Sunday 29 September 2019

TIPS BISNES : 5 MOTIVASI MANUSIA


Ramai orang berminat untuk berniaga. Atau hakikat yang sebenarnya, ramai orang nampak berniaga boleh memberi peluang duit yang berganda-ganda.


Tetapi bila sebut je untuk berjaya dalam bisnes perlu mencari orang, berjumpa orang, bercakap dengan orang, mereka terus angkat kaki undur diri.

Tahukah anda apa-apa jenis perniagaan semuanya akan melibatkan manusia. Rasanya sehingga hari ni, belum ada orang berniaga pembelinya ayam, kucing atau kambing.

Betul, betul.


Hatta makanan kucing pun, yang membelinya tuan kucing iaitu manusia. Bukan kucing. Kalau kucing, membeli tak tahu apa yang jadi.

Dapat sesuatu?

Nampakkan buat lah apa-apa bisnes memang kena deal dengan manusia. So, kat sini lah saya nak share 5 Motivasi Manusia dengan anda untuk bantu bisnes menjadi lebih cemerlang.

Are you ready?

Orite, jom lihat apa 5 Motivasi ini. Jika anda faham 5 Motivasi ini, InsyaAllah bisnes anda akan lebih maju.

1. TAKUT : Bila ada sesuatu yang ditakuti atau bila ada bayangan ketakutan, manusia akan bertindak mengatasi ketakutan tersebut.

Contoh : Pembeli Set Detox Shaklee akan membeli apabila mereka takut membayangkan kegemukkan sekarang bakal mengundang penyakit-penyakit yang merbahaya seperti serangan jantung, strok, tanpa sedar dan terus membawa maut sebelum sempat dirawat.

2. EKSLUSIF : Manusia akan bertindak jika sesuatu itu Ekslusif seolah-olah untuk dirinya sendiri sahaja.

Contoh : Mobile Spa The Walking Beauty (TWB) Ekslusif untuk anda sahaja kerana training dilakukan praktikal one-to-one antara anda dan trainer sahaja. Bukan secara beramai-ramai di dalam hall. Bayangkan Trainer TWB fokus kepada anda, masa tu tanya lah apa yang anda nak tahu atau tak faham.

Berbeza jika training dalam kelompok yang besar. Mungkin anda tak diberi perhatian pun sebab trainer tak perasan kehadiran anda di celah-celah puluhan wanita lain.

3. RASA BERSALAH : Manusia bertindak untuk menutupi atau mengatasi rasa bersalah itu.

Contoh : Seorang ibu rasa bersalah kerana gagal memberi makanan terbaik buat anak-anaknya di usia 0 ke 2 tahun. Kerana kegagalan si ibu kurang dan cetek ilmu keperluan makanan di usia tersebut membuatkan si ibu bertindak mencari solusi.

Bila anak dah mula membesar, anak selalu jatuh sakit. Anak selalu demam dan mudah berjangkit sebab lemahnya sistem imunisasi anak-anak.

Jadi si ibu mencari Set Imunisasi Shaklee untuk anak-anaknya supaya kurang jatuh sakit atau cepat pulih bila sakit.

Orang putih kata, "Prevent better than cure".

4. TAMAK : Manusia memang semulajadi tamak. Jika ada sesuatu yang dapat memenuhi rasa tamak itu, mereka akan bertindak.

Paling mudah, selalunya pelanggan akan menjadi TAMAK bila anda memawarkan Full Pakej Produk atau Servis anda.

Dalam Detox Program Shaklee Jutawan, kami menawarkan Group coaching, Coaches berpengalaman, Jadual Makan dan Menu makanan yang terbukti berkesan, dan lagi power kalau anda mengajak kawan-kawan atau sedara-mara sama-sama join our program, anda layak peroleh Referral Fees sebanyak RM25 per head. Kalau 3 rakan yang join, anda dapat lagi RM50 tambahan dan matching bonus RM75.

So, total semua part Referral ni sahaja dah RM150. Dah boleh guna untuk isi duit minyak kereta, bayar yuran sekolah anak, bil telefon atau belanja anak-anak makan dengan amout tersebut. Belum cerita lagi Cash Bonus lain.

Bakal pelanggan akan rasa rugi kalau lepaskan peluang ini.

5. EGO atau CEMBURU : Jika ada sesuatu yang boleh memenuhi rasa ego atau cemburu, mereka pasti akan bertindak.

Biasanya EGO bila pelanggan tengok rakanya pun buat perkara itu, lalu dia pun ingin turut buat sama. Dia jadi tak keruan kalau tak join buat bisnes atau detox program.

Haa ! inilah 5 Motivasi yang saya katakan tadi anda kena faham dan hadam.

Semoga sharing ini dapat membantu anda dan jika anda rasa ia bermanfaat, sila tekan button Likes, Comment & Share supaya lebih ramai sama-sama kaya, bahagia dan berjaya.

Sakinah,

~Mengajak sama-sama Bijak Berniaga.

No comments:

Post a Comment