Saturday 6 August 2016

MANA NAK CARI SARANG BUNGA TELUR CAM NIE ?!

Tak ingat dari blog mana kinah dapat foto nie.
Sebab dah lama search.
Assalamualaikum wbt..

Saya doakan semoga anda semua sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, berbahagia selalu di samping keluarga tercinta.

Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. InsyaAllah.

Ok, sharing kali  nie just simple entry.

MENCARI SARANG TELUR ANTIK

Actually Kinah dah lama tercari-cari benda alah nie.

Kinah nak bertanya kepada pembaca dan mengharapkan ada lah jawapan.

Siapa tahu dan pernah tengok sarang telur colorful cam kat bawah nie?

Kalau ada sesiapa di antara pembaca blog Kinah yang ada menjual, atau tahu di mana boleh dapat sarang telur antik ni boleh contact Kinah, ye (019-9164276).

Credit to fiza-sham.
Credit to kameq Deanna.
Credit to Telur Pindang Johor.
Haa.. pernah tengok?

Hope dapat lah sarang telur antik colorful ni, sebelum November.

InsyaAllah tiada aral melintang Kinah akan buat majlis kesyukuran hujung tahun nie.

Sarung antik ni sangat nostalgia kat siapa yang pernah dapat masa zaman kecik-kecik dulu.

Kinah ingat lagi, kami adik-beradik paling excited bila dapat telur kahwin. Dah lah colorful, macam unik je.

Sekarang susah nak jumpa dah taw.

Baru ni pun, kinah pergi ke Cowboy Kuantan tengok barang pengantin.. semua dah canggih. Dah moden.

Ada macam-macam design.

Dari murah kepada mahal.

Dari simple kepada exclusive. 

Letak gula-gula. Tak muat nak letak telur.
Ok, peace !!

Paperbeg berlambak-lambak.
Yang ni, mostly orang letak cookies atau kekacang colorful.
Bila si adik bergambar. dengan kotak pilihan dia.

Pilih je nak yang mana, semua ada kecuali yang macam kat atas tadi.

So, Kinah harap sangat kepada anda. Kalau tahu, inform Kinah ye.

Kinah ada jugak search.. Then, terjumpa sharing pasal sarung antik ni di 3 link nie (Kameq Deanna, Telur Pindang Johor dan Fiza sham.

Tapi, tak tahu kat mana. Huhuhu..

Ada lagi ke jual? Itu persoalannya.

Kalau ada.. adakah harganya seperti dulu atau dah berlipat-kali ganda sebab value nya yang antik.

Papepun, tak kisah. Let me know kalau ada maklumat pasal sarang telur nostalgia nie.

Ok.

Kerjasama dan pertolongan sahabat pembaca blog amat lah kinah hargai. (Chewah! dah macam menulis surat rasmi pulak. Hehehe..)

UPDATE 27 NOVEMBER 2019

Alhamdulillah, one of our readers (En.Nazri, from KL) contact me, dan kongsikan beliau jumpa sarang bunga telur ni kat Nilai 3. Cuma yang ada color gold sahaja.

Jika berminat, anda boleh hubungi contact seperti dalam bisnes card ni ye.

RM7.60 untuk 100 keping per bungkusan.
For details contact En. Nazmi.


JOM ! BUAT DUIT-DUIT HARI DENGAN KURSUS MOBILE SPA TERENDAH DI PASARAN.
WHATSAPP : 019-9164276 UNTUK DETAILS PENDAFTARAN KURSUS MOBILE SPA ANDA.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.



"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment