Friday 14 November 2014

PERGHH.. SENTAP..!! DITEGUR PAK GUARD

Assalamualaikum wbt..

SMS doakan semoga sahabat semua sihat, ceria dan bahagia.

Pagi ni, SMS nak share satu kisah Sentap!! Menyentap!! Gara-gara ditegur seorang pak guard a.k.a ustaz Abu (bukan nama sebenar).

SENTAP!! KENA TEGUR DENGAN PAK GUARD

Kisahnya, berlaku beberapa bulan yang lepas sewaktu SMS bekerja di tempat kerja lama.

Dulu SMS seorang yang workaholic (Ye la tue.. sampai ada yang sangsi apa SMS buat. selalu balik lambat. hehehe).

Selalu bekerja hingga ke lewat petang.. sampai waktu maghrib. Setiap hari, itulah rutin SMS sebagaimana jadual di bawah:

Jangan jadi cam SMS kerja sampai ke malam
Officemate dah lama balik. Tepat jam 5.00 petang, memang dah ramai menunggu kat depan punch card. Cuma tinggal tiga orang je yang masih tekun bekerja dengan SMS.

Yelah.. Di sebelah pagi, mengajar.. Petang lak, time untuk selesaikan kerja-kerja yang tertangguh yang tak pernah habis.

Nak dijadikan cerita.. Satu hari tue. Tinggal SMS seorang je. Member-member yang lain dah lama punch out.

MASA BERLALU DENGAN PANTAS



Petang ni, SMS nak balik awal.. Dah banyak hari stay back.. Penat satu badan. Nak balik rehat.. Tak nak fikir pasal kerja dah.. Nak tidur awal.. Nak tidur secukupnya..

Hahaha..

Sahabat semua tahu..?? Inilah kata-kata yang SMS selalu duk hafal hari-hari. Duk ulang tiap-tiap petang sebelum pukul 5..

Tapi, hakikatnya sama.. Jam 7 barulah nak terhegeh-hegeh menapak ke punch card..

Cuma hari ni, je SMS betul-betul awal sikit dari biasa. Tengok jam di dinding dah pukul 6.00 petang.

"Tak solat asar lagi ni, Sakinah."

Sendiri tanya sendiri jawab..

"Tak pe, jap lagi balik solat kat rumah. Dah lewat nie.. Tak berani nak pi solat kat surau.. Sunyi sepi je.. TAKUT!!

Selalu SMS solat kat bilik sendiri je. Tapi, hari tue.. Tak berani nak pi ambil wudhuk. Takut.. 

Sebab dengar cerita scary kawan kena kacau kat pejabat. huhuhu..

Penakut jugak , SMS nie kan.. Dalam takut.. Balik lewat jugak.. Kadang pukul 8.00malam baru balik.

Huhuhu

Cuma petang ni, je awal cikit.

Untuk pengetahuan sahabat SMS, Mesin punch card berada di tingkat bawah dan berdekatan dengan tempat duty pak guard.

Petang ni, Pok Abu yang bertugas. Memang selalu Pok Abu pun, ambil shift petang.

SMS bergegas cam lipas kudung.. berlari-lari, kat kereta. Belum punch card lagi. Pi hantar barang dulu dalam kereta. Keluar ikut pintu belakang. Mesin punch card, kat pintu depan.

Dah settle.. panaskan enjin, sambil menyanyi-nyanyi riang.. Lucu mendengar celoteh DJ yang bertugas kat radio. hehehe..

Sambil-sambil bergerak ke pintu depan dengan kereta.. balik terus. Tengok jam.. 6.15 petang. Dah lewat nie, tak solat lagi.

Alhamdulillah, dah punch out..

TIBA-TIBA POK ABU TEGUR.. (JOM! IKUTI PERBUALAN SMS)

Pok Abu:Laju-laju nak pi ke mana? leklok.. nanti, terjatuh.

SMS: Nak cepat Pok Abu.. Tak solat lagi, nie..

Jeng je jeng..

Pok Abu: Astaqfirullah al azim.. bertuahnya, anak. Ni, Pok Abu nak tanya, nie? Allah dengan kerja, yang mana lebih penting?

SMS: Allah.. Pok Abu (Time tue, tak dapat pick up lagi apa dia tanya). Cuma cam pelik, lah.. apasal lah pulak, Pok Abu nie? Aku dah lah, lewat. Dia ajak borak pulak. 

SMS layankan je, sekejap. Sebab fikir dia orang tua.. dah anggap macam ayah sendiri. Sambil-sambil tengok jam..

15 minit, SMS kena ceramah dengan Pok Abu. Huhuhu..

Pok Abu: Kerja, rezeki ni.. yang dia. Solat ni kewajipan kita kepadaNya. Kalau kita lengah-lengahkan yang wajib.. Macam mana, kerja kita nak berjalan lancar. Kerja sampai bila takkan habis. Tapi, yang wajib kita dengan Allah cam mana? Jangan abaikan.. Kalau solat dihujung-hujung waktu.. Apa yang kita dapat?

**********************************************************
Sentap..!! Malu... uwaaa...!! Rasa cam nak nangis. Tak sedar, selama nie.. Betul apa yang Pok Abu tue cakap.

Selepas daripada perbualan SMS dengan Pok Abu tue.. SMS cuba perbaiki diri.. Banyak perubahan yang berlaku kepada SMS perlahan-lahan.. Sehingga lah SMS di uji. SMS ada story dalam kisah yang lepas.(Click di sini).

Itulah kisah SMS sentap di petang hari dengan seorang Pak Guard.

Tips Kejayaan dari SMS, untuk sahabat yang disayangi:

1. kita jangan perlekeh-lekehkan solat wajib. Ia kewajipan kita kepadaNya. Hayatilah setiap sujud kerana ianya adalah doa dan komunikasi dengan Allah SWT.


Ini bacaan duduk di antara dua sujud
2. Kita jangan pandang sebelah mata sesiapa sahaja. Terutama orang tua. Mereka makan garam dulu dari kita. Banyak dah pengalaman dan ilmu yang mereka lalui. Yang baik, kita ambil.. yang kurang baik, kita jadikan sempadan.

3. Amalkan Solat Dhuha setiap hari - Kunci Pembuka rezeki seluruh ummat islam. 

Buku Magnet Rezeki dengan Solat Dhuha oleh Muhammad Mokhtar (www.pts.com.my)
Sampai di sini dulu, untuk kali ini. SMS akan sentiasa berkongsi tips-tips kejayaan untuk sahabat Cinta Hati SMS yang dikasihi dan disayangi. InsyaAllah :-)

Sila like dan share sekiranya, ia memberi manfaat kepada rakan-rakan dan keluarga anda di luar sana. Semoga anda semua sentiasa dipermudahkan segala urusan dan berjaya menjadi insan bertaqwa dunia dan akhirat.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan insan-insan tersayang?
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 
Shaklee ID : 1168494
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

5 comments:

Unknown said...

Utamakan solat, tq for sharing :-)

None said...

Betul apa yang kinah tulis. Akak pun macam tu jugak dulu.

sakinah (SMS) said...

Assalamulaikum wbt.. Alhamdulillah.. ye syu iz, kak June MRS.. semoga entry nie, memberi manfaat kepada semua. Sebab, ini pun melalui pengalaman sendiri. So, dapat rasa sebelum dan selepas..so, different. Solat ni hubungan kita dengan Allah SWT. penghubung antara kita dengan Pencipta. Kalau solat pun, kita tak serius.. endah tak endah.. Cam mana hidup kita nak lancar.. Wallahualam :-)

Tuesday Night Workout said...

Teguran datang dari banyak sumber ..... Kadang kadang dari sumber yang tidak terduga .... Alhamdulillah

sakinah (SMS) said...

Assalamualaikum, sahabat SMS..Thanks to sifu Faizal Fairuz. Alhamdulillah.. betul, kata sifu.
apa-apa pun, semoga entry kali ini memberi manfaat kepada sifu dan rakan-rakan di luar sana.
wallahualam :-)

Post a Comment