Saturday, 20 December 2014

3 PUNCA BAHAYA KENCING MANIS YANG ANAK-ANAK PERLU TAHU DALAM MENJAGA IBU BAPA MEREKA

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar sahabat Cinta Hati Sakinah?

SMS mendoakan semoga sahabat semua sentiasa sihat, bahagia dan berjaya di samping keluarga tersayang serta dilimpahi rahmat dan berkat dariNya.

Ok, hari ini SMS nak teruskan perkongsian tentang tiga punca utama yang menyebabkan terjadinya penyakit Kencing Manis (Diabetes Mellitus). Sebagai seorang anak, kita perlu tahu untuk menjaga dan merawat kedua ibu bapa kita. 

Ada yang cakap:

"Emak ayah saya, tak sakit kak.."
"Mereka sihat je kak.."
"Mereka boleh berjalan cam biasa lagi kak."

Macam-macam lah kata-kata manis dan juga anggapan sebagai seorang anak, yang sudah pasti nak emak ayah kita sihat kan?

SMS pun fikir perkara yang sama.. sehinggalah terjadi sesuatu baru SMS tersedar.

Sahabat, boleh baca kisah sebelum ini mengenai arwah ayah dan emak SMS yang disahkan sakit Diabetes.

Tiga Serangkai Bukan Lagi Untuk Orang Kaya
Bacaan Gula Emak Turun Dengan Rawatan Semulajadi
Kerana Arwah Ayah Aku Mula Sedar Tentang Kencing Manis
Kisah 3 Jam Perjalanan Ayah Dibawa Pulang Ke Tanah Perkuburan Makam Tok Ku Pulai Manis

SMS MULA MENCARI MAKLUMAT

Mula-mula saya dapat tahu ayah kena Diabetes, memang saya google cari maklumat. Tanya, kawan-kawan yang bekerja sebagai doktor dan juga mereka yang telah berpengalaman kena potong kaki..

Setiap hari, saya google dan mencari penawar untuk ayah. Banyak berhabis duit untuk rawat kaki ayah (Gangrene).. Tapi, tak kisah. Apa yang saya tahu.. Ayah akan sembuh walaupun harapan cam tipis.

Gangrene

Abang saya bawa ayah ke Hospital Besar Tengku Ampuan AfzanKuantan untuk rawatan lanjut selepas kami bawa ayah pulang dari Terengganu. Saya tak dapat follow. Sebab, saya perlu masuk kerja untuk hari-hari akhir kontrak kerja (boleh baca DI SINI).

Apa yang saya nak share kat sini, bukan mengenai kisah kami merawat ayah. Ianya akan dikongsi di lain entry. Tapi, hari nie saya nak fokus kepada punca-punca terjadinya Diabetes yang ramai antara kita belum tahu.

BAGAIMANA DIABETES BOLEH TERJADI??
Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan kita tidak dapat menghasilkan insulin dengan sendiri secara berkesan.
Untuk makluman sahabat semua,
Makanan yang dimakan akan bertukar kepada gula dalam badan. Ketika inilah, pankreas memainkan peranan penting untuk menghasilkan Insulin yang akan membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu badan.

Insulin dan Glukosa dalam darah
Seterusnya, ia akan ditukarkan kepada bentuk tenaga.
Apa akan terjadi jika, kita kekurangan insulin?
Gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat.

Level bacaan glukosa dalam darah
Keadaan Ini akan mengakibatkan kerosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk dijadikan tenaga. Selain itu, akan berlaku juga kerosakkan organ dan tisu kerana tahap glukosa yang semakin tinggi.
3 PUNCA UTAMA BAHAYA PENYAKIT DIABETES

Kenapa bahaya

Bahaya sebab ianya pembunuh dalam diam yang kita tidak sedar. Satu kajian telah dilakukan pada tahun 2011, di mana dianggarkan lebih dari 3 juta rakyat Malaysia menghidapi Diabetes.

Penyakit ini, jika tidak dirawat boleh membawa maut dan juga kehilangan anggota badan. Maka, jadilah Orang Kurang Upaya (OKU) atas kesilapan diri sendiri.


SEMAKIN MENINGKAT USIA SEMAKIN TINGGI RISIKO SAKIT

Kita semua akan melalui pelbagai peringkat usia, dari bayi sehinggalah menjadi tua dan menanti ajal masing-masing. Alhamdulillah.. jika dipanjangkan usia ke tua, dapat merasa nikmat kebahagiaan berkeluarga dan kasih sayang dari anak, cucu, cicit dan generasi seterusnya.


Sahabat nak tahu?

Mereka yang berusia 35 tahun ke atas mempunyai potensi tinggi untuk terkena penyakit Diabetes.

Betul, ke?

Ye, betul lah. Badan kita nie, umpama seperti mesin jugak. Cam kereta.. Kereta baru beli? Cantik, segak je.. Servis pun tip-top!! Bila sampai masa kita akan servis kan? Elok je kita jaga dia. Setahun, banyak kali jugak servis kalau kereta baru dan banyak bergerak.

Lama-lama.. semakin kurang kita pi hantar pusat servis. Dia pun cam merajuk. Kadang, elok.. kadang tak elok. Tak elok, baru lah kita nak pi hantar workshop.

Camtu, lah badan kita.. Bayangkan, kita asyik duk guna je. Tak pernah nak pi check. Sedar-sedar dah sakit barulah nak jumpa doktor. Silap haribulan.. terus kritikal. 

Haa.. cam mana tue? Kena selalu-selalulah bawak emak ayah pi medical check-up ya sahabat.

PENGAMBILAN MAKANAN KURANG SIHAT TANPA KAWALAN

Seawal kelahiran.. kita akan diberikan susu ibu yang sangat berkhasiat. Bila dah besar, semakin dewasa.. kita mula kenal macam-macam sumber makanan yang kurang sihat. Tambahan sekarang kan, semua mudah dan fast food je.


Kita ambil makanan yang berlemak dan ada kandungan gula, garam yang tinggi. Pastu, minum pulak air bergas.. makanan manis, bersantan dan macam-macam lah. Sayur dan jenis-jenis serat, kadang-kadang je makan. Itupun, kalau makan lah.  Huhu..

Makanan famous di kalangan rakyat Malaysia (Rendang Daging)

Dah makan..bukan reti nak beriadah. Lama-lama berkumpul jadi lemak (Obesiti pulak) dan tersumbat kat saluran darah. Kan, bahaya tue bila dah tersumbat. Siapa yang susah? Kita dan ahli keluarga jugak yang susah hati.

AMALAN GAYA HIDUP SEHARIAN

Yang ni, sangat-sangat penting. Perlu diambil perhatian. Terutama kepada perokok-perokok tegar.

Rokok merosakkan sistem ketahanan dan segala fungsi dalam badan secara halus sebagaimana diperkatakan di atas. Bila badan gagal berfungsi.. macam-macam risiko terjadi. 

Saya cakap, berdasarkan pengalaman arwah ayah. Boleh baca di sini: Rokok Memang Celaka!!

Kurang beraktiviti dan apa yang kita makan juga mempengaruhi sistem badan kita untuk jatuh sakit. 

So, simple. Apa yang kita makan.. Apa yang kita amalkan dalam kehidupan ini, mempengaruhi kesihatan seseorang itu mengikut perkembangan usia.

Jika baik makanannya.. Maka baiklah badan kita.
Jika buruk makanannya.. Maka buruklah badan kita nie..
Jika bagus amalan kita.. Maka sihatlah tubuh badan kita.
Begitulah sebaliknya.

Wallahualam..

MENCEGAH SEBELUM TERKENA MERAWAT SEBELUM MAKIN PARAH

Mungkin, dengan kisah ini.. akan menyelamatkan lebih ramai nyawa mereka di luar sana terutama golongan ibu-ibu dan bapa-bapa. Boleh dikatakan setiap hari SMS mendapat berita tentang penghidap Diabetes. Sedih dan kecian..

Apa kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Semakin ramai anak-anak mula sedar akan tanggungjawab mereka bukan sekadar memberi wang ringgit tetapi lebih kepada menjaga dan merawat sendiri insan yang telah banyak berkorban untuk kita dari kecil hingga kini.

SMS pun sedang menjaga dan merawat emak yang ada Diabetes.. Selepas, emak consume set diabetes Shaklee.. bacaan glukosa mak dah turun paras normal (7.7mmol/L) dari 30.0 mmol/L.

Alhamdulillah..Shaklee adalah asbab mak sembuh. Kita hanya mampu berusaha selebihnya Allah SWT yang Maha Berkuasa tentukan.

*Sumber rujukan: http://www.myhealth.gov.my/index.php/dewasa/penyakit/diabetes-mellitus

Sila like dan share sekiranya, sahabat rasa ia memberi manfaat kepada rakan-rakan anda di luar sana. Semoga sahabat Cinta Hati Sakinah sentiasa dipermudahkan segala urusan dan berjaya menjadi insan bertaqwa dunia dan akhirat.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."

#SEMPENA TAHUN BARU 2015 : REBUT PELUANG PROMOSI HEBAT DAN JIMAT BERGANDA-GANDA UNTUK INSAN-INSAN TERSAYANG TERUTAMA IBU DAN AYAH



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan insan-insan tersayang?
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Shaklee ID : 1168494
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment