Saturday 21 September 2019

KENAPA ORANG MUDA KENA MULAKAN BISNES DARI AWAL

Hai, hai morning. Assalamualaikum, salam ceria.

Kenapa Anak Muda Kena Mulakan Bisnes Dari Awal? Ya, ini adalah topik menarik untuk berdiskusi.

Anda yang sedang membaca ini, 70% pastinya terdiri dari kalangan anak-anak muda. Anak muda yang berusia antara 18 ke 30 tahun. Yang mempunyai beberapa ciri seperti di bawah :

1. Always think out of the box
2. Love to do different things
3. Want to be a boss
4. Tidak suka dikongkong dalam membuat keputusan
5. Mempunyai bisnes minded
6. Berani menghadapi cabaran
7. Anda mempunyai impian-impian besar seperti memiliki rumah di usia muda atau travel around the world ataupun pencen di usia muda

Ok, but no worries jika anda tiada ciri-ciri seperti di atas. Asalkan yang penting anda ingin berniaga. Saya yakin pasti anda ada sebab kenapa ingin berniaga. Mungkin ingin bantu bisnes keluarga atau anda sendiri ingin bantu keluarga hidup lebih selesa.

Untuk makluman anda, kebanyakkan ahli-ahli perniagaan yang telah berjaya asalnya kehidupan mereka suatu masa dahulu datangnya dari background family yang kurang berada. Hidup cukup-cukup makan, kais pagi makan pagi. Kais petang makan petang.

Asbab sejarah keluarga ini mereka nekad untuk ubah ekonomi keluarga mereka. Alhamdulillah.



Saya sendiri datang dari family yang pernah dipandang hina, dikutuk kerana hidup miskin melarat menyusahkan orang, emak ayah hidup berhutang untuk besarkan anak-anak yang ramai. Saya mempunyai 14 orang adik-beradik dan saya anak yang ke-4, sulong perempuan. Arwah ayah seorang peneroka (Kelapa Sawit) dan emak hanya sorang suri rumah.

Bagi membantu ekonomi keluarga, emak berniaga kuih-muih, jual nasik bungkus dan macam-macam jualan kampung atas permintaan peraih (Orang tengah) seperti jual pucuk paku dan buah pinang yang siap dibelah dan dijemur.

Saya masih ingat moment itu, sebab saya pernah melecit tangan tolong belah buah pinang yang keras itu berguni-guni setiap hari. Saya tak sanggup melihat emak ayah bersusah payah untuk kami.

Dalam masa yang sama emak jugak mengambil upah menjahit baju di kejiranan kami. Besar pengorbanan emak ayah untuk pastikan kami anak-anaknya dapat makan, bersekolah dan ber baju raya setahun sekali.

Anda bagaimana pula? Renung-renungkan kasih sayang pengorbanan mereka kepada kita.

Haa ! ada yang mata masuk habuk ke? Hehehe. Kalau ada, pasti anda pun pernah melihat kesusahan emak ayah besarkan anda kan.

So, topik kita hari ini kenapa anak muda kena mulakan bisnes dari awal?

1. Makin Matang dan dapat kumpul Pengalaman :



Bila kita baru ingin memulakan bisnes tanpa pengalaman hatta jual sebatang pen pasti akan ada fasa-fasa penolakkan (Rejection), kegagalan-kegagalan kecil. Ini adalah normal. Even saya dah 5 tahun dalam bisnes pun ada rejection, up and down. Ia ada skill yang perlu kita belajar. Skill ini lah yang akan mematangkan anda dan memberi pengalaman-pengalaman baru setiap hari dalam hidup anda.

Percaya lah apabila anda berjaya handle rejection, melalui pelbagai kegagalan dan cabaran, InsyaAllah hala tuju bisnes anda mudah untuk pergi jauh.

Cuba selusuri perjuangan tokoh Islam kita yang terbaik iaitu baginda Nabi Muhammad SAW. Baginda pun melalui pelbagai cabaran untuk sebarkan dakwah dan baginda juga sorang peniaga yang disegani pada zaman baginda.

2. Mempunyai banyak Masa dan Kurang Komitmen :



Anak muda kebiasaanya belum bekeluarga. So, dari segi komitmen belum banyak seperti ibu anak 4 atau suami anak 6.

Mereka tidak perlu fikir masalah nak tinggalkan anak kepada siapa untuk berniaga. Meraka tak perlu sediakan susu anak, makan pakai minum anak.

Meraka hanya fokus urus diri sendiri sahaja dengan bijaksana. Mereka dapat memaksima fokus kepada bisnes dari berpoya-poya bersama kawan membuang masa entah apa-apa.

3. Masa untuk balas pengorbanan Emak Ayah :



Ini lah masa untuk anda balas pengorbanan emak ayah anda selama ini. Dengan bisnes anda dapat kumpul duit hasil bisnes anda untuk hantar emak ayah tunaikan ibadat haji atau umrah. Ia jauh lebih berkat dan yakinlah rezeki anda akan melimpah ruah berganda-ganda apabila membahagiakan keramat dunia akhirat kita.

4. Masa untuk develop yourself and grow your own bisnes :



Masa ini lah untuk anda kembangkan bakat kepimpinan sebagai sorang leader dan bos yang baik. Bila anda berjaya lead team anda, InsyaAllah bisnes anda mudah untuk grow.

5. Masa untuk kenal Allah dan diri sendiri :



Bila berniaga kita akan lebih dekat dengan Allah Yang Maha Memberi Rezeki. Saya berkongsi dari pengalaman saya sendiri.

Dulu semasa bekerja saya takut dan risau membuat silap. Saya risau kalau buat silap nanti kena buang kerja, atau kena potong gaji. Sometimes saya bekerja dalam keadaan ketakutan dan risau.

Saya akan pastikan setiap performance dan kerja yang diberikan adalah yang terbaik untuk company walau sanggup overtime. I enjoy my works walau stress. Solat hujung-hujung waktu kerana dahulukan kerja.

Saya lupa yang memberi rezeki adalah Allah SWT. Saya lupa pegang Kunci Pemberi Rezeki. Majikan hanya lah asbab sahaja.

Bila berniaga, saya belajar konsep Siapa Pemberi Rezeki. Bukan pelanggan atau dalam erti kata lain manusia. Tetapi ia datang dari Allah SWT. Bagaimana cara kena lah join my team.

6. Masa untuk Travel :



Dengan berniaga kita mempunyai banyak masa untuk travel sambil mentadabbur bumi Allah Yang Maha Luas dan Agong ini.

Ingat bukan semua bisnes ada masa untuk travel. Kalau kita tiada di company, bisnes tak berjalan. Banyak bisnes macam ni.

Alhamdulillah bisnes yang saya usahakan sekarang walau anda dalam tempoh travel, bisnes tetap berjalan macam biasa. Tak perlu risau fikir staff tak masuk kerja, production jalan atau pending.


7. Masa bersama keluarga :



Ini antara part paling mahal yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit. Walau anda kaya dan berduit belum tentu anda ada masa untuk mereka.

Namun bukan bermaksud anda tidak perlu berniaga. Jika tiada income pun anda tak senang hati. Masa ada untuk keluarga tetapi hanya jasad bersama meraka. Fikiran kita di tempat lain. Fikirkan mana nak cari duit. Not in present moment.

So, dua-dua perlu dan kena balance.

8. Masa untuk Money Freedom :



Dengan Berniaga anda boleh tentukan berapa income yang anda inginkan. Berapa saving anda, perbelanjaan bulanan anda yang tentukan. Then, kita usaha.

Berbeza kerja makan gaji. Anda hanya akan bertumpu kepada gaji yang sama setiap bulan. Jika RM2000, maka setiap bulan akan datang pun RM2000. Sedangkan anak-anak makin membesar. Mereka perlu makan, pakai, education dan macam-macam perbelanjaan.

Masa ni lah jugak anda boleh plan berapa saving anda di usia emas nanti. Bukan menanti pencen 50-60 an baru nak merasa duit simpanan yang mana mungkin waktu itu anda sudah tidak seaktif di usia muda. Nak tunaikan haji pun dah tak kuat, sakit-sakit badan sebab sibuk spend masa untuk company yang bukan hak anda. Anda sibuk kayakan majikan anda.

9. Masa untuk bina Network :



Masa ini lah untuk anda bina jaringan Network bisnes anda. Anda bebas untuk bergaul dan menghadiri kelas-kelas bisnes, kelas pembangunan diri dan bisnes anda.

Anda akan jumpa macam-macam background pelanggan dan jugak rakan niaga. Sebagai contoh network saya terdiri daripada pekerja sewasta, pelajar dan guru, doktor, lawyer, akauntan, ahli perniagaan, bakers, traveller, Motivator, Beautician, Suri Rumah Bekerja, Investor dan ramai lagi.

Amacam?

Jika anda bekerja anda sendiri belum pasti akan dapat capai 9 perkara di atas tadi. Kenapa?

Sebab guru saya pernah berkongsi sehingga membuka hati saya untuk berfikir.

Kita sangka bangun tidur keluar awal pagi untuk pergi kerja, then balik kerja lewat petang itu menjanjikan kebahagiaan kita. Kita sangka kita spend masa untuk diri kita. Ramai yang silap.

Rupanya rutin pergi kerja setiap hari sampai 10 ke 20 tahun itu hanya merugikan diri sendiri. Sebab andai oneday kita dah tidak bekerja di situ apa yang kita dapat? Kita tak dapat apa-apa. Mungkin kita dimewahkan dengan harta benda (itu pun atas dasar hutang) hasil dari bekerja. Tetapi, kepakaran kita bagaimana.

Sepatutnya bila kita dah lama bekerja mesti jadi someone hebat atau pakar dalam bidang kan. Tapi tidak.

Berapa ramai hari ini, orang yang bekerja 5, 6 tahun tiba-tiba diberhentikan kerja dan sukar untuk diterima kerja di mana-mana tempat. Kerana dalam perhatian, pengalaman orang terdekat dan saya sendiri yang pernah kerja makan gaji dan melalui pelbagai peringkat peperiksaan dan temuduga kerajaan dan jugak swasta : Dalam bidang kerjaya makan gaji, hanya ada dua kumpulan manusia sahaja.

1. Manusia akan digaji berdasar kepada pengalaman mereka - 5, 6 tahun pengalaman dalam bidang yang ditawarkan. Permintaan kecil, 1 : 100. Persaingan tinggi.

2. Manusia akan diterima kerana usia mereka - anak muda yang ada bakat plus pengalaman. Ada bakat tetapi tiada pengalaman harapan tipis.

Makin tua seseorang pekerja makin sukar untuk diterima bekerja atas faktor. Seperti kes yang latest. Penutupan Syarikat Surat Khabar Utusan Malaysia telah menyebabkan 700 pekerja hilang punca pendapatan.


- Komitmen orang berusia besar sebab kebiasaanya mereka dah bekeluarga.
- Orang berusia kebiasaannya mempunyai masalah kesihatan dan kurang aktif. Itu penting jaga kesihatan.
- Kurang inovatif dan kreatif.
- Susah untuk ditegur dan menerima perubahan.

Manakala pekerja yang berusia lebih muda kebiasaannya gagal diterima kerja sehingga terlalu banyak lambakan penganggur :

- Persaingan tinggi.
- Bagi mengurangkan kos lantikan pekerja, seiring dengan peredaran zaman, kebanyakkan majikan banyak menggunakan robot dan mesin untuk urusan syarikat. So, hanya mereka yang ada kelayakkan tinggi sahaja akan terpilih.
- Pihak majikan mencari pekerja yang berpengalaman at least 1 ke 2 tahun (bonus untuk anda).
- Bayangkan bagaimana nak ada pengalaman kalau setiap kali pergi temuduga mereka mencari yang berpengalaman. So, sampai ke sudah anak muda tiada pengalaman. Sebab itu ramai anak muda yang tidak bekerja dalam bidang yang mereka belajar sebelum ini.
- Mereka menolak pendapat yang menyatakan anak muda memilih kerja.

Haa ! banyak pulak cerita pasal kerja makan gaji ye.

Saya bukan apa ini hakikat kerja makan gaji sekarang. Mereka yang dah bekeluarga lagi susah nak dapat kerja kerana faktor mengandung dan anak (untuk wanita).

So, jika anda adalah orang muda, anda anak muda yang baru nak berniaga. Tahniah.

Tahniah saya ucapkan kerana anda berada di jalan yang benar lagi tepat.


Klik baca link di atas.

Dah faham dan ingin sertai kami di Team Jom ! Jutawan Shaklee? Anda ada 4 pilihan cara, iaitu :

PILIHAN 1 : Anda join Shaklee sebagai New Members Sah dengan Modal serendah RM75 sahaja untuk keahlian. Anda akan diberikan Set Starter Kits bagi memulakan bisnes.

PILIHAN 2 : Atau anda join Shaklee dengan pembelian produk Shaklee minima 200UV (RM800 bergantung kepada Set Vitamin) untuk melayakkan anda peroleh beberapa kelebihan seperti di bawah :

- Anda dapat Starter Kits Percuma
- Anda dapat Keahlian Percuma bernilai RM75
- Anda dapat Full Set Produk Shaklee

PILIHAN 3 : Anda boleh join Projek Jom ! Detox Jutawan (Klik sini baca).

PILIHAN 4 : Anda boleh join Projek Mobila Spa The Walking Beauty (TWB) yang sedang mendapat permintaan tinggi. (Klik baca di sini).

Dah tahu nak pilih yang mana? Let's contact me, Ask me NOW. (Sakinah : 019-916 4276)

Fast Action ! Fast Result !

Hanya orang yang bertindak akan dapat hasil. Berhenti kata nanti atau bertangguh sebab peluang hanya datang sekali sahaja. Jika ia datang berkali-kali itu bermakna memang Allah sedang gerakkan hati anda untuk bertindak dan berubah.

Ok.

Jom ! tekan button LIKE, COMMENT dan SHARE jika anda rasa entry ini bermanfaat dan sebagai tanda sokongan anda kepada kami untuk bantu melahirkan anak muda dan ummah yang lebih kaya, bahagia dan berjaya.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

No comments:

Post a Comment