Wednesday, 29 October 2014

INDAHNYA MEREKA YANG BERILMU

Assalamualaikum wbt..

Hari ini, SMS mendoakan anda semua berada dibawah lindunganNya, diberkati dan bahagia dunia akhirat.

SMS nak share 1 kisah untuk pedoman kita bersama.. InsyaAllah :-)

SEMAKIN KU DEKATI SEMAKIN KU NAMPAK JALANNYA

Alhamdulillah.. Dalam sehari dua ni, SMS agak busy dengan business yang semakin
kencang dan seronok..
Yelah, hari ni 29 Oktober 2014. So, bermakna tinggal lagi beberapa jam untuk SMS teruskan perjuangan di bulan Oktober tahun nie.

Cam mana pulak tahun hadapan?

Bagi SMS, tak tahu sempat atau tidak untuk bertemu Oktober 2015. Mungkin sekejap lagi ke.. Atau sesaat lagi.. Bila-bila masa Allah SWT akan utuskan malaikat maut untuk menjemput SMS. Wallahualam.

Ok, tak mau sedih-sedih taw.. SMS nak citer pasal nilai memberi dan berilmu oleh insan-insan yang hebat..

Tadi, SMS bukak inbox.. Dah seminggu SMS tak semak email.. So busy, sampai email pun tak sempat check.. Hehehe..

Alhamdulillah.. Berlambak-lambak email masuk.. Kena lah baca kan.. Sebab semuanya ilmu berguna..

APA SMS RASA SELEPAS BUKAK INBOX?

SMS rasa bersyukur sangat-sangat kehadrat illahi.. Sebab, hari demi hari doa SMS termakbul.. Terima Kasih, Ya Allah.. Dapat Ilmu-ilmu dari Mentor, dari teman-teman blogger dan juga jutawan yang berjaya..

Indah kan?

Kalau kita berada di kalangan mereka yang positive dan berjaya. Mereka tidak pernah kering ilmu kerana nilai kebahagiaan dan kejayaan itu adalah pada memberi dan berkongsi apa yang dimiliki bersama.

Itulah yang berlaku pada SMS.. Dan rakan-rakan di MFMS group..

Berbeza SMS yang dulu.. SMS lebih banyak dikelilingi mereka yang negative.. Mereka yang sentiasa tidak berpuas hati. Sentiasa merungut apabila berlaku ketidakpuasan hati termasuk lah SMS sendiri. Huhuhu..

MEMBERI DISEBALIK KISAH SEORANG RAKAN YANG NAK SENANG TAPI MALAS BERKERJA DAN BERUSAHA

SMS dah bekerja di beberapa buah institusi sebelum ini. So, ini bukan niat ingin menjatuhkan atau mengaibkan si dia (Mona bukan nama sebenar).. Cuma ingin dijadikan iktibar dan pedoman bersama.

Mona sangat cantik dan bergaya orangnya.. Tapi, yang SMS kurang berkenan kat perangai si Mona nie.. Pentingkan diri dan tamak..


  PENTING DIRI & TAMAK  

Dia nak benefit yang amat banyak.. Yang memihak kepada dirinya sahaja tanpa fikirkan rakan-rakan.. Tapi, bila melibatkan kerjasama atau program.. Dia sembunyikan diri cam kura-kura masuk cengkerang.. Kitorang semua dah kenal sangat dah perangai si Mona nie. Cuma bos je yang tak tahu..huhuhu (kecian.. Kecian.. Ada pekerja cam ni).

Apa yang penting kepada Mona? Dapat nama.. Aku taw aku dah berjaya.. Actually, banyak je kisah realiti cam nie.. Bukan sorang dua.. Ramai dah yang SMS jumpa..

Apa yang SMS nak hightlight kat sini adalah nilai bersyukur.. Mona sentiasa tidak berpuas hati dengan apa yang dia dapat.

Hakikatnya.. Kalau SMS duk tempat si Mona.. Bersyukur sangat-sangat... Dia tak pernah cukup dengan duit gaji.. Sentiasa nak up gaji.. Sedangkan kerja, entah ke mana.. Dia rasa dia belajar level tinggi.. Bos perlu bayar gaji lebih lah.. Dia memang tak pernah cukup.. Bila ketamakkan menguasai diri, cam ni la jadi. Selalu push kawan-kawan untuk kepentingan diri..

Sahabat semua jangan jadi cam ni, taw..

Nauzubillah..

SMS BERSYUKUR DILAHIRKAN SEBEGINI

SMS bersyukur dengan perjalanan hidup ini yang penuh warna-warni. Bahagia dilahirkan dalam family yang biasa-biasa.

Yang mana suatu masa dahulu, kat rumah hanya ada sebuah motosikal honda cabut bulat je.. Selalu kena repair. Sebab meragam tak menentu.. Kecian, arwah ayah time tue. Pak din, yang selalu tolong betulkan apa yang patut.. Memang tiap bulan akan masuk workshop lah.. Nak buat cam mana, tak mampu nak berkereta mewah cam orang lain.. Duit-duit banyak habis untuk membesarkan anak-anak yang ramai..
Pinjam contoh motosikal arwah ayah dulu dari mohamdazhan.com
SMS nak berterima kasih jugak kepada rakan-rakan yang pernah menghina SMS. Sebab kami miskin.. tinggal dirumah usang yang kecik sahaja.. Ad dua bilik time tue.. SMS masih ingat kata-kata dorang.. (Semoga yang berkata ini berbahagia dan berjaya walau dimana jua mereka berada). Bayangkan 11 orang duk kat dalam rumah tue. SMS bahagia.. Sebab, ruang kecil inilah yang mengajar SMS erti hidup untuk berusaha dan berjuang sehingga berjaya hari ini.

Alhamdulillah..
Contoh rumah Felcra dulu - kredit to pondokkecil.com
Bila meningkat dewasa.. SMS dapat offer ke sekolah bandar.. Sekolah tue, baru je beroperasi. So, SMS terima sebab fikir tak ada pengaruh kurang elok lagi di situ. Jarak dari rumah memang jauh.. ambil masa 45minit kalau berkereta.. Disebabkan tiada kemudahan asrama, SMS terpaksa berulang alik menggunakan pak cik van sekolah..

SMS pernah sedih..tapi, kena kuat demi masa depan,

Bila ada kelas tambahan.. Pak cik tu, memang takkan sanggup untuk ambil SMS sorang je. SMS kena balik sendiri, cari prebet sapu yang willing untuk hantar.. Jarak dari sekolah ke jalan utama ambil masa 30minit pulak kalau berjalan kaki.. Kaki SMS kan pendek.. So, memang lambat lah. Hihi..

SMS sedih..tapi, kena kuat.. Perlu kuat untuk berjaya.. Kalau kelas tambahan habis pukul 4.. Masuk waktu Maghrib, baru sampai rumah.. Kadang selepas pukul 8 lebih.. Kenapa lama sangat.. Normally, prebet sapu tak nak hantar kalau sorang je ke kawasan Kampung SMS. Tak berbaloi.. Memang SMS sorang je pun terkontang-kanting.. Dalam hati SMS berdoa..

"Ya Allah, KAU pemudahkan lah Ya Allah.. Hamba-Mu takut Ya Allah.. KAU lindungi dan peliharalah hambaMu ini Ya Allah.."

Lebih kurang camtu lah.. Mulut tak putus baca ayat Kursi sebagai pendinding.. Macam-macam boleh berlaku.. Kebetulan tahun tue.. Heboh kes budak sekolah kena rogol.  Kena santau.. Kena culik bawak lari dan last rogol tinggal kat kawasan semak..

TAKUT sangat..

Dari sekolah nak ke jalan utama bersemak samun dan perlu melalui taman perumahan yang sunyi.. Dalam hati, hanya Allah je yang taw.. Dulu-dulu mana ada phone cam sekarang.. Public phone pun jauh..

Pernah jugak SMS tak dapat pergi kelas tambahan sekali sebab tak de kenaikan. Sekali je pun.. Tapi, nasib SMS kurang baik keesokkannya.. Kena rotan tanpa usul periksa oleh cikgu kat depan perhimpunan sebab tak datang kelas tambahan hari sabtu.... SMS sedih sangat sangat time tue.. Kejamnya Cikgu.. Tak pernah cuba dengar pun alasan SMS.. Tapi, SMS tahan je lah.. Menangis dalam hati.. SMS harap cikgu yang rotan tue muhasabah balik apa yang dah buat pada pelajar seperti SMS.

SMS dah maafkan cikgu tue.. Tak tahu apa cerita dia sekarang. Bukan senang untuk jadi cikgu.. Memang ada pelajar sengaja ponteng.. Tapi, bukan SMS sengaja..

Ni gambar contoh je.. 
Walaupun susah..SMS happy, bangga dan bahagia.. Sebab bila form 4, SMS berjaya ke MRSM.. Yang menjadi rebutan semua orang.. Syukur sangat-sangat.. Sebab SMS tak perlu berulang alik dah.. Dapat duk asrama.. Dapat teruskan perjuangan untuk ubah nasib keluarga.. Alhamdulillah..

Sehingga lah sekarang SMS berjaya menjadi seorang businesswoman.. Sebelum ni, SMS pernah berkecimpung dalam dunia pendidikan.. Jadi Cikgu, Tutor dan pensyarah.. So, SMS faham perasaan seorang pendidik.. Bukan mudah untuk mendidik.. Perlukan jiwa yang kental dan kesabaran yang tinggi. Bukan hujung bulan dapat gaji.. Tolak hutang.. Nothing.. Apa yang penting pengajaran yang diberi.. Mendidik bukan sekadar masuk kelas keluar kelas.. Tapi, lebih daripada itu.. Kerana kita adalah ibu bapa yang kedua bagi pelajar.. Besar amanah yang dipikul..

Itulah sedikit sebanyak perjalanan SMS yang penuh dengan liku-liku ilmu hingga kini.. Setiap kali SMS berjumpa dengan pensyarah atau mentor yang otai-otai.. Rasa macam nak je kidnap dorang bawak balik.. Sebab, terlalu banyak pengalaman dan ilmu yang dorang ada. Bertuah SMS. Sebab, mereka yang berilmu sentiasa berusaha untuk memberi yang terbaik.. Untuk manfaat orang lain dunia dan akhirat.


Nak tahu apa yang telah mengubah hidup SMS dari dikelilingi insan-insan negative.. sekarang, menjadi insan yang semakin Positive.. Jom tonton video Perjuangan yang belum selesai di atas dan click di sini untuk tahu rahsia kejayaan SMS.

DOWNLOAD DI SINI.. EBOOK PERCUMA!!
Sila like dan share sekiranya, sahabat rasa ia memberi manfaat kepada rakan-rakan anda di luar sana. Semoga sahabat Cinta Hati Sakinah sentiasa dipermudahkan segala urusan dan berjaya menjadi insan bertaqwa dunia dan akhirat.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan insan-insan tersayang?
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 

Hubungi Cinta Hati SMS untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 
Shaklee ID : 1168494
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

2 comments:

Unknown said...

Sedih baca sms kena rotan..huhu..susah2 dahulu,bru bersenang2 kn.yg pentg sentiasa kuat n bersyukur:-)

sakinah (SMS) said...

Assalamualaikum, dan selamat pagi kepada semua sahabat Cinta Hati SMS.
Alhamdulillah..thanks, syu iz/ ummuzikri.. Semoga entry ini dpt mmberi pengjaran kpd kita semua dunia & akhirat. Wallahulam..
Sekian, salam sayang..
Salam bahagia :-)

Post a Comment