Tuesday 30 December 2014

TAKBUR NIKMAT.. PEKERJA KONTRAK MENJADI MANGSA!!

Assalamualaikum wbt..

SMS doakan sahabat Cinta Hati Sakinah sentiasa berbahagia dan dirahmati Allah SWT selalu.

Manakala, yang dilanda musibah.. jangan bersedih, kerana Allah sedang menguji kita. 

DIA sedang mengangkat martabat hamba-hamba-Nya supaya lebih kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan hidup sebagai khalifah di muka bumi ini.

Anda adalah insan-insan terpilih untuk lebih dekat kepada-Nya. Percayalah.. 

UJIAN ITU TANDA KASIH DAN SAYANG DARI ILLAHI

Siapa tidak pernah diuji? Semua antara kita pernah melalui saat dan getir sesuatu ujian dan dugaan. Cuma yang bezanya, bentuk ujian dan cara kita menghadapi serta mengatasinya.

Ada yang sentiasa berhadapan dengan ujian. Ujian kecil mahupun ujian besar. Sesungguhnya, ujian itu mematangkan seseorang.

Jangan bersedih sahabat.. Saya tahu, anda kuat.

Lagi beberapa hari, kita akan meninggalkan tahun ini. Tahun yang penuh dengan lipatan sejarah luka dan duka.

Saya dah tanamkan niat. Saya nak kongsikan 2 perkara yang dirasakan sangat penting kepada sahabat sebelum berlabuhnya tirai 2014.

Hari ini, saya nak share satu kisah pengajaran mengenai kerja saya sebelum ini. Ramai yang belum tahu. Sebab, saya hanya sentuh cikit je, di entry yang lalu. (Baca DI SINI).

Sebelum ini, saya pernah story yang kontrak saya ditamatkan serta-merta dengan notis berhenti sebulan.

You fired!!
Besar tak ujian itu?

Tak de lah besar mana, compare dengan apa yang sedang berlaku sekarang. Lagipun, ada ujian lagi besar yang saya pernah lalui.

Tapi, kenapa saya nak cerita jugak?

Supaya ianya menjadi pedoman kepada sahabat-sahabat semua yang bergelar pekerja dan majikan.

Penting, ke untuk tahu..?

Yes!! Sangat penting supaya majikan kita tak mengambil kesempatan atas kelemahan dan kekurangan kita.

WAJIB AMBIL TAHU SUPAYA TIDAK MENJADI MANGSA

AKTA PEKERJA 1955

Akta Pekerja?

Saya memang tak suka dengan akta.. numbering setiap akta memeningkan kepala. Seksyen 14(1)(a), seksyen 13(2), seksyen 14(3).. macam-macam lah akta. Pening sebab nak kena memahami. 
Menyiasat dan memahami.
Perghhh...!! Boleh, berpeluh-peluh. Haha.

Saya tak suka ambil tahu pasal akta.

Saya pun, takkan explain pasal akta itu. Saya cuma nak sharing pengalaman.

SAYA DITAMATKAN KONTRAK TANPA SEBARANG SEBAB

Saya ditamatkan kontrak tanpa sebarang sebab. Apa perasaan sahabat semua, setelah apa yang kita usahakan untuk company..

Tapi, tak de lah sampai cam gini. Hehe.. 
Dari tiada apa-apa.. kita usahakan. Apa dorang nak.. apa dorang suruh, kita buat sepenuh tenaga dan upaya. Kadang, tak kisah pun terguna duit sendiri. Sebab, niat kerana Allah. Kerja kerana Allah.

Sampai satu saat.. cuba dikambing hitamkan diri ini. Nasib baik, akal masih waras. Jangan main rasuah, ya sahabat. 

Jangan main rasuah. Tak berkat.
Hujung minggu, spend masa giller-giller untuk membangunkan prasarana. Pergi sana, pergi sini, buat survey. Memang multitasking. Selalu balik lewat petang sebab, settle kan tanggungjawab (Boleh baca DI SINI).

Ini balasannya.. Balasan yang amat mahal nilainya.

Dah tamat kontrak.. hold pulak, gaji. Geram, betul. Rasa nak bakar je. Haha.. maaf, emo tiba-tiba.

Diberhentikan tanpa sebarang warning black & white. Saya ada baca jugak syarat-syarat pemecatan pekerja kontrak (Akta Kerja 1955). Anda boleh refer Jabatan Tenaga Kerja di bawah aduan buruh.

Kalau ikutkan pemahaman saya.. majikan seharusnya, memberi notis amaran bertulis atas apa kesalahan yang telah saya lakukan. Dipanggil untuk sessi kaunseling sebanyak 2 atau 3 kali.

Tapi, dalam kes saya.. itu semua tidak berlaku. Terus dapat surat cinta dengan penuh dramatik.

MENCARI KEPASTIAN DAN MEMBUAT KEPUTUSAN

Setelah membuat penyelidikan dan analisis sendiri.. saya tahu. Ini semua mainan seseorang (si dia). Si dia yang memang nak saya dibuang. Maybe, saya tak nak jadi kambing hitam kot.

Apa-apa pun, kita jangan berburuk sangka. Sebaiknya, berbaik sangka lah.

Saya pergi ke pejabat buruh atas nasihat ex-officemate yang sentiasa berada dibelakang memberi dorongan dan semangat di saat saya di uji dengan kehilangan arwah ayah.

Mengikut kes.. saya layak untuk membuat tuntutan dan menegakkan keadilan dalam tempoh 60 hari penamatan kontrak.

Saya bukan nak pampasan. Saya nak keadilan untuk membersihkan nama. Seolah-olah saya nie terlalu teruk di mata majikan.

Saya perlu mencari kebenaran.
Lagipun, saya tak nak perkara ini berulang kembali kepada pekerja-pekerja baru. Sebagai pengajaran kepada pihak majikan jugak. Mereka tidak boleh buat kami sewenang-wenangnya kerana berduit dan berpangkat.

Saya berbincang dan bertanya kepada mereka yang lebih arif dan berpengalaman. Mereka tidak halang. Tapi, minta saya buat istikharah dan fikir masak-masak.

Jawapannya : Biarkan mereka. Allah Lebih Maha Adil dan Maha Berkuasa. Akan tiba masa si pesalah dihukum.. tak di dunia, akhirat itu pasti.

Hidup ini, seperti roda. Bukan selalu menongkat langit. Tapi, pada si dia.. Hidup dia perfect!!

Roda sentiasa berpusing.. ada masa terhenti.
"Saya tak pernah sakit.. saya tak pernah ambil cuti sepanjang XX tahun perkhidmatan saya. Awak kena ingat.. kerja awak, bergantung kepada saya."

Inilah kata-kata mainan si dia bila saya dan rakan-rakan ambil cuti bersebab.

Ada officemate yang terpaksa ambil cuti sebab alahan mengandung. Ada juga yang anak demam. Kena tahan wad. Cuti nikah dan macam-macam lah.

Dah kebajikan kami tidak dijaga elok. Cuti diubah sesuka hati. Tak valid. Tahu lah, swasta. Tapi, kebajikan pekerja perlu dijaga.

Ingat, ya sahabat. Kita jangan takbur dengan nikmat Allah. Allah Maha Kaya dan Maha Besar. Anytime, je akan tarik apa yang ada pada kita.

Saya dimaklumkan.. si dia pun, dah ditukar ke tempat lain. Dengan bangganya dia rasa, dia akan kekal kat situ.

Tapi, saya tak terkejut pun. Saya dah maafkan dia dan mereka-mereka yang lain.

KESAN POSITIVE KEPADA DIRI SAYA

Alhamdulillah.. Allah memang tak nak saya terus bekerja di situ. Allah nak saya dekat dengan family. Jaga family.. Jaga mak. Ayah dah tak de. Didik adik-adik jadi anak yang soleh dan solehah. InsyaAllah.

Banyak ilmu-ilmu baru saya belajar dari ketua bahagian, majikan dan juga rakan-rakan sekerja. Setiap kekurangan pasti  ada kebaikan. Saya tak cakap hidup saya di tempat kerja lama tak memberi apa-apa nilai.

Malah, pengalaman dan ilmu di sana terlalu mahal dan berharga untuk saya. Itu lah  tempat kerja yang paling best lah sepanjang saya bekerja.

Bila terjadi cam nie.. saya cuba letakkan diri di tempat jawatankuasa yang membuat keputusan pemecatan jawatan saya. Saya tak boleh salahkan mereka 100%. Sebab, mereka tidak kenal  saya.

