Monday, 22 December 2014

3 PERBEZAAN CARA BERNIAGA ORANG CINA DAN ORANG MELAYU

Assalamualaikum wbt..

SMS mendoakan semoga sahabat Cinta Hati Sakinah semua sentiasa sihat, ceria, bahagia dan berjaya di samping insan-insan tersayang.

Sahabat pernah membeli barang..?Tak kisah, lah barang apa pun.

Yang penting Membeli barang daripada kedai ataupun peniaga yang menjual barang. Tak pun.. peniaga yang menjual servis.

Beberapa bulan yang lepas, SMS ada lah pergi ke bandar Kuantan untuk cari barang penting. Nak cari mesin elektronik untuk check bacaan gula arwah ayah.

Dah berlalu, baru nak share. Hehe.. 

Al-maklum lah, banyak sangat kisah nak dikongsi. Hari ni, baru berpeluang untuk story. Tak story.. nanti, serba salah. So, kena jugak story untuk kebaikan bangsa sendiri.. 

MENCARI MESIN UJI BACAAN GULA UNTUK AYAH

Mana nak cari nie? Kena lah servey dulu kan.. Sebenarnya, saya pun buntu. First time, nak beli mesin nie. So, tanya lah kawan-kawan. Dorang cakap, kat farmasi ada jual.

Alhamdulillah..

Saya pun, pergi lah cari farmasi di bandar. Ada 3 farmasi kat sini (tempat terpaksa di rahsia untuk menjaga reputasi peniaga). Dua pemilik melayu dan satu lagi pemilik cina. 

First Farmasi, saya masuk.. ialah farmasi cina. Saya tak ingat dah nama apa. Sebelum masuk farmasi.. saya dah set kat minda. Saya nak beli mesin yang terbaik untuk arwah ayah. Kalau boleh, biarlah daripada farmasi orang melayu. Sebab, saya nak bantu bangsa melayu.

Setiap kali membeli barang.. memang itu, niat saya. Saya nak bantu orang melayu. Sebab, dah ramai peniaga cina. Saya nak tingkatkan bilangan peniaga melayu yang berjaya dalam apa jua bidang. InsyaAllah..

Mereka yang berusaha akan lepasi halangan untuk peroleh kejayaan.
Tapi, kan.. Saya sedih bila saya buat perbandingan antara 3 buah farmasi ini. Saya pergi setiap farmasi.. Saya bertanya dan mohon penerangan yang jelas. Yelah, saya mana taw cam mana nak gunaBila perlu guna..? Senang cerita saya tak tahu apa-apa dan saya nak rawat ayah je.

PERBEZAAN FARMASI MELAYU DAN CINA

Saya suka dengan farmasi cina nie. Sebab, layanan yang dorang berikan memang terbaik!! lah compare dengan 2 farmasi melayu lagi.

Saya bukan nak rendahkan peniaga melayu.. Tidak sama sekali. Sebab yang memberi layanan kepada saya bukan owner nya. Pekerja yang melayan kehendak saya. Tapi, yang sedih nya. Dan amat sedih. Saya sedih dengan bangsa saya sendiri. Dari dulu hingga kini.. Bukan semua cam tue, taw..

Bila saya masuk, ke dalam kedai farmasi melayu.. saya melihat seorang bermain telefon. Sorang lagi, bagi jelingan maut kat saya. Ayoo..!! aku tersalah masuk kedai ke?

Ok, Sakinah. Think Positive :-)
Tapi, memikirkan bangsa sendiri. Saya buat tak tahu je.. saya pergi kepada pekerja yang lain. Itu pun, nak tak nak melayan. Cam malas, je...

Agaknya, sebab saya banyak kerenah kot. Saya mintak semua jenis mesin yang ada. Yang biasa orang beli.. Yang mana terbaik!! Saya memang demand tinggi lah time tue. Memang itu, hak kita sebagai pembeli. Memilih yang mana bagus.

Contoh mesin uji elektronik yang ada.

Akhirnya, saya tak beli pun.. sebab, servis dorang sangat kurang memuaskan berbanding farmasi cina tadi. Farmasi melayu lagi satu, tutup. So, tiada pilihan. Terpaksa pergi ke farmasi cina semula.

Saya seronok dengan layanan yang diberikan.. even time tue, ramai customer. Tapi, dorang tetap melayan saya. Sepanjang masa, senyum je. Wah!! Bagusnya, dorang. Servis tip-top!!

From A to Z.. dorang terangkan. Dorang tahu, apa yang saya perlukan. Siap dapat discount lagi. Dorang jugak.. ajarkan supaya berniaga lagi taw. Sebab, alat yang saya beli tue mahal dan banyak kuantiti nya.

Saya terkejut, banyak jarum. Saya tak fikir mampu habiskan, sebab saya bayangkan ayah dan emak akan pulih cepat dari kencing manis.

"Banyaknya, jarum.. saya nak buat apa banyak-banyak nie? Tak de yang kecik cikit, ke100 batang jarum, nie. Banyak, tue.."

Apa kata dorang?

"You, boleh buat servis.. servis check darah. Satu jarum RM1 -RM2. Untung, maa.. Panggil jiran-jiran, sedara-mara untuk check darah. Dorang mesti mau.."

Wow!! Bagusnya, cina nie. Terbaik!! lah..

RAHSIA PENIAGA BERJAYA

Ini adalah daripada kajian, pembacaan dan tunjuk ajar mentor saya Master MariaFirdaus. Sebagai peniaga, kita perlu tahu dan concern terhadap pelanggan. Tak kisah, lah melayu ke.. cina ke, india ke. Selagi anda, bergelar peniaga. Anda perlu ambil tahu.

CUSTOMER IS KING....!!CUSTOMER IS KING....!!

Wow!!
Wow!!
Wow!!
Customer is King!! Mampu membunuh juga kalau servis kita buruk.
King, ok. Jangan main-main. Kenapa King?! Seorang customer mampu memberi 10 kali ganda lagi customer baru untuk kita kalau servis tip-top.

Yes, saya sangat bersetuju. Tanpa customer cam mana barang kita nak terjual. Kalau customer pun, kita endah tak endah. Barang power!! Memang terbukti berkesan dan berkualiti. Tapi, servis out!!

Cam mana, tue?

Pakailah produk tue sorang-sorang, ya dik. Hehehe..

Pastu, kita kena selalu senyum tidak kira masa mahupun dengan sesiapa pun kita berurusan. Kerana dengan senyuman itu, anda mampu.. menarik dan menyebarkan cas-cas positif kepada orang sekeliling.

Always smile :-)
Percayalah..

Tengok apa yang berlaku dalam kisah saya kat atas tu pun, dah memadai.

Perkongsian ini, bukan kerana perkauman. Tetapi, saya ingin membuka minda orang melayu yang belum sedar dari mimpi lena. Terima kasih, kepada peniaga cina yang banyak membuka minda orang melayu seperti saya. 

K,lah Sahabat. Sehingga kita bertemu lagi di entry seterusnya. Saya akan kongsikan 20 rahsia kejayaan peniaga cina yang ramai belum tahu. Saya doakan anda semua menjadi peniaga mahupun pekerja yang cemerlang dan berjaya untuk menambah nilai hidup orang lain.

Tahniah, kepada mereka yang mengambil keputusan untuk berniaga. Alhamdulillah..




Sila like dan share sekiranya, sahabat rasa ia memberi manfaat kepada rakan-rakan anda di luar sana. Semoga sahabat Cinta Hati Sakinah sentiasa dipermudahkan segala urusan dan berjaya menjadi insan bertaqwa dunia dan akhirat.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan insan-insan tersayang?
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS untuk:-


FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Shaklee ID : 1168494
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment