SMS doakan sahabat Cinta Hati Sakinah sentiasa dipayungi rahmat dan berkat dariNya. InsyaAllah :-)
Hari ini, SMS mahu berkongsi pengalaman diri sendiri yang berhadapan dengan risiko demam akibat alahan resdung yang teruk dan sangat meletihkan seluruh badan..
RESDUNG YANG AMAT MENYEKSAKAN
RESDUNG YANG AMAT MENYEKSAKAN
Siapa pernah kena resdung? Atau memang ada resdung? Apa perasaan sahabat bila terkena. Full pakej pulak tue, demam + batuk + selesema cam cerobong kapal perang kan bunyinya..
Ye ke, bahaya?
Mak saya selalu cerita dulu dan kini.. Setiap kali kena resdung, perkara yang sama mak akan ulang. Dan untuk kesekian kalinya, baru-baru ni mak ulang lagi. Sebab saya DEMAM RESDUNG lagi..
"Minumlah air mak buat tue.. Air bacaan ayat Al-quran.. Bukan air apa-apa pun.. Mak bukan nak suruh anak mak mati.. Nak suruh sihat..
Mung (merujuk kepada kau) nak ke jadi cam orang kat kapung (kampung) tue.. Dah arwah pun.. Resdung teruk. Sampai 'cabut (tercabut) hidung.. 'Cabut hidung, anak.. Ropong (berlubang teruk)..tak dok (tak de) hidung.."
#maaflah..rasa lebih real bila guna bahasa percakapan betul keluar dari mulut mak.
Sangat ngeri..
Mak dah bising-bising, sebab saya ni jenis liat nak makan ubat mahupun air penawar (air yang dibaca dengan ayat-ayat Al-quran). Sebab pedih.. Bila luka terkena air.. Lembiknya, saya kan.. dengan air pun jadi penakut. Haha..
Badan saya ni juga, bukannya kuat mana. Dari kecik memang selalu sakit. Antibodi lemah. Antara anak mak yang selalu memberi masalah. Huhuhu..
Kecik-kecik di usia baby, dah kena operate dua kali akibat bisul di kepala lutut dan atas kepala. Kesannya sampai sekarang tak tumbuh rambut kat bahagian kena operate.. lepas pada tue, macam-macam perkara berlaku kat saya. Celah pelipat di bawah lutut, berkudis, berkulat.. berbau busuk berbulan-bulan. rasanya lebih setahun sakit. Hari-hari luka berdarah bila terpaksa menggaru.
Kecian kat mak dapat anak yang bertuah cam saya nie, kan..
Sahabat,
Kalau ikutkan pengalaman yang lepas-lepas.. Saya selalu ambil masa 3, 4 minggu untuk sembuh demam.. Memang melarat lah.. Dan selalu, saya tak cakap kat mak (tak nak mak risau).. Selamat sebab jauh dari family. Kalau tidak.. saya terpaksa dengar mak ulang perkara yang sama lagi.. Huhuhu..
Tapi, kali ini. Saya tak dapat ngelak. Saya memang dah terperangkap.. Saya kan jadi Working At Home Women..
Padan muka saya.
Jangan jadi cam saya ya, sahabat.. Liat nak makan ubat.
Apa yang bestnya, kali ini. Saya ada supplement tambahan untuk bantu atasi masalah saya yang sangat teruk dan dasyat. Boleh baca DI SINI, DI SINI dan DI SINI.
TERUK SANGAT KE?
Memang teruk.. Kalah orang pregnant. Saya tak boleh bau orang memasak langsung.. Saya akan menangis sambil meronta-ronta merayu.. (Adikku si kembar dah mengekek gelak guling-guling dari jauh sebab kakak menangis cam budak. hahaha)
"Cepat-cepatlah masak tue. Tak sanggup dah.. Tak tahan bau nie.. Pedih hidung.. Sakkkiiitttt....!!"
Masakan inilah yang mengakibatkan saya akan bersin tak henti-henti sampai suatu masa terkencing. Malu sangat-sangat..
Tapi, ini lah hakikatnya.. Bersin yang memang tak dapat dikawal.. Setiap saat bersin.. Non-stop selagi hidung dapat tangkap bau yang menyakitkan.
Bila bersin.. kita memang tak dapat kawal semua perkara. Mata secara automatik akan terpejam. (sekadar gambar hiasan) |
Penat.. penat sangat-sangat. Dah jadi cam baby terkencing dalam seluar. Baby kencing.. Comel. Orang dewasa yang kencing.. Tak ke buruk.. Malu.. Dah besar, tapi cam budak kecik.huhu..
Hidung tak yah cakap lah.. Memang tak leh tersalah sentuh.. Sakit kot. Rasa cam luka-luka dalam hidung mula bernanah..
Tiba-tiba, saya teringat Vitamin C shaklee.. Apa lagi.. Makanlah.. Untuk cover demam yang teruk nie.. Saya memang ambil pun. Cuma kuantiti biasa-biasa je.. Bila demam kena lah tambah dos untuk lawan virus-virus jahat supaya tak kacau kita lagi kan.. Hehehe..
alhamdulillah..bulan ni, ada promosi. Cam taw taw je Vita C dah nak habis. hehehe. |
Alhamdulillah.. Terima kasih kepada vitamin-vitamin dan proteinku (DI SINI) yang sangat banyak membantu. Bila demam nie.. buatkan badan saya jadi letih dan kebas seluruh badan. Saya terpaksa ambil Ostematrix untuk recover sakit-sakit badan.
Mudah, je kan.. Saya tak perlu risau sebab ia semulajadi bukannya bahan sintetik atau drugs.
Mudah, je kan.. Saya tak perlu risau sebab ia semulajadi bukannya bahan sintetik atau drugs.
Untuk makluman sahabat semua, saya start demam isnin (1 December 2014) baru nie.. Hari ini, dah kembali bertenaga dan tak de melarat-larat tak boleh bawak diri..
Syukur, alhamdulillah.. Di atas nikmat yang Allah SWT berikan. Sakit juga adalah satu nikmat.. Nikmat kasih sayang dariNya. Penghapus dosa dan peringatan kepada diri kita yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan.
Seronok dan bahagiakan bila kita jumpa penawar kepada masalah kesihatan yang dah bertahun-tahun kita lalui. Alhamdulillah :-)
TIPS KESIHATAN DARI CINTA HATI SMS:
1. Banyakkan minum air masak sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari, kerana ianya dapat membantu memudahkan proses penyerapan dan pembuangan toksin-toksin jahat dalam badan kita.
2. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar kerana terdapat banyak vitamin yang tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia.
Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60 mg vitamin c. Buah ini akan menghasilkan vitamin c yang lengkap dalam masa 10 hari selepas ianya ranum.
Oleh yang demikian, buah yang tidak ranum mengandungi kandungan vitamin c yang sedikit. Kandungan vitamin c ini, akan mula berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah jika terdedah kepada kepanasan.
Inilah serba sedikit tentang ilmu kesihatan yang saya perolehi :-)
Inilah serba sedikit tentang ilmu kesihatan yang saya perolehi :-)
Sila like dan share sekiranya, ia memberi manfaat kepada rakan-rakan dan keluarga anda di luar sana.
Semoga sahabat semua sentiasa dipermudahkan segala urusan dan berjaya menjadi insan bertaqwa dunia dan akhirat serta dikurniakan nikmat tubuh badan yang sihat walafiat.
Semoga sahabat semua sentiasa dipermudahkan segala urusan dan berjaya menjadi insan bertaqwa dunia dan akhirat serta dikurniakan nikmat tubuh badan yang sihat walafiat.
Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.
"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan insan-insan tersayang?
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Cinta Hati SMS untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Shaklee ID : 1168494
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
2 comments:
Seronoknya baca perkongsian sakinah .... Terima kasih :)
Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat cinta Hati Sakinah. Alhamdulillah.. Sama-sama dan terima kasih juga kepada Faizal Fairuz kerana sudi membaca coretan kali ini :-)
Post a Comment