Wednesday 20 November 2019

TIGA TAWARAN RAWATAN SPA PENGANTIN PERCUMA BERNILAI RM269 !

Bismillahirahmanirahim.

Dengan sukacitanya kami membuka tawaran RAWATAN SPA PENGANTIN ini khas buat bakal-bakal pengantin area Kuala Terengganu dan juga Kuantan.

Siapa yang layak?

Khas buat Bakal-bakal pengantin yang akan melangsungkan majlis mereka di bulan Disember ini. Iaitu bermula tarikh 9 Disember hingga 31 Disember 2019.

Kenapa PERCUMA?

Sebab Disember adalah bulan istimewa buat founder SMS Spa, Puan Sakinah Mat Said. Beliau melangsungkan majlis perkahwinan nya pada 3 Disember 2016 dalam suasana yang serba sederhana tanpa persiapan diri sendiri dengan tidur yang tidak cukup, dan di hari akad nikah masih gamble drive kereta tanpa pengapit di sisi untuk balik ke homestay tukar baju bagi majlis sebelah petang. Dalam hati, saya terfikir aku ni seperti bukan pengantin baru dengan baju akad nikah masih di badan. Kongsi beliau.

Seperti drama pengantin melarikan diri pulak jadinya. Emaknya, yang sedar akan kejadian itu terus mencari anak teruna untuk dijadikan bodyguard. At least ada jugak bodyguard peneman sementara.


Sambungnya lagi : "Bila diingati kembali saat itu, kelakar ya amat. Ada ke bakal pengantin macam saya? Malam sebelum majlis masih bermain hujan memacak signage (Tanda arah ke Majlis walimatul urus esok) bersama adik-adik lelaki. Di saat pengantin lain dah lena tidur, saya masih tekun menjahit manik dan berinai. Sehingga ada yang menegur, Kenapa comot, tak cantik?"

Nasihat beliau : "Buat bakal pengantin di luar sana, jangan jadi macam saya. Ada bajet lebih, buat rawatan Spa Pengantin. Kelebihan saya dah ada ilmu Spa, so sedikit sebanyak ia membantu persiapan majlis. Bajet saya tak besar, maka saya buat sendiri. 3 bulan sebelum majlis, boleh dikatakan setiap hari saya dah buat rawatan untuk Seri Pengantin. Cuma saya tak cukup rest seminggu sebelum majlis sebab semua perkara boleh dikatakan saya buat sendiri. Penat memang penat."


Dan hari ini, sejak mendirikan rumahtangga pelbagai nikmat yang telah dirasainya walau majlis beliau tidak semewah pengantin-pengantin lain.

Beliau merasakan bakal pegantin perlu memanjakan diri untuk hari-hari bahagia mereka untuk lebih tenang dan berseri di hari yang dinantikan. Rawatan ini bukan sekadar untuk persiapan untuk bertemu bakal suami di malam pertama, tetapi ia lebih kepada persediaan jiwa bakal pengantin di hari majlis yang pasti memenatkan.

Sebab itu, beliau ingin bakal pengantin yang kurang bajet untuk merebut peluang ini. Jika anda ada bajet sekali pun, anda pun boleh grab this offer. Kerana niat beliau ingin berikan 3 Rawatan Percuma Spa Pengantin kepada mereka yang layak.


Why not, cuba mana taw ia milik anda. Rezeki Allah tak tersalah alamat. Cuma perlu berusaha sahaja.

Dan tahun ini, bulan Disember ini juga kedua belah keluarga (iaitu abangnya sendiri dan adik kepada suaminya) akan melangsungkan Majlis Perkahwinan. Beliau rasa syukur dan happy akan anugerah keluarga yang semakin bertambah besar sebab itu nak beri hadiah percuma ini. Cuma kena contact kami.

Bagaimana cara? Hubungi kami segera : 019-916 4276 untuk melayakkan anda terpilih tawaran ini.

SMS Spa,
Promosi Spa Pengantin Percuma Disember 2019,
Whatsapp : 019-916 4276.

No comments:

Post a Comment