Friday, 24 October 2014

ALANG ALANG HIDUP, JOM HIDUP ‘LUAR BIASA’

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar, Sahabat Cinta Hati Sakinah yang dikasihi dan disayangi untuk hari ini?

Sayyidul Ayyam.. Hari Jumaat penuh barakhah dan juga merupakan Jumaat terakhir untuk tahun 1435Hijrah.

Cinta Hati mendoakan semoga anda semua berada di bawah lindungan dan rahmatNya. Sentiasa hidup sihat, ceria dan bahagia di samping anak-anak, suami mahupun isteri tercinta, ibu dan ayah serta adik-beradik yang dikasihi.

Pagi ni, SMS nak berkongsi sedikit pengalaman dan kisah motivasi untuk bacaan sahabat semua. Mulai dari hari ini, Cinta Hati SMS akan selitkan kisah-kisah motivasi sebagai pedoman kita di hari muka kelak. InsyaAllah :-)

SEDUTAN DARI EBOOK SORRY BOSS..!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA

“Apa yang tertulis dalam buku ini adalah dari sudut pandangan seorang suami terhadap seorang isteri yang mahu menjalankan perniagaan sebagai pendapatan sampingan. Kisah bagaimana si suami memulakan perniagaan dan kemudiannya dia membantu isterinya, Mia untuk menceburi bidang perniagaan.

PENGAKUAN SI SUAMI:

Untuk makluman anda, saya dahulu merupakan seorang Engineer di sebuah kilang di utara Malaysia. Saya berhenti kerja pada usia 24 tahun untuk menceburi bidang perniagaan.

Isteri saya juga merupakan seorang Engineer, tetapi pada mulanya beliau ‘sangat selesa’ dengan kerjanya. Beliau tidak berminat langsung untuk berniaga.


Sehinggalah pada suatu hari, isteri saya terdetik untuk menjalankan perniagaan sendiri selepas sekian lama saya ‘mencuci otaknya’.


Isteri saya Mia sebenarnya sama seperti kebanyakan orang lain. Selesa dengan hidup ‘biasa-biasa’ dan tidak mahu ‘hidup luar biasa’. Di dalam mindanya telah terpahat bahawa dia mesti kerja makan gaji, pendapatan yang terjamin, ‘Dulu, Kini Dan Selamanya’.


Saya tidak menyalahkan beliau dalam hal ini. Beliau sebenarnya sudah terpengaruh dengan kebanyakan masyarakat Melayu di Malaysia bahawa mereka mesti bekerja untuk memperoleh wang. Bisnes bukanlah sesuatu yang sesuai untuk mereka yang berkulit coklat ini.

Di dalam buku ini, saya berkongsi beberapa kesilapan yang pernah saya lakukan yang menyebabkan saya kurang berjaya pada peringkat awal saya menjalankan bisnes. ‘Kegagalan’ inilah yang mengajar saya untuk tidak melakukan kesilapan yang sama selepas itu.


Saya kisahkan juga di dalam buku ini bagaimana isteri saya terdetik mahu melakukan perniagaan. Dan saya juga menceritakan betapa mudahnya isteri saya buat bisnes selepas mempunyai teknik menjalankan perniagaan yang betul.

Isteri saya memulakan perniagaan dalam keadaan beliau mempunyai mentor, ilmu, sistem, tindakan dan impian yang betul. Apabila semua ini ditekankan dalam perniagaan, In Syaa Allah apa jua bentuk perniagaan yang kita jalankan akan berjaya dengan lebih mudah.”

Haa..cam mana? Ada rasa termotivasi..terinspirasi? Kalau ada.. Alhamdulillah.. Tahniah, saya ucapkan sebab anda semua tergolong di antara mereka yang berfikiran positif dan sentiasa ingin berubah sebagaimana kisah ini.

So, apa lagi.. Jom! Dapatkan Cerita Penuh Kisah Motivasi yang Penuh Inspirasi ini secara PERCUMA  ebookniaga (tekan je.. tak perlu was-was lagi. tak da apa yang rugi pun).

FREE!! TO DOWNLOAD
Sila like dan share sekiranya, sahabat rasa ia memberi manfaat kepada rakan-rakan anda di luar sana. Semoga sahabat Cinta Hati Sakinah sentiasa dipermudahkan segala urusan dan berjaya menjadi insan bertaqwa dunia dan akhirat.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan insan-insan tersayang?
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 
Shaklee ID : 1168494
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

2 comments:

Unknown said...

berkongsi yang baik baik kan sakinah :D terbaik!!!

sakinah (SMS) said...

Assalamualaikum dan selamat pagi, kepada pembaca blog Cinta Hati SMS.. Time kasih, kepada kak Eim AG kerana sudi higgap di jendela hati SMS. Semoga entry ini, memberi manfaat kepada kita semua :-) Antara harta yang paling bernilai adalah ilmu.. Dan tinggi nilainya sebuah ilmu.. apabila kita menyampaikan dan menyebarkan supaya ianya dapat memberi manfaat kepada semua insan-insan tersayang.
Sekian, terima kasih.
wassalam.

Post a Comment