Social Icons

Wednesday, 3 August 2016

ROKOK JAHAT PENYEBAB KENCING MANIS DAN KEMATIAN AYAHKU

Assalamualaikum wbt..

Saya mendoakan semoga sahabat sakinahms.blogspot.my sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berbahagia selalu.

KISAH 2 TAHUN LEPAS

Hari ni, saya nak kongsikan pengalaman 2 tahun lepas daripada seorang anak yang saya rasa cukup terinsaf.

Kisah bermula,

Aku adik-beradik diuji dengan kaki ayah yang tak sembuh-sembuh dari luka semasa pi kebun.

Cerita ni agak panjang, aku harap korang tak bosan dan bersabar untuk menghabiskan bacaan ini.

Bermula dari luka itu, ayah disahkan diabetes dan ianya berlaku dalam masa yang amat singkat.

Dalam 2 minggu sahaja bila kawan emak telefon memaklumkan keadaan ayah kepada kami.

Ayah melarang dorang menelefon emak.

Emak ada dengan kitorang kat rumah Kuantan.

Masa tu, ayah balik Terengganu untuk tengok ladang dan kebunnya.

Jadi, ayah memang duduk sorang-sorang sana.

Aku lah yang hantar ayah balik 2 bulan sebelum ayah sakit.

Kebetulan jiran kami baru je meninggal. Aku tengah cuti. Aku pun balik sekali untuk ziarah. Ayah cakap, ayah nak stay sini tengok kebun.

Aku akur.

Masa tue,

Aku kerja kat Terengganu. Jarak rumah ayah dengan tempat kerja aku pada waktu itu agak jauh (ambil masa 2 ke 3 jam) yang terletak jauh dalam ladang kelapa sawit.

Aku perlu melalui highway untuk balik ke rumah ayah.

Hujung minggu aku selalu balik ke rumah di Kuantan.

Nakal-nakal aku, aku ingat jugak ayah sorang diri kat sana, aku pun telefon bertanyakan khabar.

"Ayah kalau nak balik Kuantan,gitaw lah."

Aku cakap, aku akan ambil ayah.

Tapi, sedihnya.. ayah tak nak balik. Ayah cakap pokok-pokok tengah nak membesar. Nanti nak balik, ayah akan telefon.

Ok.

Begitulah setiap kali aku nak balik ke Kuantan, mesti akanku telefon tanya. Namun hampa.

Bila tanya ayah sihat ke? Ayah cakap sihat.

Cuma ada satu hari ayah cakap, kaki sakit. Aku rasa tak sedap hati dah. Rasa lain macam je detik hati nie.

Pastu ayah cakap, tak pe nanti baik lah. Luka sikit je nie. Tapi, ayah tak explain luka cam mana.

Ayah cakap, ayah ok.

Kebetulan aku nak cuti panjang, menghabiskan cuti tahunan. Nanti rugi. Company tempat aku kerja ni, pelik sikit. Kami tak leh carry forward cuti. Kebajikan kurang terbela.

Aku col lagi ayah ajak balik. Tapi, ayah tetap belum bersedia.

Sebagai seorang anak, aku faham.. ayah memang takkan balik Kuantan selagi kerja-kerjanya tak selesai.

Selepas seminggu bercuti, aku telefon lagi ayah untuk bertanya khabar dan mintak tolong ayah buatkan solat hajat. Sebab aku sedang membuat rayuan sambung kontrak kerja.

Aku dapat surat cinta penamatan kontrak secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab.

Ok, aku tak mahu cerita pasal politik kerja nie. Sampai bila takkan habis.

Pastu ayah cakap, ayah akan doakan. Tapi, ayah tak boleh solat hajat sebab kaki ayah sakit.

Aku rasa lain macam sangat-sangat bila ayah cakap tak boleh solat hajat. Aku pelik..

Masa tu, aku fikir. Mesti kaki ayah teruk, Sampai tak boleh solat, bermakna ayah tak boleh berdiri.

Tapi..

Ayah cakap, ayah ok. Kaki je, sakit sikit. Nanti baiklah. Ayat yang sama..

Beberapa hari kemudian, emak dapat panggilan telefon dari kawan kat kampung yang menyuruh kami datang ambil ayah segera, walau dengan macam mana pun.

Aku terkejut bila dengar cerita sebenar yang kaki ayah dah teruk. Dah nak kena potong.

"Astaqfirullah al azim.." istiqfar aku bila mendengarnya. Hati ni, fikir macam-macam. Sampai hati ayah tak cakap perkara yang betul.

Dalam sekelip mata. Luka merebak dari tumit ke bahagian atas kaki.

Kata mak cik tue,

Biarlah ayah marah ke apa ke. Datang je. Sebab, dorang semua dah nasihatkan ayah. Tapi ayah tak dengar. Ayah degil tak mahu telefon anak-anaknya.

Aku rasa sangat tak berguna sebagai seorang anak.

Biarkan ayah sorang-sorang sakit kat sana sampai tak boleh berjalan. Orang lain pulak yang tengokkan ayah.

Malu.. macam-macam ada.

On the spot pagi tu, jugak aku start enjin kereta, drift gerak ke Terengganu ambil ayah dengan emak dan adik lelaki sebab abang-abang semua kerja.

Aku je yang available. Risau jugak ayah tak mahu ikut balik. Mengamuk ke apa, kan.

Sebelum ni, abang aku dah nak pi ambil. Ayah aku marah. Tak sampai rumah pun lagi. Dah kena halang. Ayah cakap tak yah datang.

Kami sampai tengah hari kat sana. Orang kampung pun mai tolong.

Hati sebak tapi aku masih mampu bertahan.

Aku kena cekal dan kuat sebab aku yang drive kereta. Tak boleh ikut perasaan sangat nanti lain yang jadi.

Ikutkan hati memang aku lemah melihat keadaan ayah saat tue.

Namun Allah yang tahu hati ni cam mana.

Aku tak boleh bawak kereta laju-laju, nanti ayah sakit bila kaki terhentak.

Dengan keadaan keretaku yang bersaiz kecik agak menyukarkan ayah duduk selesa.

Aku telefon abang mintak dia habiskan kerja cepat dan kami berjanji untuk berjumpa di Marang untuk tukar ayah masuk kereta yang lebih besar dan selesa.

Nanti, Ayah boleh baring.

Tapi, ayah tak mahu beralih tukar kereta sampai lah ke Kuantan.

Kami sampai lewat malam, guna jalan pantai.

Sepanjang perjalanan memang sangat menguji kesabaran dan ketaatan sebagai seorang anak.

Memikirkan ayah yang belum makan, kena cari makanan yang sesuai dengan ayah.

Ayah kerap sangat kencing. Pergerakkan ayah yang terbatas lagi menyukarkan kami. Nasib baik bawak adik lelaki.

Dia lah yang papah ayah ke toilet.

Setiap langkah kaki mesti meninggalkan kesan darah yang berketul-ketul. Macam tapak kaki tercabut. terkedut aku.

Ini pertama kali aku menjaga pesakit kencing manis dalam kamus hidup.

Sementara menunggu ayah selesai aku google cari info pemakanan, penjagaan pesakit, punca dan risiko, semua aku cari. Risau.. hati mana tak risau.

Punca yang jelas dan nyata selepas diselidik tak lain dan tak bukan kerana ROKOK. ROKOK MEMANG JAHAT !

Aku tak tipu. ROKOK tak pernah baik. 

Siapa cakap ROKOK baik? Gitaw aku.. nak jugak aku dengar baiknya.

Bagi aku, ROKOK JAHAT.

Membazir, membakar duit, membuang duit. Membunuh nyawa orang sekeliling tanpa sedar. Membunuh diri sendiri tanpa sedar.

Setibanya di rumah, aku pass kan ayah kepada abang-abang dan adik yang lain.

Jadi aku masuk ke dalam rumah agak lambat sikit.

20 minit kemudian,

Baru je nak berehat hilangkan penat, ayah memanggil di pembaringannya.

Aku sebenarnya cuba elak ayah panggil sebab tahu apa yang ayah nak. Dari dalam kereta lagi ayah duk sebut pasal ROKOK.

Ayah cakap, dah seharian tak sentuh ubat ayah. Ubat tu maknanya ROKOK pada ayah.

Aku tak bagi. Aku sorok.

Aku dah pesan kat adik-adik jangan bagi ayah hisap benda HARAM tue.

Kalau ayah mintak pi beli ke, tak yah.

Aku tewas jua,

Aku hilang sabar, aku insan lemah. Insan lemah yang tetap rapuh bila dipujuk rayu oleh insan yang kita sayang dalam keadaan mereka kesakitan dan tidak berdaya menguruskan diri.

Aku tertinggi suara kepada ayah. Empangan yang cuba ditahan akhirnya pecah jua.

Aku marah ayah. Aku cakap,

"Ayah tak serik lagi ke?

ROKOK tu, dah makan diri ayah.

Dalam keadaan macam ni, ayah nak MEROKOK lagi?

Tolong lah ayah.. kali ni, je kita (kata ganti diri aku bila berbahasa dengan family) rayu.

Tolong dengar cakap kita nie.

Kali ni, je. Kita jaga ayah sampai ayah sembuh.

Kalau ayah nak jugak ROKOK nie, tak pe.

Kita tak nak ambil tahu dah. Tak yah buat pape dah.

Biar je ayah sakit.."

Pastu aku meraung dan menangis.

Semua tergamam.. terdiam. Abang aku yang baru masuk terkejut tak pernah-pernah aku jadi macam nie. 

Then, ayah diam. Ayah akur dengan rayuan anak perempuan dia nie.

Ayah tak mintak sampai ke sudah.

Aku pulak susah hati.

Sebab dah lewat malam. Kedai semua dah tututp.

So, esok je lah pi shopping barang keperluan ayah.

Keesokkannya,

Aku ganti ROKOK dengan buah epal. Aku pesan kat adik-adik kalau ayah mintak ROKOK, bagi epal.

Epal je yang aku terfikir masa tue sementara jumpa penawar ayah.

Tukar makanan kepada yang Indeks Glisemik (GI) paling rendah. Beli Kits untuk check bacaan gula. Supaya dapat pantau dari semasa ke semasa.

Bersihkan luka ayah dan macam-macam.

Abangku dah order suplemen online. Tapi, ambil masa 3 hari untuk sampai. Semua berusaha untuk rawat dan jaga ayah.

Kalau ada tetamu mai melawat aku dah pesan siap-siap, jangan bagi dorang MEROKOK depan ayah. Nak MEROKOK kat luar rumah.

Aku tahu adik-beradik semua sayangkan ayah.

Ayah demam.. tak de selera nak makan. Aku makin susah hati.

Aku pulak dah lah gaji kena tahan. Dah kata tadi, ditamatkan kontrak. Politik kerja kan.

Dah nak buang pekerja. Buat apa lah dorang pi tahan gaji. Bagi je lah. 

Duit dah hampir habis. Aku baru setahun bekerja dengan company nie. Jadi saving tak besar mana pun waktu tue. Banyak belanja untuk family dan hutang-piutang.

Masa tu memang struggle.

Kat depan family aku kena kuat. Tinggal jauh-jauh masalah kerja. Jaga ayah sebaik-baiknya.

Bila balik bekerja, aku dah tak dapat fokus sebab sah-sah aku tunggu masa je kena tendang keluar. Dorang dah bagi dateline.

Aku fikir ayah kat rumah je.

Macam mana lagi nak rawat dan pulihkan ayah. Saban hari, keadaan ayah makin lemah. Dah bawak ke hospital. Doktor nak operate. Emak tak bagi. Sebab emak dah dapat rasa hayat ayah dah tak lama.

Emak tak bagitaw kat anak-anak.

Bacaan gula ayah pun tak turun.

Setiap masa ayah akan panggil aku kalau aku ada di rumah. Mintak check kan gula nya. Tak mahu orang lain. Sedih melihat keadaan ayah yang semakin kurus dan susut.

Sehingga lah hari akhir sebelum ayah menghembuskan nafasnya. Aku balik ke tempat kerja. Aku tak tahu itu hari akhir aku dengan ayah.

Aku cium dan kucup dahinya. Aku mintak maaf sebab masa terlalu singkat menjaga ayah. Aku keluar cari barang-barang ayah sebagai bekalan sepanjang aku tak de. Balik je, kemas-kemas barang untuk pulang ke Terengganu semula.

Ayah tengah tidur.

Ayah terjaga. Ayah tanya nak kemana.  Aku cakap nak balik. Hati kecil ni sebak. Adik-adik tak bagi aku balik. Emak pun sama.

Emak suruh bertolak pagi esok selepas bersahur. Memandangkan esok 1 Ramadhan.

Tapi, aku dah berfikir rasionalnya kalau balik esok nanti tak sempat nak balik berbuka puasa denagn family. Aku akan lebih penat. Lagi bahaya nak drive. Barang-barang kat rumah sewa belum siap packing.

Aku dah nak kena halau keluar esok jugak.

Kalau balik petang, malam ni aku ada masa untuk berkemas semua barang. Punggah barang siap-siap. Lepas kerja terus gerak balik Kuantan.

Rasa macam tak berbaloi masuk kerja untuk sehari. Namun aku tiada pilihan. Demi menuntut gaji yang masih dibekukan. Aku tetap kena melapor diri di hari terakhir perkhidmatan.

Kalau tak mana aku nak survive, nak rawat ayah. Kalau pihak company buat kerja giller. Dorang jadikan alasan aku ponteng ni sebagai hukuman yang tak rasional.

Orang lain buat salah macam-macam. Tapi, bila aku terbuat salah di saat macam nie. Anything can be happend. Siapa tahu, jika ujian Allah itu Maha Hebat. Aku pasrah..

Memang aku pasrah, sepasrahnya.

Impian berbuka puasa dengan ayah, melihat ayah sembuh dan kembali berjalan macam biasa sudah pudar.

Ayah hembuskan nafas akhirnya di tengah malam, ketika aku di sini.

Aku mendapat khabar jam 5 pagi. Selepas emak telefon kejutkan bersahur dan tunggu abang datang ambil.

Abang dah nak sampai jap lagi. Emak tak telefon terus, risau aku gerak sendiri balik Kuantan.

Jalan jabor bahaya bergerak sorang-sorang tengah malam.

Mana tahu aku buat kerja giller. (Memang aku akan buat kerja giller tue pun. Kalau emak telefon tengah malam).

Aku terkedu dan terduduk.

"Allah takkan uji hambaNya di luar kemampuan kita..."

Itu lah kekuatan aku di kala lemah dan tak berdaya. Aku tak boleh menangis. Aku kena kuat sebab adik-adik, emak perlukan aku.

Maka aku  kena redha walau bagaimana pun keadaan ayah pergi.

Ayah MEROKOK sejak muda lagi.

ROKOK tu dah makan diri ayah sehingga merosakkan paru-paru ayah. Sebab tu, doktor nak operate. Emak tak bagi.

Nasihat aku kepada mereka di luar sana, kawan-kawan, kenalan, saudara-mara yang mengenaliku.. jika anda seorang PEROKOK TEGAR atau baru nak kenal ROKOK, tolong lah berhenti.

Berusaha untuk berhenti sedut benda HARAM tue.

Aku dah jumpa penawar orang nak berhenti MEROKOK.

Ia akan memberikan rasa pahit kepada peminumnya (feedback dari pengguna). Dan lama-kelamaan dia mudah untuk berhenti.

Dorang sebenarnya susah nak stop sebab ketagih. Itu yang sehari wajib sekotak paling sikit.

Jika anda sayangkan diri, tak mahu jadi macam arwah ayahku, anda sayangkan keluarga anda.. tolong lah berhenti.

Berdoa, mintak dengan Allah semoga dipermudahkan.

Aku jumpa Penawar Berhenti MEROKOK dan Kencing Manis ni selepas ayah dah tak de.

Sekarang, emak ada kencing manis. Alhamdulillah bacaan emak dah kembali normal selepas bacaan pertamanya 30.0mmol/L.

Now! 4.7momol/L selepas minum Vivix.

Ini bacaan untuk tahun 2016.
Aku dah cuba berikan penawar yang bagi kat ayah kepada emak, tapi tetap tak berhasil.

Kencing manis ni, ada 3 jenis punca. So, kita kena kenali punca baru mudah nak merawat. (Baca di sini 3 punca utama kencing manis)

InsyaAllah."

Kalau anda nak VIVIX untuk berhenti MEROKOK atau nak suami, abang, ayah atau sesiapa sahaja yang anda sayang kembali sembuh.. boleh hubungi terus di talian 019-9164276. WhatsApp atau Telegram, SMS, Call pun boleh.


Saya akan bantu anda.

Sebab saya faham cam mana rasanya.

Saya dah jumpa ramai PEROKOK TEGAR endingnya kanser, kencing manis, kena operate dan macam-macam. Boleh baca jugak kisah pengakuan seorang anak yang ingin ayahnya bebas ROKOK (di sini).


Ada yang tak sempat bertaubat pun.

Anda tak percaya tak pe. Yakinlah dengan Allah. Mohon pertunjuk dan pertolongan dariNya.

Saya doakan semoga usaha anda dipermudahkan.

Al-fatihah untuk arwah ayah dan mereka yang telah meninggalkan kita semua di alam fana yang sementara ini.

Sila LIKE & SHARE jika anda rasa perkongsian saya ini bermanfaat kepada mereka diluar sana.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.


"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

Apa Komen Anda

Google+ Followers

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Kepakaran Saya:

Memberi khidmat kesihatan menyeluruh berasaskan amalan produk semulajadi, selamat & halal dengan keizinan Allah SWT. Setiap langganan vitamin dari kami, anda layak mendapat :-
- Jadual Makan Vitamin
- Konsultansi Percuma berterusan
- Jemputan ke group facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee
Whatsapp/ Telegram :- 019-916 4276
Emel : sakinahmatsaid@gmail.com

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfa Technologies. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared by Zulfa Technologies