Tuesday 4 November 2014

BIAR BETUL...!! MAHALNYA..CENDOL RM56!!

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar sahabatSMS mendoakan anda semua berada dibawah lindunganNya, diberkati dan bahagia dunia akhirat. 

Hari ni, SMS nak berkongsi satu kisah mengenai seorang Abang Cendol untuk pedoman dan iktibar kepada sahabat semua dan rakan-rakan di luar sana.

Sebelum ni, SMS ada ceritakan mengenai persinggahan SMS ke Pasar Pagi Bandar Kuantan di entry yang lalu. (boleh click di sini, ya)

Di situlah, bermulanya kisah SMS bertemu dengan Abang Cendol nie.. 
Abang Cendol?

Apa yang best pasal abang cendol, nie.. Sampai SMS nak korang semua tahu.. Mesti ada sesuatu.. kalau tak, SMS tak story la pulak kan.. Korang semua pun, ada sesuatu jugak :-)

ABANG CENDOL RM56

Abang Cendol RM56...??

RM LIMA PULUH ENAM (56)..??

Mahalnya, cendol abang nie.. biar betul, SMS? Sedap sangat ke.. sampai sanggup spend duit RM56 untuk rasa cendol abang nie...

Sabar, dulu.. Bukan cendol dia yang RM56. Tapi, alamat abang cendol nie yang RM56. SMS terkejut jugak.. RM56?

Pejam celik, pejam celik SMS punyer mata. Mana lah taw kan.. Dah berjalan-jalan lama kat pasar tadi. Mata cam terkejut tengok barang.. (kalau siapa belum baca kisah SMS pi pasar, boleh baca di sini, ya).. 

Nampak tak alamatnya yang unik..
APA YANG BEST..??
Sebenarnya, SMS duk tunggu adik-adik. Tadi kitorang berpecah, bawak haluan masing-masing.

Sementara menunggu dorang. SMS sembang lah dengan abang cendol nie. Memandangkan customer dia dah tinggal seorang dua.. Kalau tak, selalunya ramai. Tapi, dah nak masuk waktu zohor. So, ramai yang beransur-ansur pulang.

Ni, lah abang cendolnya.
Untuk makluman sahabat semua.. selain cendol, ada juga dijual ABC dan Ais Jagung.

Sembang punyer sembang.. banyak perkara yang SMS belajar dari abang nie.

Nak tahu?? Mestilah nak tahu kan.. 

SMS nak sharing mengenai purata pendapatan abang cendol nie.. Mayb, ada sesetengah kita fikir.. Menjual cendol.. tak de, pendapatan yang tetap. Pastu, berapa sen lah sangat, kan?? Betul, tak..??

Kalau siapa-siapa yang ada berfikir cam nie, SMS mohon.. Mohon sangat-sangat. Tolong ubah pandangan tue.

Sebab..

Apa-apa jenis, perniagaan pasti akan ada keuntungan kalau kita bijak, ada ELMU (Emosi + Ilmu), dan Mentor bersama.

InsyaALLAH :-)

Alhamdulillah..siapa sangka, rezeki dari Allah..

Sehari terjual sebanyak 200 bekas.. Bayangkan, sebulan berapa dia boleh dapat dengan berniaga cendol, ABC dan sebagainya..? Around 10K. Dengan bersumberkan motor, sedikit bekas-bekas asas dan mesin ais + bahan mentah.. Itu tak termasuk lagi, tempahan untuk majlis dan kenduri..

Kalah siapa-siapa yang kerja makan gaji taw.. Keluar pagi, balik malam.. Dapat gaji, akhir bulan tolak hutang..

*Perghh..!! sentap..!! Makan dalam.. (jangan sentap, ya sahabat). Hidup perlu bijak.. kalau dah sentap, buat perubahan yang lebih baik dari hari ini. k?

Yang bagusnya lagi, abang cendol ni.. Dia pemurah.. humble je orangnya.. Tak lokek ilmu.. dia siap nak ajarkan SMS lagi cara nak buat cendol untuk berniaga..

