Friday 28 November 2014

KERISAUAN HATI SEORANG KAKAK TERHADAP ADIK KEMBARNYA

Assalamualaikum, Sahabat Cinta Hati SMS.

Hari ini, SMS nak kongsi satu kisah pasal adik kembar SMS, yang perempuan dan juga merupakan bongsu dalam keluarga.

TIADA SIAPA BAHAGIA DAN SERONOK

Awal tahun lepas, iatu Mac 2013. Adik kembar saya yang diberi nama Siti Aisyah dan juga Siti Khadijah mula selesa berkawan dan bermain dengan rakan-rakan baru mereka di Tadika.

Sebelum ni, dorang susah nak ke sekolah.. Sebab, nak bermanja dengan mak lagi. Nak berkepit je 24 jam. Tapi, selalu je cakap:

"Adik dengan kakak nak pi sekolah.. Nak belajar dengan cikgu sampai pandai.. Nanti, nak simpan duit, nak pergi Mekah dengan Mak."

Budak bijak.. Otak tengah berkembang. Memang baik-baik je, dalam liat nak ke ke sekolah. hihihi..



Dorang dah start masuk sekolah tadika.. dah kenal kawan dan rapat dengan teman-teman lelaki dan perempuan.

Ketika itu, saya mengajar jadi cikgu ganti sementara di sekolah menengah kat bandar Kuantan nie. So, saya akan keluar seawal pagi.. pulang dalam tengah hari. Kadang balik lewat petang sebab, ada program kat sekolah.

Mak pulak, sibuk ke sana ke sini atas permintaan orang ramai yang suka kan urutan tangan mak. Saya pernah cakap kat mak:

"Dah lah, mak.. Tak terkejar tengok mak pi ngurut orang."

Mak cakap:

"Tak pe lah.. dah dorang suka. Nak buat cam mana. Kita tolong orang susah.. orang sakit ni. InsyaAllah hidup kita akan lebih mudah bila kita banyak memberi.."

Alhamdulillah.. memang rezeki melimpah ruah.. cuma apa yang saya risau akan adik-adik saya yang tiada pantauan dan perhatian.

Sehingga suatu hari.. adik yang bongsu ada mengadu:

"Kak sa, tadi kan..kat sekolah ada kawan lelaki suruh adik buat masuk jari dalam (sambil tunjuk arah tempat).."

TERSENTAP!! AMAT TERSENTAP!! saya..

Apa yang saya risau.. berlaku dalam keluarga saya. Selama ni, selalu tengok dan dengar dari media elektronik mahupun cetak tentang kes rogol.. kes liwat, cabul.. sewaktu dengannya..

Tapi, hari ini.. Saya tidak sangka ia berlaku kepada budak umur 5 tahun.. Yang masih mentah.. tak tahu apa-apa. Berdekatan dengan saya.. dalam keluarga saya.

Nauzubillah..

Untuk makluman rakan-rakan. Budak lelaki ni, selalu datang bermain di rumah kami. Boleh dikatakan selepas sekolah je.. memang akan datang ke rumah untuk bermain. Mak budak ni, bekerja sebagai cleaner di sekolah rendah kat depan rumah. so, memang tiada masalah lah untuk tolong tengok-tengokkan anaknya sambil berkawan dengan adik-adik.

Yang saya tak sangka.. aksi dan isyarat suruhan itu merunsingkan saya dan keluarga. Rupanya, bila disiasat.. banyak kali dah disuruh berbuat demikian. Nasib baik, si kembar ni bijak.. Dia ngadu kat cikgu bila terjadi kat sekolah.. Dan cakap kat saya bila, saya bertanya pelik. Kenapa budak ni dah tak datang rumah?

Risau sangat.. Hati kakak mana tak risau, adik perempuan dua orang yang masih kecil dan baru nak mengenali dunia. Kalau sebelum ni, saya tak risau..Sebab, semua lelaki.. yang bongsu nie perempuan.. Amat merisaukan hati dengan cabaran hidup dorang.

bahagia melihat mereka bergelak ketawa
Start dari hari tue, saya mula merangka masa depan untuk berikan yang terbaik untuk keluarga.. Kalau boleh, biarlah dorang membesar kat depan mata saya. Sebab saya risau akan kerakusan nafsu serakah manusia yang bertopengkan syaitan sebagaimana keratan akhbar di bawah:




Bukan senang nak jaga adik perempuan kembar dalam generasi sekarang nie. Pengaruh media terlalu banyak dan cepat merebak. Ilmu dan didikan agama sahaja yang dapat membantu mereka selamat dunia & akhirat.

Sebenarnya senang je sahabat, bila kita berkorban untuk membahagiakan keluarga. Setelah melalui beberapa siri ujian dan dugaan (boleh baca di sini), saya mengambil keputusan menjadi Working at Home Women.
FREE!! TO DOWNLOAD
Alhamdulillah..lebih mudah dan bahagia. Saya mampu melihat mereka. Menjaga mereka. Memantau perkembangan mereka.

Terima kasih, Ya Allah.

Alhamdulillah..

TIPS BAHAGIA DAN BERJAYA DARI SMS

1. Sentiasa membahagiakan kedua ibu bapa kita dengan berbakti kepada mereka.

2. Senyum akan membuatkan lebih ramai insan bahagia dan kita terpaksa bahagia.

3. Memaafkan orang lain kerana anda berhak untuk bahagia. Percayalah.. Anda akan lebih bahagia :-)


Semoga sahabat semua sentiasa dipermudahkan segala urusan dan berjaya menjadi insan bertaqwa dunia dan akhirat.

Doakan kejayaan dan kebahagian SMS juga, ya sahabat :-)

Sila like dan share sekiranya, ia memberi manfaat kepada rakan-rakan dan keluarga anda di luar sana. 

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan insan-insan tersayang?
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS untuk:-


FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 
Shaklee ID : 1168494
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment