Monday 29 December 2014

CABARAN DAN DUGAAN MISI KEMANUSIAAN PANTAI TIMUR YANG TELAH DIKATAKAN SINDIKET PENIPUAN.


Assalamualaikum wbt..

Bersua kembali kita, wahai sahabat Cinta Hati Sakinah yang budiman.

Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik-baik dan nikmat kebahagiaan di sisi keluarga tersayang. InsyaAllah.

Pagi ni, SMS nak updated tentang Misi Kemanusiaan Banjir Pantai Timur yang semakin kencang dan mendapat sambutan serta sokongan dari ramai pihak.

Alhamdulillah..

Namun, dalam kegigihan usaha membantu telah disalah ertikan oleh sesetengah pihak.

Individu yang terlibat bersama NGO PAPISMA dan MUSLIM CARE (TIDAK BENAR)

Bukan mereka saja.. malah saya sendiri pun, melaluinya. Bila terjadi begini.. saya cuba bayangkan saya berada ditempat si Ahmad (bukan nama sebenar).

Kalau saya duduk ditempat si Ahmad pun.. saya tak kan percaya. Sebab, saya tak kenal mereka. Saya akan cakap, ini adalah satu penipuan. Mereka cuba mengambil kesempatan dalam kesempitan.

Tapi.. sebelum itu, saya akan cari bukti yang sahih dan sah sebelum melatah. Kita perlu berhati-hati dalam menyampaikan maklumat untuk menjaga kerukunan negara dan agama.

Tersalah sebar.. boleh membawa fitnah. Sesungguhnya, dosa fitnah itu lebih besar dari membunuh.



Dalam masa yang sama, kita dikejutkan pula dengan berita pesawat AirAsia hilang jejak. Tapi, saya tidak mahu mengulas isu nie.

Tujuan saya menulis, untuk misi banjir Pantai Timur.

Allahuakhbar..

Allah Lebih Maha Besar dan Maha Berkuasa.

MISI KEMANUSIAAN PANTAI TIMUR

Alhamdulillah..

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada sahabat-sahabat yang banyak membantu saya dengan menyampaikan perkembangan keadaan di Pantai Timur ke segenap masyarakat Malaysia yang prihatin.

Actually, saya sendiri tidak sangka mendapat banyak respond positive. Sahabat boleh baca DI SINI.

Saya cuma ingin membantu saudara-mara seislam dan seagama dengan kita yang sedang berhadapan dengan banjir luar biasa.

Lumpur banjir hingga ke atas pokok pisang
Mungkin, pada orang lain ia adalah biasa-biasa sahaja. Tak pun, kadang-kadang.. atau jarang-jarang sekali berlaku. Cam cerita P Ramli pulak bunyi (Nujum Pak Belalang). Ada-ada je Sakinah, ya..

Tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka yang menyumbang tenaga, masa, idea, bantuan dana kepada pasukan rescue yang terlibat.

Saya hanya membantu yang mana mampu. Selebihnya, tawakal kepada Allah SWT.

CABARAN DAN DUGAAN MEREKA

Lumrah kehidupan.. nak berbuat baik, pasti banyak cabaran dan dugaan oleh Allah SWT. Tanda kasih dan sayang dari illahi. Subhanallah..

 Kalau segalanya mudah.. pasti semua orang kat dunia nie, positive dan berjaya kan?

Apapun, saya memang selalu follow perkembangan mereka sejak berlaku banjir.

Kenapa saya follow.. Sebab, saya ada war-warkan di entry yang lalu. Saya tak mahu apa yang saya sampaikan tidak benar. Nanti, jadi fitnah..

Jika diberi kesempatan.. saya memang nak bersama-sama mereka. Saya suka membantu orang-orang dalam kesusahan nie. Tak leh, tengok orang susah.

So, dengan cara ini sahaja saya dapat membantu mereka. Dan begitu juga sahabat Cinta Hati Sakinah telah banyak membantu saya.

Alhamdulillah..

Jom! follow sedikit cabaran dan dugaan dalam Misi Kemanusiaan bersama badan NGO dan swasta.

#AMARAN AWAL: banyak screenshot


Akuan oleh PAPISMA
Loading barang sumbangan
Keadaan Kuala Krai yang kritikal
Helikopter
Bantuan perubatan dan kesihatan
#1
#2
#3
selut dan jalan rosak
Inilah sedikit sebanyak info yang saya dapat updated untuk sahabat Cinta Hati Sakinah. Untuk maklumat lebih terperinci boleh pergi ke FB page mereka :-)

MEREKA MASIH MEMERLUKAN BANTUAN & SUMBANGAN KITA

Alhamdulillah.. semakin ramai yang mula turun padang membantu mangsa-mangsa banjir di sana. Tapi, masih lagi belum cukup. Belum cukup.. Kerana masih ramai yang belum diselamatkan dan terkandas.



Perlukan bantuan doktor dan nurse sukarelawan
Sekarang, cuaca tidak menentu.. even saya tidak berada di Kelantan. Tapi, rumah saya dekat dengan pantai.. Sekejap hujan.. sekejap angin ribut. Hujan tak berhenti-henti. Line internet pun, lebih kurang sama.

Nak mandi pun, terketar-ketar sejuk.. Bila hujan, rasa lapar makin menjadi-jadi kerana badan mengeluarkan haba. Haba datangnya dari tenaga. Tenaga datangnya dari makanan.
Bagaimanalah agaknya keadaan mereka-mereka di sana yang tiada selimut, pakaian yang elok, air dan makanan.

Allahuakhbar..

Anak-anak kecil merintih dan menangis kerana kelaparan,
Kanak-kanak mula batuk dan panas-panas badan kerana kesejukkan,
Ibu-ibu muda kuat dan gagahkan diri untuk si baby dalam kandungan,
Si ayah cuba menenangkan si anak,
Ibu dan ayah semakin tua untuk bertahan,
usia sudah meniti senja..
Jika terkorban,
Tiada apa lagi yang mereka harapkan,
Hanya secebis ehsan untuk kebumikan mereka dengan kain kafan.

Siang malam,
Mereka menanti dengan penuh harapan,
Mengharapkan bantuan,
Sudah 3,4 hari tidak bertemu makanan dan minuman,
Kedai dan sumber makanan jauh di bandar,
Kampung nun di pedalaman,
Berada pula di atas pembukitan,
Mencari tempat berteduh,
Bertemankan ular berbisa dan pacat meliar,
Menjadi penderma darah yang setia,
Tiada siapa kisah..

Mereka kata,
Makanan hanya untuk mangsa di pusat pemindahan,
Benarkah?

Yang lain pula kata,
Cam mana nak ke sana jika air bah tinggi dari manusia?
Cam mana nak ke sana jika kudrat sudah tiada?
Cam mana nak ke sana jika kenderaan pun tiada?
Yang ada hanyalah tulang 4 kerat,
Yang ada hanyalah Allah SWT.

Alhamdulillah..
Ada insan-insan mulia datang mengarung air bah,
mereka datang memberi bantuan,
Hadirnya sebuah sinar dan harapan..

Tapi, cam mana dengan mereka-mereka yang lain?
Mangsa-mangsa banjir di tempat lain?
Masih ramai yang menanti dan terus menanti..

Allahuakhbar..

Sayu dan bergenang air mata keranamu saudaraku,
Tabahlah,
Kuatlah,
Kami datang..
Doakan kami datang..
Doaku sentiasa untuk kalian dan teman-teman.

#nukilan Cinta Hati Sakinah.

Kepada sesiapa yang nak menyumbang.. pesan saya, hubungi pihak tersebut terlebih dahulu untuk kenal pasti keperluan yang kritikal.

Sama-sama kita membantu untuk meringankan beban. InsyaAllah.

Sila like dan share sekiranya, sahabat rasa ia memberi manfaat kepada rakan-rakan anda di luar sana. 

Semoga dengan 1 share anda mampu menyelamatkan dan membantu, anak-anak kecil, ibu-ibu mengandung, orang-orang tua dan mereka-mereka yang sedang dalam keadaan kritikal dan darurat.


Saya doakan sahabat Cinta Hati Sakinah sentiasa dipermudahkan segala urusan dan berjaya menjadi insan bertaqwa dunia dan akhirat.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan insan-insan tersayang?
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS untuk:-


FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Shaklee ID : 1168494
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

2 comments:

Unknown said...

Alhamdullillah kinah...semoga dipermudahkan

sakinah (SMS) said...

Alhamdulillah..InsyaAllah, kak..

Post a Comment