Saturday, 27 December 2014

2 CARA BANTU TINGKATKAN IMUNISASI MANGSA-MANGSA BANJIR 2014 SAMBIL MENDERMA DAN BERAMAL

Dimanakah mereka sekarang?
Assalamualaikum wbt..

SMS doakan sahabat Cinta Hati Sakinah dan rakyat Malaysia yang sedang ditimpa musibah, sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah SWT.

Sebelum SMS meneruskan coretan, marilah kita sama-sama berdoa dan sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang telah terkorban dan sedang bertarung nyawa serta berhadapan pelbagai dugaan dan rintangan banjir.

SMS ada kongsikan di entry yang lalu (Boleh baca DI SINI).

Terima kasih juga kepada sahabat setia yang masih mengikuti blog Cinta Hati Sakinah ini. Alhamdulillah, banyak respond positive yang diberikan.

Berita baru yang diterima dari rakan-rakan penyelamat dan juga doktor sukarelawan, keadaan Kelantan semakin teruk.

Allahuakhbar..

Ada di sesetengah tempat, air mula surut dan ada juga yang makin meningkat kerana cuaca yang tidak menentu sekarang ini.

Masih naikkah air?
So, saat ni SMS nak mengajak sahabat semua sama-sama berganding bahu membantu mereka yang masih hidup dan sangat-sangat memerlukan bantuan.

Semoga urusan mereka dipermudahkan.
Bantuan dari segi makanan, pakaian, ubat-ubatan dan banyak lagi. 

Mohon bantuan lagi.
MISI BANTUAN CHEWABLE VITA-C KANAK-KANAK

Baru sebentar tadi, saya mendapat maklumat dari rakan-rakan niaga dan doktor sukarelawan yang akan bergerak ke Hospital Kuala Krai dan juga Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Apa maklumat itu?

" Mangsa-mangsa banjir terutama kanak-kanak dan orang-orang tua berada dalam persekitaran kurang bersih. Sekarang mereka berisiko tinggi untuk terdedah kepada penyakit berjangkit seperti batuk, demam dan wabak kerana kelemahan sistem imunusasi tanpa bekalan makanan, minuman dan pengudaraan yang cukup serta banyak lagi faktor-faktor lain. "


So, kami berfikir apa yang kami boleh bantu?

Jawapannya dengan Misi Bantuan Chewable Vita-C. Kerana ia boleh diambil oleh kanak-kanak dan juga orang dewasa untuk tingkatkan sistem imunisasi badan.
Misi Bantuan Banjir 2014
Amat bagus, jika Chewable Viita-C ini dapat dibekalkan. Kepada sesiapa yang nak join beramal dengan saya, boleh bertindak segera sementara mereka masih berada di KL sehingga jam 10.30 pagi esok ya, sahabat.

BAGAIMANA CARA SAYA NAK JOIN MISI INI?

Ok, ada dua cara yang sedang saya usahakan, iaitu:

1. TIDAK TERHAD

Membuat pembelian bersama Cinta Hati Sakinah dengan mana-mana produk dari kami tanpa had dan halangan.

Sahabat boleh membeli pelbagai supplemen Kesihatan dan kecantikan untuk diri, keluarga dan insan-insan tersayang. (Boleh click DI SINI).

Bantu Keluarga, Bantu Mangsa-mangsa Banjir.

10% dari hasil pembelian dengan saya, akan disalurkan kepada mereka sehingga keadaan kembali pulih. Anda dapat produk untuk merawat keluarga, dalam masa yang sama kita menderma untuk mereka..

Sesungguhnya, untuk pulih seperti sedia kala mengambil masa yang agak lama kerana banyak rumah-rumah dan harta benda musnah. Kasihanilah mereka. Terasa sedih dan sebak, namun saya kuatkan juga semangat untuk membantu dengan platform ini. InsyaAllah.

Sudah selamat kah mereka?
#Alhamdulillah.. mereka sudah diselamatkan setelah beberapa hari di bukit
(updated 5.00pm, 27 Disember 2014)
ATAU
2. TERHAD

Sahabat boleh membeli Chewable Vita-C dari saya seberapa banyak yang mungkin (1 botol, 2 botol, 3 botol... 100 botol dan seterusnya) sehingga jam 10.30 pagi esok. 

Kemudian, ia akan diserahkan kepada wakil doktor sukarelawan yang dimaksudkan di atas. Beliau akan bergerak ke Head Quarters (HQ) Shaklee sebelum ke Kelantan mengambil sumbangan Chewable Vita-C dari hasil tempahan mereka-mereka yang menderma.

100% produk memang disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir.

Manakala, 10% lagi dengan setiap hasil langganan dari anda.. akan saya serahkan kepada mereka dalam bentuk Ringgit Malaysia (RM).

Diharapkan dengan 10% ini, dapatlah kita support keperluan asas untuk mereka seperti pampers, susu, tuala wanita, telekung solat, sejadah, selimut dan sebagainya.

What you give.. you will get back. Hanya Allah sebaik-baiknya yang layak memberi dan membalas jasa kalian, semua. InsyaAllah. 

Bayi dilahirkan di pusat pemindahan.
Sahabat juga boleh, go thru link ini (DI SINI) untuk saluran bantuan dan sumbangan dengan badan-badan terlibat.

#Alhamdulillah.. ramai yang menghulurkan bantuan untuk Misi Imunisasi Chewable Vita-C ini. (updated : 11.30pm, 27 Disember 2014)



Kami cuba membantu apa yang boleh. Alhamdulillah.
Ini misi tak sampai 24 jam. Mudah-mudahan dengan pertolongan dari anda,
mampu tingkatkan sistem ketahanan badan mangsa-mangsa banjir. 
#Misi Chewable ini, diteruskan kerana masih ramai yang ingin menyumbang untuk kesihatan dan imunisasi mangsa-mangsa banjir.

#So, sesiapa yang nak join saya dan rakan-rakan MFMS group.. jangan teragak-agak dan segan-segan untuk membantu.

DOA ADALAH SENJATA SULIT ORANG ISLAM

Selain itu, kita sebagai umat islam haruslah berusaha dan bergantung harap kepada Allah SWT.

Semakin banyak petanda dunia akhir zaman yang Allah tunjukkan supaya kita semua bersatu hati, berganding bahu membantu dan muhasabah diri dengan beramal mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Sahabat SMS yang dihormati dan dikasihi.. jom, aminkan doa ini untuk mereka dan kita semua.

Bismillahirrahmanirrahim..

Selawat dan salam ke atas junjungan
besar kita Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda,
dan para sahabat-sahabat baginda....

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Ya Waliy, Ya Mukmin, Ya Aziz,
Engkau lindungilah kedua Ibu bapa kami,
Adik beradik kami,
Sanak saudara kami,
Sahabat-sahabat kami,
Dan semua penduduk di negeri Kelantan, 
Terengganu, Pahang, Perlis & Perak yang terkena musibah banjir ini....

Ya Mutakabbir, Ya Sami', Ya Bashir,
Sesungguhnya kami semua hamba-hamba-Mu yang lemah,
Kami tidak berdaya untuk menanggung ujian daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau Ya Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu...

Ya Malikul Mulk,
Ya Malik, Ya Muhaimin, Ya Matin, 
Engkau perintahkanlah bumi-Mu menelan airnya,
Engkau perintahkanlah langit-Mu berhenti mencurahkan airnya,
Sesungguhnya kami amat lemah untuk menanggung ujian daripada-Mu,
Ya Waaliy....

Ya Rahim,
Ya Basith, Ya Rofi, 
Kasihilah kami semua,  
Kami mohon kepada-Mu,
Redakanlah bencana ini,

Ya Mani'...
Dan lindungilah kami semua,

Ya Qowiy, Ya Qodir,
Daripada perkara-perkara yang buruk...

Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau tidak akan menimpakan sesuatu,
kepada kami melainkan sebagai peringatan kepada kami,
Di atas segala dosa-dosa dan kelalaian kami kepadaMu,

Ya Allah, Ya Tawwab, 
Sesungguhnya kami telah mezalimi diri kami,
Ampunkanlah kami,
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Ya Allah, Ya Hafidz,
Jangan Engkau biarkan hati, iman kami terpesong,
dan lalai sehingga melupakan tanggungjawab kami kepada-Mu,
Rahmatilah kami semua Ya Allah,

Ya Allah,
Tiada tuhan melainkan Engkau,
Dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh-Mu,

Ya Allah, Ya Ghofur, Ya Mujib,
Perkenankan dan kabulkanlah doa kami....

Aamiin....

Sila like dan share sekiranya, sahabat rasa ia memberi manfaat kepada rakan-rakan anda di luar sana. 

Semoga dengan 1 share anda mampu menyelamatkan dan membantu, anak-anak kecil, ibu-ibu mengandung, orang-orang tua dan mereka-mereka yang sedang dalam keadaan kritikal dan darurat.


Saya doakan sahabat Cinta Hati Sakinah sentiasa dipermudahkan segala urusan dan berjaya menjadi insan bertaqwa dunia dan akhirat.


Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan insan-insan tersayang?
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS untuk:-


FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Shaklee ID : 1168494
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment