Thursday 18 December 2014

3 JAM PERJALANAN AYAH DIBAWA PULANG KE TANAH PERKUBURAN MAKAM TOK KU PULAU MANIS

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar sahabat Cinta Hati Sakinah? SMS mendoakan semoga sahabat semua sentiasa sihat, bahagia dan berjaya di samping keluarga tersayang serta dilimpahi rahmat dan berkat dari Allah SWT.

Hanya kepadaNya kita bersujud dan berdoa.. mudah-mudahan doa kita semua dimakbulkan. Aaminn :-)

Hari nie, SMS nak sambung cerita dari kisah yang lalu.

SMS sampai di rumah Kuantan dari Bandar Al-Muktafi billal Shah jam 7.00 pagi. Siapa belum baca kisah sebelum nie, boleh click DI SINI, ya.

PROSES PENJENAZAHAN ARWAH AYAH

Memandangkan rumah di Kuantan, rumah teres dan agak sempit. So, kami jalankan urusan memandi, kafan dan solat di surau berdekatan iaitu Surau Kampung Bugis.




Kami bertolak ke kampung halaman di Pulau Manis, Serada (Kuala Terengganu) dalam jam 10.00 pagi selepas selesai segala urusan di sini.

Adik lelaki saya, menaiki van jenazah bersama ayah dan kami menyusuli dengan kereta masing-masing dari belakang. Dalam hati, hanya Allah je yang tahu perasaan kami ketika itu.

Alhamdulillah, saya dan abang-abang diberi kekuatan untuk drive kereta dengan baik. Dan perjalanan kami dipermudahkan.. hanya mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk sampai ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Manis, serada. Kalau ikutkan kebiasaan dalam 4-5 jam jugak baru sampai ke kampung.

TENANGLAH AYAH DI SANA

Rasa syukur sebab saudara-mara semua sudah bersedia di kawasan perkuburan setelah dimaklumkan akan perjalanan kami.


Waris tidak dibenarkan memasang belindan.
Mungkin, kerana tanah perkuburan ini, dah padat. Gambar dari google.
Kami tiba beberapa minit sebelum azan zohor berkumandang.. dan segala urusan pembacaan talqin berjaya dibaca setelah azan. 
Al-Fatihah..
semoga ayah tenang di sana. Dan juga arwah abang & adik.
Ni, je gmbar yang ada. Kubur arwah ayah, abang dan adik.
Dalam keadaan sedih, tak de nak ambil gambar pun.

Terasa sunyi, sepi, sayu dan syahdu menyelubungi diri, saudara-mara, jiran tetangga dan rakan-rakan taulan. Mungkin, juga kerana berkat doa dan 1 Ramadhan membuatkan suasana lebih tenang.

Alhamdulillah..

Di saat Allah menarik sesuatu nikmat kebahagiaan daripada kita, diberikan nikmat lain yang melengkapi kedukaan itu. Rakan-rakan tempat kerja turut hadir untuk memberi kekuatan kepada saya dan keluarga. Rasa terharu.. kerana mereka sanggup datang dari jauh untuk memberi semangat.

Kalau ikutkan hati, saya tidak berdaya untuk bangkit sebab saya kehilangan dua perkara dalam satu masa (boleh baca DI SINI). Kerana kuasa Allah dan kasih sayangNya.. saya kuat dan tabah demi keluarga. Tapi, kawan-kawan saya pulak yang menangis. Confius, pulak saya sekejap. Hehe..

Tidak putus, ucapan takziah.. doa dan kata-kata semangat serta panggilan telefon dan juga pesanan sms hari demi hari. 

Apa-apa pun, di kesempatan ini saya ingin mendoakan semoga mereka yang telah banyak membantu saya dan keluarga mendapat kebahagiaan dan keberkatan dari Allah SWT. Dilimpahi rahmat, dan berjaya dunia & akhirat. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan pertolongan kalian semua.


Sila like dan share sekiranya, sahabat rasa ia memberi manfaat kepada rakan-rakan anda di luar sana. Semoga sahabat Cinta Hati Sakinah sentiasa dipermudahkan segala urusan dan berjaya menjadi insan bertaqwa dunia dan akhirat.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan insan-insan tersayang?
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 
Shaklee ID : 1168494
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

1 comment:

sakinah (SMS) said...

Alhamdulillah.. Kasih sayang ayah tiada penghujungnya.. Semoga arwah ayah tenang di sana. Kita yang masih hidup nie.. perlu meneruskan perjalanan di bumi ini. Mencari bekalan kedunia akhirat yang hakiki. InsyaAllah :-)

Post a Comment