Assalamualaikum wbt..
Apa khabar Sahabat Cinta Hati Sakinah?
SMS doakan sahabat sentiasa sihat, ceria dan bahagia di samping insan-insan tersayang.
MUDAH KE KURUS?
Pertama kali, saya nak ucapkan sekalung dan setinggi tahniah kepada mentor saya Master Firdaus yang telah banyak membantu saya untuk KURUS dalam 100 Hari Mencari Cinta Hati Sakinah (Boleh baca DI SINI).
Alhamdulillah..
Perjalanan saya masih lagi berbaki 10 hari. Semoga saya terus istiqamah dalam mencari Cinta-Nya dan Cintaku.
Ada yang tanya saya, mudah ke nak KURUS?
Pada saya amat mudah jika kita tahu caranya. Berbeza saya yang dulu tidak tahu apa-apa dan selalu gagal. Sahabat boleh baca DI SINI dan DI SINI tentang kisah kegagalan saya sebelum ini.
KENAPA SAYA PERLU KURUS?
Ramai yang bertanya kepada saya, kenapa saya nak KURUS? Apa GEMUK nie, TAK BEST ke? Apa kata mereka yang setahun sekali tengok saya?
"Ko, sihat je lah Kin.. buat apa nak KURUS? Nanti aku tak puas nak peluk ko.."
OK.
"Kinah dah ok, lah akak tengok. Tak yah, KURUS. Tak cantik nanti kalau KURUS."
Lagi..
"Bila nak DIET nie? Nampak bulat semacam je. Dah sama besar dengan Kak Nab dah."
dan lagi..
"Anak dah berapa kak?"
Sentap!! Nak nangis, woooo.... saya belum kahwin lagi.
BEST lah sangat..
Actually mereka hanyalah secebis rasa je. Penambah rencah dalam usaha saya untuk kurus.
Kebanyakkan kata-kata manis dan berbisa orang sekeliling lah membuatkan saya nak KURUS. Ia membuatkan saya jadi 'down'. Kadang, rasa rendah diri yang terlalu tinggi. Sampai saya sendiri, malas nak ambil tahu dah. Apa nak jadi.. jadi, lah. Itu sebelum berjumpa dengan Cinta Hati. :-)
Benarlah kata Imam Al-Ghazali:
So, berhati-hati ya sahabat dengan setiap ucapan kita. Saya bersyukur dengan kata-kata mereka lah saya berusaha untuk ubah diri menjadi lebih baik dan nak KURUS untuk hidup yang lebih sihat.
Perkara utama yang membuatkan saya nak KURUS ialah kerana mencari cinta Illahi yang hakiki.
Jika sebelum ini, saya mempunyai sangat banyak masalah diri yang menyukarkan saya nak solat dengan tenang dan kusyuk sebab cepat penat kerana saiz badan bertambah. Saya akan jadi malas sangat nak bergerak. Lebih suka duduk terbaring menternak lemak hari demi hari.
Saya akan cuba lawan perasaan untuk habiskan solat cepat-cepat. Saya nak buat solat extra iaitu solat-solat sunat. Tapi, saya gagal.
Selain itu, bila KURUS.. amat mudah untuk saya bergerak dalam apa jua keadaan dengan aktif dan pantas. Nak beraktiviti sukan lasak pun, tak perlu ragu-ragu dah. Saya sentiasa bertenaga dan bersemangat sekarang berbanding dulu.
Perkara yang sangat-sangat penting, adalah untuk kesihatan diri sendiri. Saya takut di kategorikan penghidap penyakit tiga serangkai (Boleh baca DI SINI) yang merupakan pembunuh utama rakyat Malaysia.
Tambahan, saya memang ada sejarah keluarga. Arwah nenek, pak sedara dan ayah saya meninggal dunia sebab diabetes. Mak saya pun, ada diabetes. Tapi, syukur kepadaNya sebab saya bagi mak makan Shaklee. Banyak sangat perubahan yang berlaku kepada mak. I'm happy. Bila mak sihat :-)
Wanita juga mudah terkena risiko sakit-sakit sendi jika dibiarkan badan semakin membesar.
Ngerinya, bila difikirkan penyakit-penyakit nie semua. Sebab itu saya nak KURUS.
Saya nak amalkan gaya hidup sihat mengikut sunnah Rasulullah SAW..
Bila KURUS dan sihat ni, kita dapat membahagiakan insan-insan tersayang. Mereka tidak perlu susah hati lagi kerana kita selalu mengadu penat dan tak bermaya.
Kalau dah KURUS, mestilah BEST!!
Dapat JIMAT belanja makan.. Tak perlu makan lebih sebab gemuk kan makan banyak..
Dapat pulak JIMAT duit petrol sebab bila badan gemuk, berat pun bertambah.. Muatan kereta jadi lebih slow.. So, pemandu atau saya sendiri terpaksa tekan minyak lebih disebabkan pertambahan bebanan.
Dan yang terakhir, yang sangat heaven. Tak perlu susah hati nak berhabis duit untuk beli baju triple, double size lagi. JIMAT sangat-sangat.
Alhamdulillah :-)
Ni, gambar saya sebelum dan selepas bertemu Cinta Hati.
Seronok, ke KURUS?
Bagi saya, sejujurnya syukur alhamdulillah.. sangat-sangat seronok. Seluar baju semua dah longgar :-)
PESANAN KEPADA SAHABAT CINTA HATI SAKINAH
Selepas ini, SMS harap lebih ramai lagi yang akan mengikut jejak langkah SMS untuk amalkan gaya hidup sihat tanpa GEMUK dengan berilmu.
Sila like dan share sekiranya, ia memberi manfaat kepada rakan-rakan dan keluarga anda di luar sana.
Semoga sahabat semua sentiasa dipermudahkan segala urusan dan berjaya menjadi insan bertaqwa dunia dan akhirat.
Semoga sahabat semua sentiasa dipermudahkan segala urusan dan berjaya menjadi insan bertaqwa dunia dan akhirat.
Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.
"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan insan-insan tersayang?
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Cinta Hati SMS untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Shaklee ID : 1168494
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
No comments:
Post a Comment