Saturday 15 November 2014

PENGALAMAN IBU MENYUSU 13ORANG ANAK IKUT AL-QURAN

Assalamualaikum dan selamat pagi Sahabat Cinta Hati Sakinah..

Hari ini, SMS rasa terpanggil untuk berkongsi satu kisah mengenai SUSU IBU.

Kenapa SMS nak cerita pasal susu ibu? Sedangkan SMS sendiri tiada pengalaman menyusukan anak lagi. Because i'm single.. but!! not available. hehehe..

Semalam, ada kawan SMS mengadu ada masalah untuk susukan anak kecil dia yang baru usia 9 bulan. Itu sebabnya, SMS nak bercerita pagi nie.


Rupanya, ramai ibu-ibu muda yang mengalami masalah menyusu ini dan tidak tahu apa kelebihan menyusukan anak sendiri.


Nak dijadikan cerita lagi.. Emak SMS pun mengurut ibu-ibu hamil, bersalin dan berpantang.. Antara masalah mereka yang hadir kepada Emak SMS adalah kekurangan susu badan, susu tak dapat keluar dengan baik di awal penyusuan dan anak tak nak menerima susu formula.

Kecian jugak, bila difikirkan balik. Emak SMS pun memang tak pernah guna susu formula untuk kami 13 orang adik beradik kecuali untuk yang bongsu si kembar berdua tue. Al-maklumlah, time tue usia Emak pun dah 40-an.
Ni, kat rumah lama. Abaikan bersepah kat belakang.
Tapi, itupun dah hujung-hujung tahun kedua, dorang diberi susu apa entah namanya. Macam-macam Emak cuba, sebab tak serasi dan dorang sangat kuat menyusu.
Not sure mana satu akak or adik. Sebab muka sama. Selalu tertukar. huhu
Tiba-tiba, SMS teringat Ustaz Aziz yang mengajar pengajian agama islam semasa zaman diploma dulu.

"KALAU ANAK MINUM SUSU LEMBU.. MAKA JADILAH ANAK SEPERTI LEMBU"

kami semua tergelak dengan lawak ustaz Aziz dalam topik tanggungjawab ibu/bapa.. lawaklah sangat kan. Budak-budak muda. Belum kahwin.. Tak tahu, apa-apa.

Sekarang.. barulah SMS mula faham dengan maksud Ustaz Aziz. Sebagaimana ada disebut tentang menyusu dalam al-Quran ( Surah Al-Baqarah, Ayat 233):

"PARA IBU HENDAKLAH MENYUSUKAN ANAK-ANAKNYA SELAMA DUA TAHUN PENUH, IAITU BAGI YANG INGIN MENYEMPURNAKAN PENYUSUAN ITU."

So, bila dah jadi cam nie. Dalam Al-Quran pun ada menekankan akan kepentingan susu ibu.. SMS mula bercita-cita untuk tidak memberi bakal anak susu formula. Walaupun, tak tahu lagi bila masa akan tiba. Hehehe..

Nanti, jadi cam ustaz Aziz cakap pulak. Kita memang tak nampak.. Tapi, untuk jangka masa panjang. Kita perlulah berusaha untuk ke arah kebaikan anugerah dari Allah ini.

Andai kata, tidak mampu sekalipun.. Ditakdirkan Allah bermasalah..Siapa tahu. Kita hanya mampu merancang.. Selebihnya, DIA yang menentukan. SMS akan usahakan yang terbaik untuk dorang. Sebab, ada lagi sambungan ayat Al-Quran tadi (Surah Al-Baqarah, ayat 233):

"DAN JIKA KAMU HENDAK BERI ANAK-ANAK KAMU MENYUSU KEPADA ORANG LAIN, MAKA TIDAK ADA SALAHNYA BAGI KAMU APABILA KAMU SERAHKAN (UPAH) YANG KAMU MAHU BERI ITU DENGAN CARA YANG PATUT DAN BERTAQWALAH KAMU KEPADA ALLAH, SERTA KETAHUILAH, SESUNGGUHNYA ALLAH SENTIASA MELIHAT AKAN APA JUA YANG KAMU LAKUKAN."

Maksudnya, di sini kita boleh carikan ibu susuan untuk anak-anak kita.

Percaya dan yakinlah dengan kuasa dan kalam Allah.. Jika niat kita untuk kebaikan walau dalam apa jua tindakan dan usaha.. InsyaALLAH dipermudahkan jalan untuk menyusukan si baby kecil:-)

SMS selalu tengok akak-akak tempat kerja lama.. dorang boleh je, survive breastfeeding anak even bekerja.

Semoga perkongsian SMS ini dapat memberi manfaat kepada sahabat semua dunia & akhirat. Sekiranya, ianya memberi kebaikan silalah like & share untuk manfaat kawan-kawan mahupun ibu-ibu di luar sana. 
credit to:
www.mariafirdaus.com.my
www.mamacilik.com
Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan insan-insan tersayang?
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 
Shaklee ID : 1168494
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

2 comments:

Unknown said...

Susu ibu memg terbaik dri susu formula.

sakinah (SMS) said...

Assalamualaikun dan selamat pagi..terima kasih, syu iz kerana sudi singgah di sini. Alhamdulillah..Syu iz menyusukan sendiri anak ya.. Semoga ramai ibu-ibu di luar sana yang mendapat manfaat dari entry ini. Alhamdulillah :-)

Sekian, salam sayang.
Salam bahagia..

Post a Comment