Assalamualaikum dan salam ceria semua :-)
SMS doakan semoga pengunjung blog Cinta hati SMS berada dalam keadaan sihat dan berbahagia sentiasa bersama keluarga tercinta.
InsyaAllah.
Hari ini, baru berkesempatan nak share the big story behind Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) bersama Dr. Azizan Osman (DAO).
Chewah.. !!
Speaking london, pulak. Hehehe.
Actually perjalanan saya ke IMKK bukan satu perjalanan yang mudah. Ada dugaan dan cabaran yang mungkin pada orang lain, ianya adalah biasa.
Apa lah sangat kan.
Tapi, pada saya ianya adalah sesuatu yang luar biasa.
Anda nak tahu?
Jom! saya story :-)
IMKK LAGI SEBULAN
Alhamdulillah, syukur kepadaNya kerana impian saya untuk menghadiri IMKK hampir terlaksana.
Since November 2014, saya target nak ke IMKK.
Tapi, belum ada rezeki lagi.
Saya masih berdoa dan mengharap semoga akan tiba masanya.
Mentor saya cakap, kalau nak dapatkan sesuatu. Kita perlu sebut, fikir dan rasa serta tulis impian itu.
So, saya ikut lah nasihat mentor saya Master MariaFirdaus.
Hasilnya, 30 April hingga 3 Mei 2015.. saya berjaya ke IMKK.
Alhamdulillah.
Tiket dah berjaya beli. Dah confirm, dah terbayang-bayang ada kat sana.
Saya selalu dengar video dan sharing Dr. Azizan Osman. So, ia menguatkan lagi semangat saya untuk ke sana.
Hari-hari saya dengar tanpa jemu. Sebab, sharing DAO tak pernah bosan. Bermotivasi serta bermanfaat.
Sahabat,
Dalam keterujaaan..
Saya ada sedikit masalah untuk kesana. Saya tak de kawan. Saya tak de saudara-mara. Saya tak familiar dengan area KL (IMKK di Ampang).
Setahu saya program tue akan extend sampai ke lewat malam.
Kalau saya duduk di hotel, agak bahaya nak balik lewat malam. Saya kurang yakin dengan pemandu teksi.
Cam mana, yer? (Keep Doa).
Saya google dan buat survey tempat yang bakal saya pergi. Saya kurang jelas dengan kawasan nie.
Last saya di KL tahun 2011. Sekarang dah 2015. KL sangat cepat membangun. 4 tahun saya tinggalkan KL, dah tak tahu cam mana rupanya. Huhuhu.
Saya ada jugak bertanya di group Telegram rakan-rakan business. Mana tahu, ada yang pergi IMKK jugak ke. Boleh join together.
Alhamdulillah. Syukur, sekali lagi.
Ada insan yang mulia dan baik hati sudi tumpangkan saya di rumah emak ayahnya. Namanya Kak Ain. Dia pun akan ke IMKK jugak. Dia akan bergerak dari Ipoh.
So, kitorang discuss akan pergi dan balik sama-sama.
DALAM PERANCANGAN ADA DUGAAN
Tiba-tiba, 4 hari sebelum bergerak ke KL. Saya mendapat perkhabaran dari Kak Ain yang ada sedikit problem.
Memandangkan 1 Mei hari pekerja. Adik-beradiknya, semua balik ke rumah emak/ayah dorang.
Saya perlu akur. Saya faham keadaan Kak Ain. Kami hanya mampu merancang.. selebihnya Allah yang tentukan.
Saya perlu mencari teman dan persinggahan lain. Saya tak kisah pun, sempit ke tak selesa ke. Asalkan saya, selamat. Itu dah cukup buat diri ini.
Huhuhu.
Dah tanya, kawan-kawan yang lain. Semuanya, mendukacitakan.
THE POWER OF SYUKUR & SERAH
Saya teringat yang Master Maria ada mintak tengokkan emak dia nanti. Emaknya, pergi IMKK jugak. Tapi, tak de teman. So, Master Maria amanahkan saya jaga emaknya.
Saya pun, try lah bertanya.
Alhamdulillah, syukur Ya Allah.
Kak Maria offer rumah emak dan ayahnya. Cuma Kak Maria tak de, lah. Dia ada di Perak. Yang ada kakaknya sekeluarga je (Master Kam Haryati- www.mommyshahab.com).
Saya berbelah bahagi sebab saya agak segan lah pulak. Kak Maria tak de.
Sementara menanti jawapan dari seorang sahabat lagi.
Saya berdoa kepadanNya. Memohon petunjuk supaya dipermudahkan segala urusan ke sana. Tunjukki jalan dan pilihan terbaik.
Saya serah kepada Allah.
Akhirnya, saya dapat jawapan selepas beberapa hari. Memang dah rezeki saya bermalam di rumah family Kak Maria.
Tiada siapa yang dapat tumpangkan saya.
Sebenarnya, kan.. kalau sahabat nak tahu. Saya memang nak jumpa Master MariaFirdaus pada 1 Mei 2015 di Parit buntar. (Memang saya tulis dalam list Impian).
Bayangkan Master MariaFirdaus ada di rumah. Hehehe. |
Tak dapat jumpa dorang.. jumpa family dan kakaknya, pun tak pe lah.
Syukur dipermudahkan perjalanan.
TAPI...
Malam sebelum bergerak, tiba-tiba dapat mesej dari seorang sahabat. Offer untuk stay rumahnya.
Ya Allah..
Saya tak tahu nak buat mana satu pilihan.
Saya memang dah setuju tinggal rumah Kak Maria. Tapi, perasaan segan tue tetap ada. Tambahan Master Kam Haryati tak de di rumah. Dia balik Johor. Dia ada sampai 30 April je di rumah.
Alamak!!
Cam mana, nie.
Haa.. !!
Anda agak-agak, rumah siapa menjadi pilihan saya akhirnya. Dan apa kesudahannya, The Power of Syukur & Serah yang saya amalkan nie?
Jeng je jeng...
Hehehe :-)
Saya tetap memilih rumah family Kak Maria. Selepas berbincang dengan Kak Lang (Master Kam Haryati).
Huhuhu..
Serba salah pulak, pernah ada niat nak cancel bermalam rumah dorang. (Fikir tak mahu susahkan emak dan ayahnya yang tak pernah kenal diri ini).
Tapi, tu lah.. Indahnya kuasa Illahi.
Bukan setakat bermalam, lebih dari itu yang saya dapat. Terasa seperti pakej VIP pulak yang Allah bagi.
Pergi ke seminar dengan dorang, dapat tidur, makan yang sangat selesa. Free Coaching pulak dengan Kak Lang dan suaminya. Bukan itu je, banyak lah yang tak terjangka.
Saya tak pernah terbayangkan layanan dorang memang sangat tip top. Emak kak Maria sangat peramah. Terasa keluarga sendiri.
Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan limpahkan rezeki yang tidak pernah putus kepada mereka semua sekeluarga.
Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan limpahkan rezeki yang tidak pernah putus kepada mereka semua sekeluarga.
Saya bersama Emak Kak Maria. |
Alhamdulillah.
Kenal dorang melalui online je pun.
Sebelum saya bergerak ke KL, emak saya cam berat hati nak lepaskan. Sebab tak yakin dengan Master MariaFirdaus. Risau saya kena tipu.
Saya dah slow talk kat emak. Mohon doa dan redha Emak je.
Macam-macam lah dugaan saya nak ke sana.
Ini belum ke Mekah lagi nie. Hehehe.
Tapi, tu lah. Saya tak dapat ungkapkan dengan kata-kata kasih sayang dan rahmat Allah kepada diri ini bila kita bersyukur dan berserah.
Submit doa bersama kak Noraini untuk seat Super Supreme. Kecian, Emak Kak Maria. Ikutkan kitorng sampai tingkat 13. Niat kami nak ke surau. Tak sangka pulak Seat Super Supreme kat sini. Hehehe. |
Allahuakhbar.
Banyak sangat-sangat nikmat yang Allah berikan.
Terima Kasih, Ya Allah.
Terima Kasih, Master MariaFirdaus.
Terima Kasih, MommyShahab Sekeluarga.
Terima Kasih, IMKK.
Terima Kasih, Dr. Azizan Osman (DAO).
Terima Kasih, 21 Formula Hidup Luar Biasa.
Terima Kasih, Sahabat yang sentiasa mendoakan dan membantu serta mempermudahkan SMS.
Ingin tahu lebih lagi? Nantikan entry SMS yang seterusnya.
SMS juga ada edarkan buku 21 Formula Hidup Luar Biasa yang pasti akan merubah hidup anda menjadi lebih Luar biasa.
WAJIB !! BACA. 21 FORMULA MUDAH YANG RAMAI ORANG BELUM TAHU. |
Antara isi kandungan buku ini adalah The Power of Syukur dan The Power Of Serah.
Bagaimana cara kita bersyukur dan berserah menurut sunnah. Diceritakan dalam bentuk kisah pengalaman yang santai tetapi amat bermakna dan kena dengan diri serta kehidupan kita.
Contohnya, sebagaimana kisah SMS di atas tadi.
Untuk maklumat lebih lanjut atau tempahan boleh hubungi SMS : 019-916 4276.
K, lah sahabat.
SMS doakan anda semua kaya dan berjaya hidup dunia dan akhirat.
Sila SHARE jika anda rasa entry kali ini memberi manfaat kepada mereka saudara-mara atau rakan-rakan anda di luar sana.
InsyaAllah.
Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.
"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Cinta Hati SMS
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Mat Said
No comments:
Post a Comment