SMS cakap,

"tak pe bang.. saya, pun berniaga.."

tapi, SMS amik je la resepi.. Ilmu kalau orang memberi.. jangan di tolak.. Gunakan sebaik-baiknya.. 

Haa...

Sahabat-sahabat semua boleh mencuba ya kalau datang ke pasar pagi nie..

SEDAP..!!

Hari Ahad di Pasar Pagi/ Tani Bandar Kuantan.. Hari-hari lain, merata-rata lah abang nie.. Nak buat kenduri.. Apa-apa majlis, pun boleh contact abang nie. Siap ada discount lagi katanya. Abang ni, berniaga dengan seorang lagi mentor dia. Mentor dia Advance lagi, guna lori.. Berniaga makanan.. Pun boleh, order sebagaimana tertera di bawah:

    MGS OMAR CENDOL : 016- 961 9176    

Semoga abang cendol ni, sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.. InsyaAllah..

*TIPS MURAH REZEKI:

1) Memberi dan memberi sebagaimana nasihat Dr. Azizan Osman;


"You can have anything you WANT in life if you will help enough other people get what they WANT!"

2) Bersedekahlah/ berzakat sebahagian dari hartamu.. Kerana rezeki ini, bukan milik kita yang mutlak. Ia perlu dikongsi bersama mereka yang memerlukan.

3) Jangan lupa tunaikan Solat Dhuha, pembuka pintu rezeki dalam mencari keberkatan. Kita amat bertuah sebab ini kelebihan kita sebagai umat islam.. Allah SWT sayangkan hamba-hamba yang sentiasa ingat kepadaNya. Kalau kita lupa DIA, cam mana nak dimurahkan rezeki. (Sahabat boleh baca di sini, ya untuk kisah Terima Kasih Dhuha).

Sekiranya, sahabat rasa ia memberi manfaat kepada rakan-rakan anda di luar sana. Silalah LIKE dan SHARE, ya. Semoga sahabat Cinta Hati Sakinah sentiasa dipermudahkan segala urusan dan berjaya menjadi insan bertaqwa dunia dan akhirat.


Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.


"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."


FREE TO DOWNLOAD
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan insan-insan tersayang?
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 
Shaklee ID : 1168494
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

5 comments:

sakinah (SMS) said...

Assalamualaikum, sahabat SMS..
Hari ni, SMS nak berkongsi satu kisah mengenai seorang Abang Cendol untuk pedoman dan iktibar kepada sahabat semua dan rakan-rakan di luar sana.
Sekian, wassalam.

Tuesday Night Workout said...

Alhamdulillah jika kita mudahkan urusan orang lain urusan kita juga akan dipermudahkan insya Allah

Unknown said...

Ingtkn hrga tu rm56 ..huhuhu..

Noor Aziemah said...

menariklah kisah abang cendol RM56 ni. Ingatkan cendolnya berharga RM56. great shraing kak kinah. nanti kenduri kahwin boleh la jemput abang cendol rm56 ni hehe

sakinah (SMS) said...

Assalamualaikum dan selamat malam sahabat cinta Hati Sakinah. Thanks, ye semua. Sebab masih setia bersama SMS. Dan terima kasih, juga atas sokongan yang tidak putus dari anda semua. Aziemah.. doa2, kan lah akk cpt2 khwn :-). hahaha.. ada2 je lah kamu nie. apa2 pun, mudah2an doa kamu itu termakbul :-)

Syu iz.. memang terkejut pun tengok adress abg cendol nie. cam tak caya. Kalau abg ni, namakan cendol RM56.. Mesti lagi famous.

Sifu Faizalfairuz..InsyaAllah. semoga urusan mereka dipemudahkan dan insyaAllah kita akan menyusul bersama-sama.

Terima kasih, sekali lagi ya sahabat seperjuangan. Anda semua sangat hebat!! :-)

Post a Comment