Wednesday 24 August 2016

KULIT WAJAHKU BERJERAGAT : CARA MENJAGA DAN MERAWAT KULIT WAJAH MENGGUNAKAN SET NUTRIWHITE SHAKLEE

Assalamualaikum dan salam bahagia kepada semua pembaca blog sakinahms.blogspot.my

MALU & RENDAH DIRI 

Hari ni, saya nak kongsikan dengan anda bagaimana kulit wajah saya jadi berjeragat dan sangat sensitive.

Yang penting, apa rawatan yang saya gunakan untuk atasi masalah ini.

Mesti ramai jugak di kalangan kita-kita terutama wanita, ada masalah yang sama macam saya kan?

Nasihat saya, banyak-banyakkan bersabar dan berusaha. Usah give up atau malu walau apa pun orang kata pada kita.

Memang agak sedih dan rasa rendah diri bila berjumpa dengan kawan-kawan, saudara-mara bila mana mereka menegur keadaan kulit muka kita yang sangat teruk tanpa berselindung atau berlapik. (Dalam seribu adalah sorang yang macam nie).

Lagi rendah diri, bila pasangan kita seorang yang segak rupa parasnya.

Memang si dia akan kata tidak kisah. Namun hati kita rasa malu. Malu untuk bersosial. Malu keluar berdua dengan si dia.

Pernah sekali, berbulan-bulan muka saya jadi merah, berjerawat dah macam kena ruam.

Masa tu, musim kemarau. Suhu panas..

Asal tengah hari je, muka jadi gatal-gatal.

Al-maklum lah muka saya ni, jenis sensitive tak bertempat. Huhuhu.

Kulit muka berjeragat itu boleh di cover dengan bedak, foundation ke...

Tapi, saya bukan suka menepek bedak tebal-tebal cam tue.

Masa muda-mudi remaja dulu, ye lah. Itu pun, setakat krim muka siang.

Dah nak masuk 30-an ni, dah mula kenal dan tahu kesilapan diri.. saya dah tak pandang barang kosmetik.

Jadi trauma. insaf :-)

Sekarang, lebih kepada proses merawat. memulih dan menjaga.

Cam mana muka boleh berjeragat & sensitive?

Salah satu puncanya, sebab saya selalu terdedah kepada sinaran cahaya matahari. Keluar tanpa pakai sebarang protection.

Bajet macam cun, lah konon-konon nya.

Neutral beuty lah, sangat sakinah nie. Hahaha.

Maka..

Muka selalu sunburn. Pakai tudung tak perasan.

Bila bukak, jelas ketara muka macam pakai topeng. Huhuhu.

Pastu sibuk nak cari pencerah muka, brand s*** pulak, bila kawan cakap ok. Murah dan gebu je.

Perasaan mencuba tu sentiasa ada selagi mampu.

Memang kulit cerah.. berkesan.

Tapi... terasa kulit muka menipis. Asal kena matahari je, jadi tak tahan.

Muka jadi makin sensitive. Sangat-sangat sensitive.

Saya dari kecik memang ada masalah kulit. Bila jadi macam ni, lagi lah teruk jadinya.

Then, tukar macam-macam produk. Dari yang murah kepada yang semakin mahal.

Last, saya guna B******** around RM500++ sebulan untuk satu set. Bertahan untuk 1-2 bulan/set (tengok pada kekerapan kita pakai).

Masa tu, muka sunburn teruk selepas balik dari berkursus kat Port Dickson.

Merah menggelupas kehitaman. Macam tersalah guna produk pulak. Malu sangat-sangat taw.

Pergi jumpa doktor, pun tak pulih jugak. Saya hampir buat Skin Peeling Treatment kat private clinic.

Pakar kulit kata, ini je jalan akhir saya. Nasib baik, tak jadi sebab takut makin teruk.

Ambil suplemen G*** *****, madu, bird nest, buah-buahan herba. Tak jalan jugak.

Itu yang gagahkan jugak guna B******** . Kebetulan ada promosi, Rembat untuk 6 bulan terus.

Alhamdulillah berhasil untuk merawat. Tapi, saya was-was dengan bahan-bahannya.

Saya stop. Sempat lah jugak pakai untuk 5 bulan. 

Then, tak pakai apa-apa kecuali untuk pulihkan keadaan muka yang sedia ada ni haa.

Kadang jealous taw tengok muka orang lain, elok cantik, gebu, tanpa masalah.

(Aisshhh...!! Sakinah tak baik jealous. Nampak macam tak bersyukur pulak kan. Selalu pujuk hati camni, supaya tak kufur nikmat.)

Sehingga lah berjumpa dengan Set Nutriwhite Shaklee yang lengkap untuk membantu masalah kulit jeragat, sensitive, kadang berminyak, kadang kering, tak menentu masa.

Set Penjagaan Wajah Nutriwhite Shaklee :

Ok, set lengkap penjagaan wajah Shaklee ada dua. Iaitu Nutriwhite dan Effesule.

Tapi, hari ni saya nak sentuh pasa Nutriwhite je. Senarainya seperti di bawah :

1. Nutriwhite Daily Defense Whitening Essence
2. Nutriwhite Gentle Action Make-Up Remover
3. Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser
4. Nutriwhite Overnight Renewal Whitening Cream
5. Nutriwhite Soothing Radiance Whitening Softener 
6. Nutriwhite Spot Whitening Treatment
7. Nutriwhite Ultimate Protection Whitening Lotion


Set lengkap Nutriwhite Shaklee
Saya dah gunakannya hampir setahun.

Sangat jimat dan yang penting ramuannya dari tumbuh-tumbuhan herba yang didapati dari 16 buah negara-negara terpilih.

Saya serik nak pakai produk yang ada chemical taw. Side effect diri sendiri yang tanggung.

Set Nutriwhite ni berfungsi untuk mencerahkan kulit, mengurangkan tompok-tompok hitam dan menambahkan keserian wajah.

Ia kombinasi nutrient-nutrient esklusif yang dikenali sebagai White N-16 (patent pending) dan mempunyai Vitamin C aktif serta pati likuoris.

Menarik, kan...

Kat bawah ni, saya kongsikan cam mana nak gunakan Set Nutriwhite Shaklee.

Penggunaan Set Nutriwhite Shaklee  (Siang) :

Step 1 - Nutriwhite Gentle Action Make-Up Remover (NGAMR)

#150ml
*Menjadikan kulit anda licin, lembut, tidak berminyak dan lebih berseriNGAMR bukan hanya untuk membersihkan kesan make-up semata-mata. Tapi, ia berfungsi secara keseluruhan bagi menanggalkan kesan kotoran dan debu sepanjang hari.

*Selalu saya guna sebaik bangkit dari tidur sebelum menggunakan Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser. Gunakan untuk permulaan hari anda dan sebelum masuk tidur di malam harinya. Picitkan sedikit pada jari dan urutkan pada permukaan kulit yang kering. Tak perlu dibasahkan. Kemudian basuh dengan air suam.

*Ia sangat sesuai buat sesiapa yang ada masalah lingkaran di bawah mataRamuannya kaya dengan tunas Pokok Bic yang bertindak untuk menghilangkan sel kulit mati dengan lembut tanpa merengsa atau meninggalkan kesanTerasa segar, sejuk je.. sebab NGAMR ni mengandungi Aloe Vera yang bagi rasa relax dan menegangkan kulit.

Step 2 - Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser (NGDFC)

#150ml
*NGDFC mengandungi ekstrak rumpai laut yang berfungsi untuk menghilangkan kekotoran seharian, membuang sel-sel mati dan menegangkan kulitKaya dengan bahan pelembap seperti kacang soya yang dapat menyeimbangkan kesihatan dan kelembapan kulitBahan-bahan lain adalah Alga hijau untuk menyahtoksin dan melembapkan kulit juga. Manakala Strawberi Begonia berperanan untuk membantu pencerahan dan menyeimbangkan pigmentasi. 

*NGDFC boleh digunakan dua kali sehari (selepas menggunakan NGAMR). Sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam. Selalu saya akan guna 4-5 kali sehari (sebelum ambil wudhuk). Cara guna, urutkan pada kulit yang basah dan bersihkan dengan air suam.

Step 3 - Nutriwhite Soothing Radiance Whitening Softener(NSRWS)
#150ml
*NSRWS Menjadikan kulit lebih menenangkan dan membaikpulih keseimbangan pH kulit. Jangan risau, NSRWS tidak mengandungi alkohol dan bertindak untuk melembutkan kulit tanpa mengeringkan. Terdapat juga Rosemari yang membantu menyegar dan menganjalkan kulit. Kudzu pula menegangkan dan mencerahkan kulit wajah anda. Marshmallow untuk melembapkan kulit.

*NSRWS boleh digunakan 2 kali sehari selepas membersihkan muka. Ia berfungsi sebagai toner (penyegar). Tuangkan sedikit atas kapas. Tapi, saya lebih suka galakkan anda terus tuang ke atas tapak tangan yang bersih supaya tidak membazir. At least tangan kita pun akan dapat khasiatnya berbanding di kapas. Tekapkan pada muka dan leher. Dikuti dengan Nutriwhite Daily Defense Whitening Essence. 


Step 4 - Nutriwhite Daily Defense Whitening Essence (NDDWE)


#30ml
*NDDWE berfungsi untuk melicin dan melembutkan serta menambah seri wajah.

*NDDWE diformulasikan dengan Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit, Strawberi Begonia untuk menyeimbangkan pigment, Kacang Soya untuk melembutkan dan mengurangkan tompok-tompok hitam, Mulberi untuk mencegah dari kerosakkan akibat cahaya matahari. Dan turut ditambah Vitamin C aktif bagi memperbaiki kulit serta mengembalikan seri wajah.