Jangan main pondok-pondok ya, sahabat. Tersalah buat keputusan. Jawab kat akhirat nanti.

Apa yang si dia laporkan pasal saya.. saya pun, tak tahu. Itulah, bila kuasa merajai diri sehingga memudaratkan orang lain.

Inilah sedikit coretan perkongsian kisah benar saya. Andai kata, si dia terbaca. Saya harap.. dia dah berubah.

Saya doakan dia hidup bahagia. Kadang, kecian saya tengok hidup dia yang cam stress. Jarang senyum dan serius je selalu. Rupa pun, nampak tua dari usia. 

Saya suka ketua saya lagi sorang. Even dia dah berusia, tapi nampak muda. Sebab, dia selalu senyum sepanjang masa. Sejuk je, hati tengok, Dia pun dah bersara. Itu yang nasib saya kurang terbela.

Gambar hiasan. Senyumlah selalu. Senyum itu sedekah :-)
Saya pun ada khilaf jugak.. Ini peringatan dari Allah. Tanda kasih sayang-Nya yang tidak ternilai dan terjangka. Kita je yang alpa.

Mudah-mudahan dengan kisah ini, akan memberi pengajaran kepada majikan-majikan dan pekerja-pekerja di luar sana supaya lebih berhati-hati.

Kalau saya teruskan niat untuk buat tuntutan memang akan dapat banyak pampasan dan besar kesannya kepada company tersebut. Tapi, bukan itu yang saya cari. Saya nak hidup tenang dan bahagia je dengan keluarga.

Saya ada tanggungjawab yang harus ditunaikan dari berhabis duit turun naik mahkamah untuk kes yang dah berlalu.

Untuk pengetahuan sahabat.. bukan saya, je yang ditamatkan kontrak. Ada lagi 3 orang yang melalui nasib yang sama dengan saya.

Alhamdulillah, terjumpa ebook nie yang banyak membantu selain dari Allah di hati.

FREE!! TO DOWNLOAD

Selepas saya memulakan hidup baru.. ramai pulak, yang offer kerja.

Dapat tawaran mengajar di IPTA, jadi pegawai kerajaan, kerja dengan badan berkanun dan banyak jugak lah. Siap nak tolong, lagi. Hehe.. 

Tapi, saya tolak.

Saya memilih 9 per 10 dari punca rezeki, iaitu perniagaan. Saya majikan dan saya lah pekerja. Bahagia ke bahagia?

Alhamdulillah..

DUGAAN ITU ILMU HIDUP

Sahabat jangan sesekali give up taw, kalau diduga. Anggap dugaan itu sebagai eksperimen. Kalau tak jadi dengan plan A, kena try plan B.. Kalau B, tak jadi jugak.. kena try lagi dengan C, D dan seterusnya.

Yang penting, berusaha dan mencuba. Jangan menyerah kalah sebelum berjuang.

Sebagai orang islam.. kita ada Allah Yang Maha Esa. Sentiasa bergantung harap dengannya. Kat dunia nie, ada kita dan DIA sahaja. 

Letakkan dunia di tangan akhirat di hati. InsyaAllah akan bahagia.

Sila like dan share sekiranya, sahabat rasa ia bermanfaat kepada rakan-rakan anda di luar sana. 

Semoga dengan 1 share anda mampu memberi kekuatan dan semangat kepada mereka yang sedang berjuang dengan ujian di saat dan ketika ini.


Saya doakan sahabat Cinta Hati Sakinah sentiasa dipermudahkan segala urusan dan berjaya menjadi insan bertaqwa dunia dan akhirat.

#Kisah ini hanya sebagai ikhtibar. Elakkan dari berfikiran negative dan memanipulasi keadaan. Kita milik Allah. Apa yang berlaku adalah kehendak Allah. Sama-sama muhasabah diri dan ambil pengajaran :-)

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan insan-insan tersayang?
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS untuk:-


FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Shaklee ID : 1168494
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

2 comments:

Tuesday Night Workout said...

Perkongsian yang sangat baik .... membuka mata pasal akta akta nie .... :)

sakinah (SMS) said...

Alhamdulillah..semoga ia memberi manfaat kepada kita semua :-)

Post a Comment