Thursday 12 September 2019

7 TIPS MUDAH HIDUP BAHAGIA BERSAMA PASANGAN ANDA

Dulu saya pernah ada rasa takut dan risau.

"Kalau aku menulis kat sosial media ni, nanti orang cakap aku poyo lah. Bajet bagus je."

Dan apa yang lagi menakutkan adalah hasad dengki manusia. Saya takut kalau ada yang menggunakan ilmu-ilmu syirik untuk menjatuhkan saya yang orang biasher biasher nie.

Kalau post pasal family bahagia ada yang cemburu melihat kebahagiaan kami. Ada yang makan hati apabila membanding kekurangan kepada diri mereka.

Sejujurnya itu saya yang dulu.

Saya yang sekarang, dah REBORN.

Setiap apa yang saya kongsikan adalah niat untuk kita sama-sama hidup bahagia, biar sama-sama berjangkit untuk memilih bahagia itu bermula dari hati kita. Bukan di shopping complex mahupun sosial media.

Saya bahagia kerana saya memilih untuk hidup bahagia. Saya belajar mengsyukuri setiap nikmat kurniaan Allah. Alhamdulillah bahagia itu akan terlahir dengan sendirinya.

Bukan kerana saya dijodohkan dengan suami yang perfect anak yang sihat bijak pandai. Ia bermula di hati kita. Bagaimana kita pandang suatu sisi perkara itu dengan mata hati.

Mungkin ada yang kata, dia tak pe lah suami sangat memahami. Kita mula membandingkan suami sendiri dengan suami orang lain yang kita nampak (bahagianya mereka). Itu yang berlaku bahagia tak jumpa-jumpa😅

Tapi, pernahkan kita tahu ujian mereka di sebalik kebahagiaan itu? Pernah ke kita tahu kesabaran tahap dewa dewi sigaraga sang isteri macam mana😆😆😆 Pernah kah kita tahu si ibu itu sentiasa bangkit di saat orang lain masih lena dibuai mimpi, mengalirkan air mata mengadu dengan pemilik seluruh alam?

Percayalah kawan-kawan yang amat dikasihi kerana Allah Taala, bahagia itu bermula di dalam hati kita. Tak perlu mencari bahagia di luar.

Ok, kat sini saya share beberapa TIPS bagaimana untuk hidup bahagia yang kita idam-idamkan. Nak suami sayang, nak suami baik, nak suami romantik, nak suami perfect lah senang citer. Nak anak dengar cakap, nak anak tidur awal, nak anak-anak rajin. Macam-macam kita nak kan. Hehehe.

Try follow TIPS simple kat bawah ini selama 30 hari dahulu. Buat consistent.

1. Bangun pagi, lahirkan rasa syukur sekecil-kecil perkara. Contoh : Alhamdulillah aku masih bernafas pagi ini. Di saat orang lain semalam, tidurnya adalah tidur buat selama-lamanya. Tapi, Allah memilih kita untuk terus bernafas.

Tarik nafas, hembus. Tarik dan hembus. Bernafas seperti baby (Haa ' tengok macam mana baby bernafas).

2. Bangun pagi ini, pegang mata. Bersyukur masih boleh melihat. Tengok siapa di sebelah kita. Pasangan ke, anak-anak ke, rakan sepejabat ke (sebab kursus, sharing bilik), atau emak ayah kita.

Bersyukurlah kita masih diberi peluang untuk melihat mereka. Bayangkan orang lain, sejak hari pertama lahir ke dunia, hidupnya gelap. Tidak berpeluang melihat indah nya alam fana ini. Allahuakhbar.

3. Peluk diri kita sendiri. Cakap I LOVE U Sakinah😍 Terima Kasih kerana setia bersama kita sehingga saat ini.

4. Always bersyukur.

5. Tengok suami, kalau rasa nak marah cepat-cepat perbanyakkan istiqfar. Dan belajar lagi bersyukur sebab kita ada suami, kita ada isteri menjadi peneman hidup kita.

Ada orang diuji hidup tanpa suami atau isteri. Ada yang PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh), ada orang yang PTK (Pergi Tak Kembali).

6. Peluk pasangan kita dan anak-anak kita, emak ayah kita dengan penuh kasih sayang😀

7. Belajar bersyukur dengan setiap kelebihan mereka, bukan mencari kelemahan.

Contoh : Suami kita sorang yang tak reti buat kerja rumah. Tapi, kalau kita mintak tolong, bercakap baik-baik, gosok-gosok manja sikit (gunakan kelebihan hubungan halal. Kalau belum nikah, mana boleh gosok-gosok😆😆😆).

Mungkin kali pertama kurang menjadi. Tak pe. Sabar. Teruskan berinteraksi secara bijak dan tenang😆😆😆 (Harap suamiku tak baca posting nie). Kalau tak, taktik kena ubah baru.

Macam kes saya share pagi tadi. Kes kucing berak depan rumah. Korang boleh baca posting saya sebelumnya.

Cukup lah sampai sini dulu ye. Saya bukan pakar rumah tangga😂 Cuma share sedikit ilmu untuk hidup bahagia😍

Kuncinya : Tenang, Syukur dan Happy.

Ok.

Sakinah,
~Always Love & Happy.

No comments:

Post a Comment