Wednesday 13 November 2019

RESEPI DAPUR SAKINAH : AIR 3 LAYER SIMPLE TAPI SEDAP

Bosan je tengok air yang sama. Sekali-sekala kita ubah selera, ubah angin.

Hari ni, terlebih rajin saya gunakan bahan simple yang ada di dapur sahaja.

Masak sagu sehingga menjadi seperti mata ikan.

Cara nak masak sagu :

1. Panaskan air terlebih dahulu sehingga mendidih. Boleh guna periuk atau kuali atau apa sahaja yang anda suka. Tetapi yang pasti bukan cerek elektrik. Hehehe.

2. Bila dah mendidih baru masukkan sagu tadi. Tak perlu dibasuh. Direct masuk ke dalam periuk. Sambil kacau untuk elak berketul-ketul.

3. Kacau sekejap je, bagi dia masak. Then, boleh tinggal sekejap buat kerja-kerja lain. Cuma bukan tinggal berjam-jam sampai hangit periuk belanga tue. Huhuhu.

4. Pastu, kacau sehingga yakin dah masak (tiada warna putih). Matikan api. Tutup periuk dengan penutupnya sekejap bagi masak sekata.

Biarkan lebih kurang, 2 minit.

5. Tos dan basuh sagu tadi guna air paip (lalukan di bawah air dalam penapis). Untuk buang lendirnya dan elak dari melekat sesama biji sagu.

Dah siap !

Cam mana nak buat air jadi 3 layer ni?

Guna susu kotak/ susu sejat/ susu tepung/ santan/ susu soya/ horlick/ Energizing Soy Protein (ESP)/ Meal Shakes pun boleh. Apa-apa air berwarna putih susu.


Dapatkan Energizing Soy Protein terbaik dari kami dengan harga Promosi Terendah berbaloi-baloi.
Whatsapp 019-916 4276 untuk tempahan.
Then, masukkan sagu tadi ikut suka hati korang nak banyak mana. Saya letak separuh dari cawan.

Untuk menambah layer, saya titiskan perasa sirap.

Tadaa ! simple je kan. Nak sejuk boleh letak ais cubes. Nak panas, bancuh lah guna air panas.

Dah siap boleh dihidang sebagai minum petang atau lunch anda sekeluarga.

**Saya tak letak gula atau pemanis tambahan. Sebelum ada yang bertanya, better saya cakap dulu.

**Oh ! ye, Saya guna sagu berwarna hijau untuk create layer effect pada bancuhan air.

Ok, selamat mencuba.

Dapur Sakinah,
Bila sekali sekala berasap😆


Dapatkan Energizing Soy Protein terbaik dari kami dengan harga Promosi Terendah berbaloi-baloi.
Whatsapp 019-916 4276 untuk tempahan.

No comments:

Post a Comment