*Pakai dua kali sehari selepas menggunakan NSRWS, sapu rata di kulit wajah dan leher. Kemudian diikuti dengan Nutriwhite Spot Whitening Treatment (NSWT).


Step 5 - Nutriwhite Spot Whitening Treatment (NSWT)

#10ml
*NSWT memperbaiki kesan-kesan sinaran matahari dan jeragat pada kulit dengan cepat. Vitamin C aktif memberikan kecerahan yang baru dan menghaluskan raut wajah. Pati Likuoris dan Peony memberikan kuasa pencerahan botani yang bernilai tinggi untuk mencerahkan, melindungi dan menghilangkan radang kulit. Manakala Cats Claw menegangkan kulit.

*Gunakan NSWT mengikut keperluan, sekali atau dua kali sehari selepas menggunakan NDDWE. Sapukan sedikit di bahagian kulit yang gelap dengan lembut.

Perhatian : Elakkan  terkena cahaya matahari selepas menggunakannya. Mesti digunakan bersama Nutriwhite Ultimate Protection Whitening Lotion spf 15.


Step 6 - Nutriwhite Ultimate Protection Whitening Lotion (NUPWL) SPF 15

#50ml
*NUPWL mempunyai ramuan Mulberi yang berfungsi untuk mencegah kerosakan kulit dan Mountain Arnica membantu menghilangkan keradangan kulit. Ia bertindak sebagai pelembap semua sudut bagi melindungi anda daripada kesan-kesan cahaya matahari yang memudaratkan dan membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran.

*Kiranya NUPWL ni merupakan langkah akhir dan terpenting untuk protection kulit di siang hari dengan SPF 15. 

*Anda hanya perlu ratakan secara lembut ke bahagian muka dan leher menghala ke atas, elakkan dari terkena mata.

Ok, dah settle siang.. malam pun kulit nak rest dan kekal cantik kan.

So, kat bawah ni caranya untuk penjagaan wajah di malam hari :

Ulang step 1 hingga 5 di siang hari tadi seperti biasa.

Cuma yang membezakan adalah step ke enam.

Step 6 - Nutriwhite Overnight Renewal Whitening Cream (NORWC)

#48g
*NORWC terdiri daripada Linden untuk pencerahan, Scullap menghilangkan radang kulit, Vitamin C aktif mengurangkan tompok-tompok hitam dan mengembalikan keserian wajah. Sangat sesuai untuk memperbaharui dan memudakan kulit sewaktu tidur.

*Sapu secara lembut pada muka dan leher menghala ke atas.

Kenapa perlu sapu atau mengurut ke atas?

Ia sebagai salah satu cara senaman muka jugak bagi menganjal dan menegangkan kulit wajah. Kalau anda sapu menghala ke bawah, nanti muka jatuh ke bawah pulak. Hehehe..

*Please alert*

1. JANGAN guna NUPWL SPF15 sebelum tidur. Ia akan hanya akan menutup pori kulit daripada bernafas sepanjang malam.

2. NUPWL SPF15 sangat membantu dalam mencegah kerosakan berpunca dari sinaran uv pada permukaan kulit. Gandingkan dengan pengambilan konsisten Vitamin E sebelum tidur untuk perlindungan maksima masalah sinar uv dari dalam. 

3. NDDWE boleh digunakan untuk menghilangkan kesan jeragat yang minimum. Sekiranya penggunaannya tidak mendapat kesan yang ketara baru lah anda boleh menggunakan NSWT bagi memulihkan kesan jeragat yang degil itu.

4. NORWC boleh digunakan juga pada waktu siang bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering.

Rawat lah kulit wajah supaya ia lebih sihat. Sihat bukan sahaja cantik, tapi tidak menyakitkan.
Bila kulit sihat, insyaAllah kita akan lebih berkeyakinan diri.

Alhamdulillah, dah clear dengan penerangan ni?

Boleh lah hubungi Sakinah : 019-9164276 untuk bantu atasi masalah kulit wajah anda sekarang. Pastikan anda mendapat consultasi terlebih dahulu sebelum membeli dan menggunakannya ye.

PELUANG BUAT DUIT HARI-HARI DENGAN MOBILE SPA TERENDAH DAN TERHEBAT DI PASARAN MALAYSIA. HANYA SERENDAH RM1999 SAHAJA UNTUK 5 COURSE 3 JAM TRAINING POWER.
WASAP : 019-9164276
 UNTUK PENEMPATAN TRAINING ANDA !!

Penting! supaya tidak tersilap memilih produk dengan masalah yang sedang anda alami.

Untuk merawat mengambil masa. Kita tak boleh asssume ia akan pulih dalam masa sesaat, atau sehari dua. Tapi, InsyaAllah kita dapat rasai kesannya jika consistent dan dapatkan consultasi berterusan.

LIKE & SHARE jika anda rasa entry ini bermanfaat kepada saudara-mara atau rakan-rakan di luar sana terutama golongan wanita.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.
*Saya doakan anda Kaya, Bahagia dan Berjaya Dunia/Akhirat.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment