Wednesday 17 December 2014

KERANA ARWAH AYAH AKU MULA SEDAR TENTANG KENCING MANIS

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar sahabat Cinta Hati Sakinah? SMS mendoakan semoga sahabat semua sentiasa sihat, bahagia dan berjaya di samping keluarga tersayang serta dilimpahi rahmat dan berkat dariNya.

Aaminn :-)


Hari nie, awan menangis lagi di bumi Kuantan dan mungkin di tempat lain pun berhadapan dengan perkara yang sama. Tapi, kita jangan bersedih mahupun berduka kerana tangisan itu adalah tangisan rahmat dari Allah SWT.

Hujan tetap hujan..

Di kesempatan ini, SMS nak share pengalaman bersama arwah ayah yang menghidap Kencing Manis (Diabetes). Dan mungkin, ada berlaku dalam keluarga kita semua.  SMS yakin.. masih ramai belum tahu dan sedar akan perkara ini.

Ye ke?

Iye.. ramai yang belum tahu dan sedar termasuk lah SMS sendiri suatu masa dahulu.

Cam mana SMS boleh tersedar? Ni, lah yang SMS nak story (boleh baca DI SINI juga).

EMPAT ORANG AHLI KELUARGAKU MENINGGAL DUNIA KERANA DIABETES

Sebelum, saya memulakan kisah.. marilah kita sama-sama sedekahkah Al-Fatihah kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para Nabi-nabi terdahulu, sahabat Rasulullah SAW, para wali, pejuang-pejuang islam dan saudara-mara kita yang telah lama kembali  ke dunia akhirat yang hakiki.



Actually, bukan mudah untuk saya berkongsi pengalaman ini kerana ia melibatkan perkara yang sedih yang mungkin mengundang air mata kembali. Namun.. perasaan serba salah dan berdosa lagi meninggi sekiranya, saya diamkan diri tanpa berkongsi apa yang telah dilalui.

Dalam tempoh dua tahun ini, pelbagai kisah suka, duka, dan pahit yang berlaku dalam keluarga kami. Arwah nenek (ibu emak), arwah tok saudara (belah emak), arwah ayah telah meninggalkan kami semua kerana sakit. Orang kata, sakit tua. Hakikatnya, antara penyakit yang arwah hidapi ialah kencing manis.
Kencing manis (Diabetes)....??
Dan baru-baru ini.. bulan November 2014, pak saudara (adik emak) baru sahaja meninggalkan kami semua kerana kencing manis, dan strok setelah melalui dua kali pembedahan. Saya difahamkan terdapat takungan air di bahagian kepala dan arwah tidak sedarkan diri. Rupanya, dah lama arwah sakit dan kami kurang maklum akan penyakit itu.

Semoga mereka semua di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. InsyaAllah..

Cukup, tragis kan bila kencing manis menjadi punca kematian dalam keluarga kita? Saya tidak merasa ianya suatu yang serius. Sehinggalah ianya, berlaku kepada insan yang paling dekat dengan saya sendiri iaitu arwah ayah.

AKU DIUJI DIKALA AKU DIDUGA 

Tanggal 29 Jun 2014 (Ahad) adalah merupakan sejarah yang paling sedih pada tahun ini dalam hidupku. Kenapa? Kerana ia melibatkan dua perkara dalam satu masa. Saya kehilangan kerja dan juga arwah ayah untuk selama-lamanya.

Saya telah dimaklumkan akan penamatan kontrak kerja sebulan sebelum tarikh (boleh baca DI SINI). Tapi, perkara yang saya tidak sangka ialah akan kehilangan ayah. Ayah pergi dan takkan kembali lagi. Tiada lagi, senyuman mahupun suara dari ayah.


Ini gambar ayah dengan mak dan adik-adik pada tahun 2010
Hari tue, hari ahad.. waktu itu.. jam 5.00pagi. Saya dapat panggilan telefon dari mak. 

Memandangkan, 1 Ramadhan dan juga sahur pertama. Saya sangkakan emak nak kejutkan anak dia bersahur. Sebab, saya kepenatan malam tadi. Baru balik dari rumah untuk hujung minggu uruskan ayah yang sakit. Dalam masa yang sama, saya packing semua barang terakhir di rumah sewa (tak bayar sewa pun sebab duk rumah warden). So, dalam mamai tu tak de fikirkan apa-apa lah. Just tanya emak.. Jam pukul berapa.. dan kenapa?

Mak tanya:
Dah bersahur, belum?

Saya jawap:
Belum.. dah pukul berapa mak?(sambil tengok jam) Kenapa, mak?

Mak tanya lagi:
Barang-barang semua dah kemas?

Saya:
Dah.. cuma belum bawak turun je lagi. Kenapa, mak? (Hati dah lain macam je, nie)

Mak cakap:
Tak pe, lah. Siap-siap lah. Jap lagi, abg rie dengan adik solihin sampai ambil sa dengan barang semua.

Saya:
Kenapa, mak?

Mak:
Ayah dah tak de.(6 tahun lepas.. mak jugak yang telefon, cakap arwah abang saya dah tak de sebab kemalangan jalan raya)

Saya terdiam dan tak tahu nak cakap apa. Kebetulan, malam tu housemate tak de kat rumah. Saya memang keseorangan dan sebak sangat-sangat. Baru siang tadi saya cakap dalam hati.. waktu on the way balik dari rumah:

"Ayah kena cepat-cepat sihat. Tunggu kak sa balik, taw.. Kak sa, ada satu hari je lagi kontrak kerja. Pasni, kak sa akan usahakan rawat ayah. Kak sa, tunggu duit dari company. Nanti, kak sa usahakan untuk sembuhkan kaki ayah. Kaki ayah dah nak baik, tue. Sekejap, je. Petang esok kak sa balik lah. Kita berbuka puasa sama-sama. Kak sa ada urusan lagi kat pejabat."

Dalam sebak..saya cuba cari kekuatan:

"Ya Allah.. Aku rasa tak mampu nak berdiri. Tak mampu nak buat apa-apa di saat ini. Aku cuma memikirkan saat-saat ayah menghembuskan nafas terakhir je. Bagaimana keadaan ayah. Dia keseorangan atau ada adik-adik di sisi.. Kurniakan lah kami kekuatan, Ya Allah. "



Macam-macam saya fikir. Saya kumpulkan kekuatan diri. Saya perlu kuat.. Saya tak boleh, biarkan mak tengok saya menangis. Sebab, saya anak yang kuat dan tabah. SAKINAH perlu kuat demi emak. Sebagai seorang kakak, saya tak boleh tunjukkan yang saya lemah di depan adik-adik.



Alhamdulillah.. bila adik dan abang saya sampai. Saya mampu bertahan.

Hari ni, hari last bekerja dan barang-barang banyak serta saya takkan kembali lagi ke tempat yang banyak mengukir pahit manis dalam kerjaya hidup saya. Saya perlu selesaikan semuanya untuk kali terakhir.

Saya perlu tinggalkan pesanan kepada warden lain dan bersalam-salaman mencari kekuatan diri. Mereka semua pun sangat terkejut. Sebab, mereka tahu kisah perjalanan hidup saya.

Ok, kemudian saya meneruskan perjalanan untuk selesaikan proses penjenazahan ayah di Kuantan. Setelah berbincang, kami sekeluarga akan bawa ayah balik ke Terengganu.

K,lah sahabat.. Entry ni pun, dah cukup panjang. Kita sambung kisah perjalanan arwah ayah dikebumikan di lain waktu ya.

Jangan lupa taw.. nantikan Kisah 3 Jam perjalanan ayah dibawa pulang ke Makam Tok ku Pulau Manis.


Sila like dan share sekiranya, sahabat rasa ia memberi manfaat kepada rakan-rakan anda di luar sana. Semoga sahabat Cinta Hati Sakinah sentiasa dipermudahkan segala urusan dan berjaya menjadi insan bertaqwa dunia dan akhirat.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."

#SEMPENA TAHUN BARU 2015 : REBUT PELUANG PROMOSI HEBAT DAN JIMAT BERGANDA-GANDA UNTUK INSAN-INSAN TERSAYANG TERUTAMA IBU DAN BAPA



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan insan-insan tersayang?
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 
Shaklee ID : 1168494
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

2 comments:

Unknown said...

Semoga terus tabah ye sms :-)

sakinah (SMS) said...

Alhamdulillah. Terima kasih syu iz :-)

Post a Comment