Saturday 8 November 2014

NAUZUBILLAH..!! JUMAAT YANG DIPERLEKEH-LEKEHKAN

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar sahabat Cinta Hati Sakinah pada pagi yang indah ini?

Walau apa-apa pun, SMS mendoakan sahabat semua sihat, ceria dan bahagia di samping insan-insan tersayang.

Pagi ni, SMS nak berkongsi sedikit pandangan dan pengalaman tentang hari Jumaat yang SMS rasakan semakin minggu semakin suram dan tidak tahu kemana menghilangnya nilai penghayatan itu...
Wallahualam..

Yaumul Jum'ah Sayyidul Ayyam (Penghulu segala hari)..

SURAM SESURAMNYA..

Nasib baik, tak seram. Hehehe :-)

SMS teringat kisah beberapa minggu yang lalu.. sewaktu pergi ke sebuah pasar raya untuk menjamu selera. Tujuan utama bukan untuk pi makan, pun. SMS nak beli barang. Alang-alang perut lapar.. SMS singgah lah cari kedai yang dirasakan sesuai mengikut Cinta Hati nie.

Sementara menunggu order sampai.... 


Kita Observe dulu sekeliling...kalau nak tahu.. memang ini kerja SMS dari dulu lagi. Sejak kecik lagi.. Suka tengok orang.. gelagat dan budaya hidup mereka termasuklah tukang masak. Sebab tue, pi food court kan..

So, kita boleh tengok la apa yang dimasak.. siapa yang memasak.. Cam mana dia masak.. Bersih ke kurang ke.. 80% boleh nampak .. Kenapa tak, 100%..? Yelah, yang disebalik tabir pemprosesan penyediaan bahannya SMS tak nampak. hehehe...


Oh!! ye..

Terlupa SMS nak gitaw.. Hari tu, hari jumaat dan masa SMS nak order makanan tue.. jam menunjukkan lebih kurang pukul 12.30 tengah hari. Dah nak masuk waktu Zohor lah, kan.. So, sepatutnya lelaki-lelaki muslim yang dikira macho dan sejati.. dah tak de, berkeliaran di pasar raya. Mereka akan berpusu-pusu dan berduyung-duyung ke masjid yang berdekatan.

Tahu tak...? Apa yang SMS fikir? Apa yang SMS rasa?


SMS sedih.. hati SMS meronta-ronta. Kita tinggal di sebuah negara islam.. Ramai umat islam.. Rakyat yang beragama islam. Tapi, Islam pada nama je. Rupanya, ramai yang leka.. Dan leka..Yang masih bekerja, even suara azan sudah memanggil.. Yang makan bersama keluarga.. (Maybe, musafir kot, dalam hati SMS). Tapi, cam mana yang bukan musafir? Anak-anak muda..? Tukang masak..?



Bukan ke, solat Jumaat itu wajib bagi lelaki? Tanpa sebarang keuzuran.. Atau.. Mereka ambil pendekatan.. Tak pe.. Jangan tak pergi tiga kali berturut-turut sudah lah.. Sekali tak pergi.. tiga kali pergi.. pastu, tak pergi pulak.. Agak-agak, ada ke camtu? Wallahualam..

Lama jugak SMS duk makan, kat situ.. Bukan busy, body. Memikirkan masa depan agama dan bangsa kita yang semakin hanyut dibuai arus pemodenan dan juga tekanan hidup yang secara tidak langsung menghimpit diri supaya mementingkan kerja dari kewajipan kepada Illahi.

Nauzubillah.. Kalaulah mereka tahu? Kalaulah dosa-dosa dan hukuman itu boleh dilihat, dengan mata kasar.. SMS pasti.. Tak da mereka yang bergelar muslim kat situ. 


Bayangkan dan renung-renungkan kelebihan kita sebagai ummat islam di Malaysia berbanding di negara luar yang sentiasa hidup dengan bedilan peluru. Namun, kerana agama islam yang satu. Tanggungjawab dan kewajipan kepada Illahi.. Tiada alasan untuk mereka mengabaikan suruhan yang itu walau dalam apa jua keadaan yang berlaku.

Allahuakhbar..
Allahuakhbar..
Allahuakhbar..


Inilah realiti hidup dunia hari ini, di Malaysia.


Apakah hukum solat Jumaat bagi lelaki islam dan sudah semestinya muslim.


Syarat-syarat solat Jumaat, yang mungkin ramai yang alpa dan mungkin ramai tak tahu:




Selamat menunaikan solat jumaat kepada semua adik-adik, abang-abang, ayah-ayah, pak cik- pak cik, atok-atok dan sewaktu dengannya yang bergelar lelaki muslim.


Sila like dan share sekiranya, sahabat rasa ia memberi manfaat kepada rakan-rakan dan keluarga anda di luar sana. Semoga sahabat Cinta Hati Sakinah sentiasa dipermudahkan segala urusan dan berjaya menjadi insan bertaqwa dunia dan akhirat.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan insan-insan tersayang?
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 
Shaklee ID : 1168494
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

2 comments:

Unknown said...

Betul tu..rmai sngt lelaki skrg x solat jumaat n plg sedih x solat 5 waktu pun.

sakinah (SMS) said...

Assalamualaikum, dan selamat petang syu iz. Betul, tu Syu Iz. Bukan kat pasar raya je. Berdekatan dengan kita pun ada. kadang, saudara mara terdekat, kawan-kawan pun ada. Bila dinasihat, tidak dihiraukan.. Sedangkan solat itu tiang agama. Kalau tiang kita goyah..cam mana dengan yang lain.. Nahuzubillah.. Dunia Akhir Zaman..
Terima kasih, ya syu iz dan sahabat semua selalu support SMS. Semoga Syu iz sekeluarga bahagia dan berjaya dunia dan akhirat.
Sekian, wassalam.
salam sayang, salam bahagia :-)

Post a Comment