Monday 15 August 2016

HUTANG ! JANGAN DIBUAT MAINAN

Assalamualaikum wbt..

Kecian mamat nie. Jadi kes Viral (Boleh baca di sini).

Saya pun ada kisah lebih kurang sama.


Saya ada kenal sorang hamba Allah nie, bila kawan dia susah.. mesti cari dia.

Pinjam duit beribu-ribu.

Si hamba Allah ni, masih membujang.

Si kawan tu dah nikah..

Dah ada anak.

Dan nikah pulak lagi sorang. Bila mintak bayar hutang cakap tak de duit.

Lelama dia diamkan diri buat tak tahu je.

Si hamba Allah ni, nak guna duit tu untuk nikah.. tapi, si kawan buat tak tahu.

Dia bahagia berbini dua.

Time ada duit lupa kawan. Time tak de duit, cari kawan.

Dunia zaman sekarang. Berhutang satu hal.. mampu pulak dia kahwin lain. Huhuhu..

Tak sangka pulak mendapat perhatian ramai bila share kisah acid ni di facebook. Nampak sangat memang ramai yang ada kes sama.

Kepada peminjam di luar sana, insaf lah.

Nasihat saya, usah meminjam kalau niat nak anaiya si pemberi pinjam.

Bersyukur lah ada yang ingin membantu anda di saat susah.

Tapi, ingat lah mereka di saat anda senang. Selesaikan apa yang anda mulakan. Usah berhenti di tengah jalan. Buat hutang sebagai mainan.

Merana kita nanti di akhirat sana kerana gagal membayar hutang.

Wallahualam.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment