Friday 26 July 2019

PRIVATE CLASS METAMORPHOSIS BERSAMA LAT FAMILY DAN GLC GROUP DI KL (PART 1)

Kelas Reborn Metamorphosis, di KL
bersama Tuan Afnan Rosli.
Bismillahirahmanirahim.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Pengasih lagi Maha Penyayang. 

Allahuakhbar (3x).

Allah Maha Besar (3x).

Tak terungkap dengan kata-kata mahupun potret-potret indah yang bakal Kinah kongsikan.

Namun demi sebuah pengalaman yang amat berharga, Kinah bangkit meneruskan kata-kata untuk sebuah penulisan sebagai saksi diri ini pernah bersama Tuan Afnan Rosli dalam kelas Reborn Metamorphosis beliau.


Semoga penulisan ini memberi 1001 manfaat kepada anda bakal pembaca yang amat dikasihi dan disayangi sekalian.

Ambil lah ia sebagai ikhtibar dan pedoman.

Actually kelas Reborn Metamorphosis ini berlaku di luar sangkaan Kinah mahupun semua peserta yang hadir. Ya, kami semua tak sangka semudah dan secepat ini ia berlaku.

Dan Kinah percaya peserta yang hadir pada hari tersebut adalah mereka yang sangat-sangat hebat dan insan-insan terpilih untuk bersama Tuan Afnan Rosli dan Team LAT, GLC Group.

Ni antara mereka yang hadir pada hari tersebut. Ramai luar dari KL termasuk lah Kinah sendiri. Ada yang dari Sabah, Sarawak, Perlis, Kedah, Perak, Johor dan seluruh Malaysia lah senang citer. Sanggup datang dengan satu tujuan iaitu Reborn.


Oh ! ye. Mungkin ada yang tertanya siapa Tuan Afnan Rosli nie? Leader Shaklee ke? Pakar Motivasi terkenal ke?

Tuan Afnan Rosli yang banyak mengajar kami semua be happy.

Ye lah. Kinah kan Shaklee Members dan suka attend kelas-kelas motivasi serta bisnes.

Korang mungkin fikir pelik siapakah orangnya (jika belum kenal beliau). Sebab beliau bukannya pakar motivasi, bisnes trainer terkenal seperti Prof. Muhaya, Dr. Fadzilah Kamsah, Dr. Azizan Osman dan ramai lagi.

Cuma lately, kemunculan beliau tiba-tiba "spark" mata pengguna Social Media di Facebook termasuk Kinah sendiri.

So, Kinah story sikit cam mana Kinah dan team Shaklee boleh terjebak dengan beliau.



(Sebelum itu, suka Kinah ingatkan posting ini agak panjang dan ber chapter. So, perbanyakkan bersabar dan teruskan pembacaan sehingga ke akhir ye).

Sebenarnya Kinah dah lama friend dengan FB Tuan Afnan sebelum beliau tiba-tiba decide buat class Metamorphosis lagi.

Dipendekkan cerita, start Ramadhan baru ni tiba-tiba Mentor Kinah Kak Ira dengan Kak Maria share pasal beliau. Masa tu Tuan Afnan all out share effect after kelas Mega Metamorphosis kat wall nya. Sometimes Tuan Afnan ada buat FB Live tentang ilmu-ilmu Metamorphosis.

Setiap hari Kinah follow dan baca tanpa miss. You know what?

Setiap apa yang beliau share tu sangat kena dengan hidup kita. Sangat tepat.

Senang cerita.. Ini lah yang Kinah sedang tercari-cari.

"Apa membuatkan aku stuck dalam bisnes ini? Apa yang membuatkan aku tak boleh pergi jauh?"

Kejayaan dah nampak kat depan tapi jalan tu berliku-liku. Buat itu tak jadi, buat ini tak jadi. Sedangkan orang berjaya pun buat jugak macam tue. But ! me? Apa road block yang membuatkan kejayaan tu sukar digenggam. Apa road block yang membuatkan hati ni tak happy. Ada duit pun still tak happy.

Bahagia? Kinah bahagia. Rupanya jawapan bahagia yang sebenar ada dalam kelas Reborn Metamorphosis nie.

Metamorphosis teach How to live in Happiness without stress or feel sentiasa tak cukup. Buat kerja sikit (effortless) tapi result mudah.

Banyak yang diajar dan Kinah rasa beliau ikhlas berkongsi ilmu related dengan Al-Quran dan Sains yang mudah untuk difahami. Beliau ikhlas nak kita semua hidup bahagia.

Actually beliau dah cukup kaya, dah hidup senang, melimpah ruah, enjoy lifestyle beliau. Beliau boleh je untuk tak buat kelas Metamorphosis.

But ! Why? Itu lah yang Kinah nak share.

Beliau nak kita hidup happy. Dan Kinah pun nak korang hidup happy.

Sebab Kinah pernah melalui fasa hidup rezeki melimpah ruah tapi stress, tak de masa untuk diri sendiri dan family, hujung minggu pun bekerja walaupun cuti, tak de masa yang special untuk Allah SWT. Solat sebab rasa ia satu rutin wajib bukan sebab rasa syukur mahupun kasih kepada sang pencipta. Solat hujung-hujung waktu. Buat Solat Sunat Dhuha, Tahajjud sebab harapkan sesuatu sedangkan sebenarnya Allah dah bagi banyak sangat nikmat kat diri ini. Tapi, jarang buat sujud syukur. Utamakan dunia dariNya. Boleh menangis dan insaf sebut bab solat nie.

Kinah pernah bekerja dengan gaji yang cukup selesa di mata orang ramai (5K sebulan). Tapi, stress sebab sentiasa berusaha nak jaga KPI. Tapi, KPI dengan Allah? Kinah tak sedar itu lagi utama dan penting.

Kinah pernah bekerja gaji cukup-cukup makan dan gaji dibayar lambat. Pertengahan bulan kedua baru masuk gaji. Orang lain dah nak gaji kali kedua, Kinah baru masuk gaji. Tapi, kerana percaya itu rezeki Kinah. Kinah tetap bekerja dalam sesak mencatu belanja.

Kinah pernah bekerja sehingga 2 bulan habis kontrak gaji masih tak dibayar. Stress follow up tuntut gaji pulak.

Kinah pernah hampir terjebak dengan dunia makan duit haram. Alhamdulillah Allah masih sayangkan Kinah. Allah masih pelihara Kinah.

Dunia Kerjaya ni, apabila kita makin tinggi makin besar cabaran dan hasad dengki manusia bertopengkan syaitan yang berusaha ingin menjatuhkan kita.

Bukan semua orang laluinya. Hanya insan terpilih sahaja.

Itu lah dunia kerja makan gaji Kinah.

Kinah percaya anda pun ada kisah perit, pedih dalam membina kerjaya kan bahkan dalam kehidupan korang?

Kinah pernah menganggur berbulan-bulan tanpa pendapatan.

Dicemuh, dihina kerana kemiskinan itu dah biasa. Difitnah kerana dengki dan tak puas hati. Walau kita tak pernah kacau hidup mereka, pun dah merasa.

Kinah pernah emak ayah hampir bercerai-berai, tak duduk sebumbung dan macam-macam ujian keluarga Kinah lalui dalam proses mengenal erti hidup. Kinah berkasar dan kurang ajar (tinggikan suara) dengan emak yang melahirkan Kinah. Teruknya Kinah ni, korang. 

Bila Kinah sendiri kahwin, hidup Kinah tak seindah yang dibayangkan. Seperti mimpi ngeri  melihat emak ayah bergaduh itu berulang kembali dalam episod hidup Kinah sendiri.

Sejak Kinah kahwin, kami laki-bini selalu bergaduh hal-hal yang sama. Orang kata gaduh tu asam garam dalam rumah tangga. Tapi, kalau gaduh sampai tahap pernah fikir nak bercerai-berai itu ada yang tak kena. Itu bahaya.

Ye, bukan mudah nak serasi duduk sebumbung dengan orang yang dibesarkan oleh ibu bapa mereka dengan cara dan rentak mereka. Sebelum berkahwin kita tak sebumbung. Banyak buruk yang kita tak nampak. Bila dah kahwin kita akan nampak segala buruk pasangan kita dan begitu juga lah pasangan kita (nampak buruk kita).

Sejujurnya, sebelum kahwin.. Kinah dah ready jiwa raga hidup susah senang, baik buruk pasangan. Tapi, bila masuk alam perkahwinan ia menjadi lain pulak.

What ever it is, ini semua adalah hikmah.

Kinah bukan nak gaduh. Kinah sangat tak suka pergaduhan. Trauma lama masih bersisa melekat di hati. Sebab taw ia memberi impak yang tak bagus kepada misi membina keluarga bahagia yang diidamkan. Semua orang nak hidup bahagia. Tiada siapa pun yang tak nak bahagia.

Kinah dengar ceramah kekeluarga seperti Ustaz Ebit Lew, Ustazah Norhafizah, Ustazah Asma dan ramai lagi. Semua yang orang share Kinah dengar dan cuba praktiskan.

Tapi, tak sangka rupanya dengan Metamorphosis ni Kinah dapat clear solution lagi.  Lebih deep. Alhamdulillah.

Jika dibandingkan dengan orang lain, Kinah amat-amat bersyukur sebab Allah beri Kinah peluang kenal Tuan Afnan Rosli dan belajar ilmu yang beliau kongsikan.

Bina legasi bisnes anda bersama kami. Jom ! daftar training Spa Terendah dan Termurah di pasaran Malaysia dengan nilai RM2 999 sekarang ! Anda jimat hampir RM7 000 taw dan anda juga berpeluang untuk peroleh Percutian Mewah PERCUMA bersama Shaklee ke Korea dan Switzerland pada tahun hadapan. Whatsapp segera : 019-916 4276.
Alhamdulillah.. sebaik balik dari kelas Reborn Metamorphosis ni, Kinah rasa sangat bahagia. No more gaduh-gaduh suami isteri sebab setiap pergaduhan itu sebenarnya ada kaitan dengan ilmu sains yang beliau share.

Malam tu, habis je kelas miracle terus berlaku. Walau badan, dah keletihan seharian kelas sampai ke malam. Dengan malam sebelum kelas dah tidur lewat, memang tak cukup rest.

Papepun Alhamdulillah. Syukur still mampu layan kehendak suami ajak pi dating makan kat kedai mamak pukul 1 pagi😍 Dah lah hujan renyai-renyai. Macam orang baru bercinta taw. Berpelukan dalam hujan paut pinggang suami berbaju singlet pagoda berkain pelikat. Kinah pulak mata dah lalok tapi mulut non-stop bercerita. Macam orang tengah khayal taw. Tak hirau orang sekeliling. Tak kisah suami berkain pelikat keluar pi makan.

I miss that moment.

Rupanya kitorang dah lama tak keluar dating berdua. Selalu keluar bertiga dengan anak. Alhamdulillah anak tidur. Allah bagi peluang.

Jangan ada yang salah faham pulak, kata anak ni penghalang kebahagiaan. NO. Itu kena kupas topik lain lah pulak. Hehehe.

Ok.

Dulu..

Kalau Kinah sebelum kelas, mesti akan tolak ajakan suami. Mesti akan kata : "Letih lah abang. Baru habis kelas. Seharian kat kelas. Anak tidur nie. Nanti, kalau dia bangun cari sayang macam mana? Tak nak lah. Nak tidur dah" Inilah antara alasan-alasan yang Kinah akan berikan.


Sejak ada anak selalu banyak menolak suami ajak keluar. Pastu, kalau suami nak ajak keluar mesti nak kena buat appointment dulu at least sehari sebelum (bergantung kepada jenis aktiviti).

Let's say aktiviti tu perlu ambil masa lama dan makan masa berhari-hari kena inform awal-awal untuk arrange schedule Kinah. Kalau nak keluar petang, paling lewat pagi tu kena inform dulu. Banyak sangat syarat Kinah letakkan yang menjarakkan diri Kinah kepada kebahagiaan sebenar.

Ini bab keluar. Sebenarnya banyak perkara yang sedang Kinah perbetulkan dari segi hubungan suami isteri anak dan kekeluargaan. Alhamdulillah i'm feel my life always happy, much better walau apa ujian pun.

Selepas kelas tetap ada ujian, tapi kita dah pandai manage ujian tersebut as hikmah dan menerimanya dengan bahagia. Alhamdulillah memang miracle happend everyday. Tak terungkap dengan kata-kata je.

Sedangkan sebelum kelas offline lagi dah rasai keajaiban demi keajaiban yang Allah kurniakan kepada kami. Sejak follow Tuan Afnan dan praktik kan ilmunya.

Kinah ada di kelas offline Reborn Metamorphosis ni pun satu miracle taw. Asal suami tak bagi pergi. "Cukup belajar kelas online je. Yang online pun tak habis belajar nak pergi offline pulak? Anak siapa nak jaga? Mana nak cari duit? Nak stay kat mana? Lama tue.. Yuran berapa? Makan minum cam mana? Abang ada meeting.."

Korang rasa apa perasaan Kinah😭 But ! Kinah jenis yang tak reti kenal erti menyerah kalah sebelum sampai ke garisan penamat. Kata lah nak kata apa pun. Thats me. Never ever say give up with me. Kinah yakin pasti Kinah dapat attend kelas ni. (Submit doa betul-betul dengan Allah macam Tuan Afnan ajar).

Korang taw apa suami Kinah cakap lagi? "Fanatik sangat dengan Afnan tue. Semua Afnan, Afnan, Afnan. Cakap suami tak penting dah.. bla bla bla."

Hahaha..

Relax. Suami tengah marah, kita cool. Kinah ambil jalan mudah. Tak payah gaduh dengan suami. Nanti Kinah pasti ada di dalam kelas tue. Positive.

Ada yang nak taw ke cam mana Kinah berjaya attend kelas dengan mudah dan bahagia? Panjang story nie?

Kita sambung next part ye.

Stay Tuned.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

4 comments:

hayati suki said...

Woww..bestnya dapat join..

Anonymous said...

http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/3698-bayan-linnas-siri-ke-134

sakinah (SMS) said...

TQ, Sharing link bayan linnas itu.

Unknown said...

https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/3698-bayan-linnas-siri-ke-134
moga bermanfaat..

Post a Comment