu kan, siapakah yang bakal menjadi imam Aisya.

Hehehe.

Saya pun sama.

Setelah Aisya melakukan solat istikharah dan fikir masak-masak hampir 3 minggu baru dia berikan kata putus kepada kedua orang tuanya.

Jeng Je Jeng...!!

Siapa?

Faisal?

Haikal?

Anda rasa siapa yang lebih layak untuk Mia?

Apa kata Aisya?

" Mia.. i dah ada jawapan. i dah buat keputusan.... "

Saya pulak yang berdebar-debar nak dengar pengakuan Aisya nie. Hehehe.

" i dah nekad.. i terima pinangan Faisal. i dah kenal Faisal lama. i tahu dia boleh berubah.

Haikal i baru je kenal dia. Hati budi dia pun, i tak pasti. i yakin ada perempuan yang lebih baik dari i untuk Haikal. "

Itulah luahan hati Aisya yang penuh dengan sinar kebahagiaan.

Saya harap Faisal mampu membahagiakan Aisya.

InsyaAllah.

So, sahabat.

Walau apa-pun dugaan mendatang.. kita jangan give up! Allah sentiasa ada untuk tunjukki jalan yang lurus kepada kita sebagaimana lafaz kita hari-hari dalam solat.

Dalam bacaan Al-Fatihah dan juga duduk antara dua sujud.

" ......Kurniakan aku petunjuk "

" .... Tunjukki aku jalan yang lurus " Al-Fatihah, ayat 5.

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan Maha Mendengar.

Selamat maju jaya. Anda kaya dan bahagia.

Sila SHARE jika kisah ini  memberi manfaat kepada saudara-mara atau rakan-rakan kita semua.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS 
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment