Tuesday, 23 December 2014

20 RAHSIA KEJAYAAN ORANG CINA YANG MEMBUATKAN PENIAGA MELAYU PERLU BERTINDAK!!

Assalamualaikum wbt..

SMS mendoakan sahabat Cinta Hati Sakinah semua sentiasa sihat, ceria, bahagia dan berjaya di samping insan-insan tersayang.

Hujan masih lagi, mencurah-curah di saat ini. Semoga kita semua terpelihara dari segala musibah yang tidak diingini.
Aaminn...

SMS nak share sedikit tips kejayaan orang cina yang patut peniaga melayu tahu dan fikirkan demi masa depan anak bangsa melayu. Bangsaku sendiri..

Kalau sebelum ini, SMS ada kongsikan pengalaman berurusan dengan peniaga cina DI SINI.

20 RAHSIA KEJAYAAN ORANG CINA

Menurut kajian dan perkongsian dari Dr. Ann Wann Seng atau Dr. Ann Abdullah (Siapa dia? Boleh baca DI SINI) dari hasil nukilannya, di bawah. Ada 50 rahsia kejayaan.. Tapi, saya kongsikan 20 sahaja yang mana sesuai dan amat penting kepada peniaga melayu dan umat islam. 
Ini bukunya.

1. Kebolehan semulajadi:

Bagi masyarakat peniaga cina, bisnes ini bukannya kebolehan semulajadi. Tetapi, sebaliknya ia adalah satu kemahiran yang boleh dipelajari.


Yes!! Agree.


2. Peniaga tulen:


Peniaga tulen.. mereka tidak takut kepada cabaran dan kerugian. Peniaga palsu.. akan cari untung dalam masa yang singkat tanpa memperdulikan tanggungjawab sosial.


Tidak takut cabaran dan kegagalan.

Berhati-hati ya, dengan keuntungan yang singkat. Tiada kejayaan yang melalui jalan singkat melainkan bermentorkan orang yang telah berjaya. Mereka lebih dahulu langgar dinding dan tembok dari kita.

3. Sejarah peniaga cina bermula dari peruncitan:


So, not wonder mereka berjaya..


Tapi, hakikatnya kita orang islam telah bermula dari zaman Rasulullah SAW lagi. Kalau dikaji dan difahami perjalanan baginda yang dari kecil menjadi pengembala kambing. Pasti, kita akan menangis mengenangkan diri sendiri yang abaikan kelebihan yang ada sebagai umat islam.


4. Orang cina suka berhijrah:


Sangat bagus.. Hijrah ini, luas maksudnya. Kita perlu hayati betul-betul 'HIJRAH' dari sudut islam. 


Kena lah hijrah dari kurang baik kepada baik. Hijrah dari tiada ilmu sehingga berilmu. Pergi menuntut ilmu dari guru atau sesiapa sahaja yang pakar dalam bidang yang kita ceburi.


5. Bangsa cina fleksibel:


Mereka mudah berubah dan menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan dan cabaran. Mereka boleh survive walau dimana sahaja berada.


6. Kepercayaan:


Orang cina percaya, orang yang berniaga tidak akan dipandang rendah. Malah dunia perniagaan menjanjikan kesenangan, kemewahan dan kebahagiaan kepada mereka.


Saya pun sama. Saya sangat-sangat setuju.


7. Anggapan:

Mereka yang berniaga dianggap sebagai golongan yang matang dan sering mendapat tempat rujukan.


Manakala, orang yang bekerja makan gaji dianggap belum lagi dewasa.


Benar, tue sahabat. Sejak saya berniaga.. Ramai yang datang merujuk kepada saya. Alhamdulillah.. Semoga kami terus berjaya dunia dan akhirat.


8. Sikap:


Kejayaan dan kegagalan banyak bergantung kepada SIKAP, USAHA dan KEYAKINAN seseorang peniaga.


So, jaga tingkah laku dan disiplin diri ya sahabat.


9. Peluang:


Orang cina percaya, hanya dengan bekerja kuat dan berani meneroka peluang.. barulah mereka akan berjaya.


Kiranya, bijak mencari dan merebut peluang lah nie.


10. Hobi:


Berniaga boleh dijadikan HOBI bagi mereka. Ianya bukan lagi suka-suka atau sekadar mengisi masa lapang.


11. Wariskan perniagaan:


Orang cina suka mewariskan ilmu, pengalaman dan juga perniagaan mereka kepada generasi akan datang. Boleh makan untuk 7 keturunan.. Jangan main-main taw. Inilah perniagaan yang sebenar.


12. Atas angin:


Mereka tidak suka berniaga atas angin tanpa mengeluarkan usaha dan modal. Perniagaan seperti ini, tak kan bertahan lama. Cam skim cepat kaya tue.. 


13. Falsafah perniagaan:

Peniaga tidak boleh mengharapkan keuntungan sebaik sahaja memulakan perniagaan. Kita perlu berusaha dahulu.. untung kemudian. 


Berniaga ni, cam menanam pokok. Pokok ambil masa untuk berbuah dan menuai.

Keuntungan yang bakal diperolehi bergantung kepada banyak mana pelaburan yang sudah dilakukan. Bukan sekadar kepada wang ringgit.. tetapi, pelaburan masa dan usaha.

14. Konsep perniagaan:


Orang cina tidak suka makan ataupun mencari untung seseorang. Mereka tidak digalakkan membolot segala keuntungan dan kekayaan. Sebaliknya, mereka perlu berkongsi kepada peniaga lain (Konsep berniaga secara jemaah).

Berniaga secara berjemaah dan perlu ada mentor.
Pada mereka, tidak ada peniaga yang boleh hidup seorang diri. Mereka perlu bergantung antara satu sama lain.

15. Benarkah orang melayu begini
? :

Peniaga Melayu suka berniaga 'ala mee maggi'. Contohnya,  peniaga bermusim. Mereka kurang fokus dengan sesuatu perniagaan.  bukan saja tidak boleh berkembang, tetapi akan menghadapi masalah modal dan aliran tunai bagi memulakan perniagaan.

Seperti peniaga jenis kulat dan cendawan. Mereka memang tidak mempunyai ruang di dalam dunia niaga orang Cina.


16. Siapa cepat dia dapat:


Orang Cina sangat menekankan kepentingan 'siapa cepat dia dapat'.

Orang kalah kerana dia lambat bertindak. So, perlulah bertindak.. Tanpa tindakan memang anda akan gagal dan terus gagal.

17. Boleh ke boleh orang melayu jadi cam peniaga cina? :

Orang cina boleh berniaga di kampung orang melayu.. Tetapi, orang melayu belum tentu boleh berniaga di kawasan orang cina.. Jangan ada yang sentap!! pulak. Memang ini yang banyak berlaku. Huhu..

18. Campur-aduk urusan:

Peniaga perlu tahu membezakan antara urusan peribadi dengan perniagaan. Kedua-duanya tidak boleh dicampur-adukkan.. Nanti, jadi haru-biru. 

19. Tegas menguruskan kewangan:

Peniaga Cina bersikap tegas dalam menguruskan financial. Hasil keuntungan perlu digunakan bagi menjana lebih banyak keuntungan yang baru.

Bijak menguruskan financial.

Bagi mereka, Wang adalah untuk membuat Wang bukannya untuk menambahkan hutang dan beban.

Dalam islam pun, tidak digalakkan berhutang. Kerana hutang akan menambah dan memudaratkan diri si penghutang.

20. Bangsa yang suka bercakap:

Orang Cina adalah bangsa yang suka bercakap. Apabila bercakap, mereka akan bercakap dengan suara yang kuat dan lantang supaya apa yang disampaikan berjaya. 

Mereka selalunya buat apa yang mereka katakan. Cakap mereka bukan cakap kosong taw.. akan disusuli dengan tindakan sehingga berjaya.

*sumber: http://tengkubutang.blogspot.com

Wah!! banyaknya.. memang banyak. Ini, baru cikit. Ada 50 rahsia taw.. 

So, wahai sahabat budiman yang bergelar peniaga melayu dan islam seperti SMS.. ayuh!! Kita bangkit dan berusaha menjadi peniaga yang berjaya dan terus berjaya menambah nilai hidup bangsa dan agama kita.

Semak dan audit diri untuk masa depan generasi akan datang.

Sila like dan share sekiranya, sahabat rasa ia memberi manfaat kepada rakan-rakan anda di luar sana. Semoga sahabat Cinta Hati Sakinah sentiasa dipermudahkan segala urusan dan berjaya menjadi insan bertaqwa dunia dan akhirat.

FREE!! TO DOWNLOAD
Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan insan-insan tersayang?
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS untuk:-


FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Shaklee ID : 1168494
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment