Monday, 11 May 2015

DOA KEJAYAAN BUAT ANAK-ANAK DIDIKKU


Assalamualaikum wbt..

SMS doakan semoga sahabat pengunjung blog Cinta Hati SMS sentiasa berada dalam keadaan sihat dan bahagia di samping keluarga tersayang.

InsyaAllah.


Hari ini, SMS nak sampaikan salam kejayaan kepada anak-anak didik SMS dan juga anak didik dari UiTM, Sekolah-sekolah yang pernah SMS singgah serta mereka di luar sana bergelar seorang pelajar.

KENANGAN SEBUAH MEMORI BAHAGIA

Sudah hampir setahun masa berlalu.

Diri ini, berhenti dari mengajar sepenuh masa.

Dan setahun jugak lah meninggalkan tempat yang banyak mencorakkan kisah jatuh bangun hidup ini.

Pergi yang takkan kembali.

Aku masih ingat bertapa gementarnya hati ini, menanti hari pertama untuk melihat bakal-bakal cendekiawan bersua muka.

Terasa cam first time mengajar. Padahal, dah selalu pun mengajar budak-budak baru.

Cuma this time, cam special cikit.

Dorang lain dari yang lain.

Yang tinggal hanyalah kenangan sebuah memori yang indah akan terus terpahat di sudut hati ini.

Dimana, aku berkongsi buah yang masih muda untuk dituai.

Kerana aku tahu aku hanyalah manusia biasa.

Yang diberikan peluang untuk berkongsi ceritera hidup. 

Hari demi hari aku cuba memberikan yang terbaik.

Aku ingin melihat kejayaan mereka.

Marah ini, bukan kerana benci.

Teguran ini, bukan kerana mereka tak berguna.

Aku ingin mereka berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk diri sendiri. Bukan untuk aku.

Kerana tanggungjawab, buah ini cuba mematangkan diri. Belajar skill dan ilmu-ilmu baru untuk santapan hidangan minda mereka.

Dikala ada pokok yang menilai..

Ada unggas yang bertamu..

Ada cengkerik yang menyinggah..

Ada ulat yang merosak.

Aku tetap berusaha menjadi buah yang bernilai.

Aku tidak pedulikan itu semua... walaupun, kadang-kadang terasa pedih menyengat jiwa.

Nak kata ada lebah.. memang lah diakui ada lebah. tapi, belum pernah menggigit. Sekadar bersua menyapa.

Inilah lumrah kehidupan.

Apa yang aku tahu.. adalah tanggungjwab mendidik anak bangsa.

Kalau bukan aku.. siapa lagi?

Mestilah aku..

Dah aku je, yang tinggal. Hehehe.

Ini lah ceritera aku dan mereka.


Ini je gambar kenangan yang tinggal. Yang lain, kena virus. Ada hikmah semuanya.
Kenangan deco studio. Kecian, dorang penat.
AKU TERDIAM SEKETIKA, KENANGAN LALU MENGUSIK LAGI :-

Di lewat senja itu,

Suasana agak sunyi.

Hatiku riang gembira menuruni anak bukit bersama si kuningku yang setia..

Aku pulang agak lewat petang itu.

Ketika aku menyusur ke bawah, tiba-tiba aku bersua dengan sebuah proton lama yang agak perlahan. Seperti sedang mencari arah.

Tiada manusia yang lalu-lalang melainkan hanya aku.

Proton itu berhenti menggamit diri ini. Memohon bantuan.

Benar sangkaanku.

Rupanya, family bakal anak didikku.

Aku lantas menjawap salamnya. " Walaikumussalam, Tuan. Yer, ada apa-apa yang boleh saya bantu? "

Terasa aku sedang melihat cermin masa silam.

Aku melihat raut wajah ayahnya yang penuh dengan pengharapan dan kebanggaan.

Walaupun ia tidak mendabik bangga.

Aku tahu, mesti pak cik ni orang susah. Wajahnya melakar segala-galanya. Sama seperti diriku suatu masa dahulu.

Jauh datangnya, dari utara.

Aku mendengar ceriteranya.

Bertuah  si anak.

Bangga si ayah.

Bahagia si ibu.

Katanya, dorang hampir sesat.

Al-maklumlah tempat nie memang terpencil.

Aku pun tak pernah sampai kalau bukan kerana sebuah tanggungjawab.

Kalau bukan kerana takdir illahi.

Bermula hari itu, aku tanamkan niat.

Aku akan bantu anak ini.

Sebab aku melihat diriku.

Aku akan bantu anak-anak didikku.

AKU YANG KHILAF

Kuliah dah bermula.

Hari demi hari, aku semakin sibuk.

Sibuk sesibuknya.

Masa untuk mereka sangat singkat yang mampu ku peruntukkan.

Sehinggalah peperiksaan pertama mereka.

Aku lah insan yang paling risau.

Risau aku silap.

Kerana aku masih baru dalam sistem ini.

Pelbagai rasa yang hadir.

Risau kerana masih banyak ilmu yang tak sempat ku curahkan.

Jika mereka risau.. aku lagi lah risau. Kadang, aku hanya menyedapkan hati sendiri.

Bulan berganti bulan.

Aku tak pernah lari dari kekhilafan.

Diri ini penuh dengan dosa dan noda. 

Perjuanganku hanya separuh jalan.

Didikanku hanya sampai di sini.

Persinggahanku sudah berakhir.

Aku diuji dengan penuh rahmat. (Boleh baca di sini).

Dalam perjalanan pasti ada jurang dan lurah.

Pasti ada onak dan duri.

Mereka memerlukan insan yang hebat dariku.

Ku teruskan berdoa dan meminta supaya dihantar seseorang yang lebih baik dariku.

" Andai tiada lagi aku di sini.. Biarlah insan yang bakal mengambil alih itu seseorang yang sangat hebat. Yang lebih dariku. Seseorang yang arif dengan sistem ini. Kerana aku taw, anak-anak didikku semuanya hebat-hebat. Agak kecian mereka bergurukan aku yang serba kekurangan ini. "

Apa kan daya.

Allah SWT lebih dahulu merancang dan mengetahui apa yang terbaik untuk diri ini dan juga mereka.

Alhamdulillah, mereka telah menerima seorang guru pengganti yang lebih baik dariku.

Aku tahu Mr. A mampu meneruskan perjuanganku ini.Ini jawapanNya kepada gerak hati selama ini.

DAN KINI

Ku memohon kepada-MU Ya Allah, Kau perkenankan lah doa ini untuk kebahagiaan mereka dan ibu/bapa mereka.

" Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, Ya Fatah Ya Alim.. hanya kepada-Mu ku memohon dan meminta. Kau permudahkan lah urusan jawapan anak-anak didikku. Kau kurniakanlah ketenangan kepada mereka. Kau bahagiakan lah hati ibu dan bapa mereka dengan kejayaan yang bakal mereka genggam ini. Kau perkenankan lah doa dan hajat mereka. Kau ampuni dosa-dosa mereka. Dosa kedua ibu bapa mereka. Kasihanilah mereka. Berkatilah setiap apa yang mereka lakukan. Redhakan lah mereka. Amin, Ya Rabb. "

Semoga kejayaan menjadi milikmu wahai anak-anak didikku.

Ingat pesan teacher,

Kebijaksanaan takkan kekal lama tanpa keredhaan dariNya. RedhaNya datang dari kedua orang tuamu dan juga guru-guru yang mendidikmu.

Teacher doakan kalian.
Teacher halalkan semuanya.
Teacher maafkan segala-galanya.

Maafkan teacher sebab sehingga di sini sahaja yang dapat teacher curahkan ilmu dan kongsikan ceritera hidup dengan kalian.

Do your best anda Allah will do the rest. (20% Usaha + 80% Allah)

SMS doakan semoga anda kaya dan berjaya dunia dan akhirat.

Love,
Your Teacher.
Sakinah Mat Said (SMS).

Salam Sayang, Salam Bahagia.


"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS 
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment