Saturday, 23 May 2015

HINA BESI KERANA KARAT, HINA MANUSIA KERANA HIDUP MELARAT

Assalamualaikum wbt..

SMS mendoakan semoga sahabat pengunjung blog Cinta Hati SMS sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan bahagia sentiasa.

Anda dimasukkan ke Syurga tanpa dihisab.

InsyaAllah.


 " HINA BESI KERANA KARAT, HINA MANUSIA KERANA HIDUP MELARAT "

Di satu hari, si anak pulang dari sekolah. Cepat-cepat dia naik memijak anak tangga tanpa cecah ke bumi. Dah tak sabar nampaknya, si anak nak dapatkan emak di dapur

Emak !! Emak !!

Emak, ayah mana?

Ayah kamu ke kebun. Kenapa Faiz? Kot ye pun, pergi lah tukar baju dulu. Bersihkan badan

Emak.. Kenapa kita miskin? Kenapa ayah tak kaya? Semua kawan-kawan duk ejek Faiz kat sekolah. Dorang cakap, Ayah tempang. Mereka cakap rumah kita buruk.

Rumah Usang yang menjadi ejekan kawan-kawan Faiz.
Dorang cakap Faiz kedekut. Dorang cakap Faiz... Faiz.. Sambil menangis.

Kata-kata si anak terhenti di situ apabila terpandang tongkat si ayah di balik pintu.

Faiz.. Biarlah orang nak kata apa pun kat kita. Jangan sampai Allah yang kata kepada kita. Jangan sampai Allah berpaling dari melihat kita. Emak selalu pesan.. Belajar rajin-rajin. Dengar cakap emak dan ayah, nak.

Faiz tak sayang ayah ke? Tak sayang emak? Ke Faiz lebih sayang kata-kata ejekan kawan faiz?

Lembut sahaja emak si Faiz berkata. Dalam hati hanya Allah yang taw.

Di balik pintu.. Hanya Allah yang tahu

Faiz.. Pandang emak, nak..

Belajar rajin-rajin, yer. " Biarlah Hina besi Kerana Karat, Jangan Hina kita Kerana Hidup Melarat "

Dengan ilmu dan amal sahaja kita takkan hidup melarat anakku

Pedulikan kata-kata orang yang tidak pernah berhenti bercakap. Kita yakin dengan kuasaNya. Kita yakin dengan ujianNya. Kita yakin kita hanya ada DIA.

Kita tak miskin nak.. Emak dan ayah masih mampu menyekolahkan Faiz. Makan dan pakai cukup walaupun tak semewah anak raja.

Sabar, yer nak. Kejayaan dan kebahagiaan akan sentiasa bersama Faiz selagi Faiz letak ALLAH di hati

Faiz kan best students. Kenalah kuat dan tabah. Emak dan ayah sentiasa doakan Faiz.

FOCUS WALAU ADA SEMUT YANG MEMANJAT KERENGGA YANG MENGGIGIT

Setelah 20tahun berlalu..

Hasil kata-kata nasihat kedua orang tuanya,

Faiz menjadi insan yang hebat dan hidup kaya dan bahagia bersama emak dan ayahnya

Alhamdulillah

Sahabat,

Untuk berjaya kita perlu FOCUS dan Tabah berusaha walau ada yang menunding jari, walau ada yang tidak berpuas hati.

Anggaplah seperti kita ingin memanjat pokok jambu untuk memetik buah.. pasti ada semut dan kerengga yang menghalang niat itu.

Jika kita berhenti berusaha, sudah pasti buah itu takkan tercapai melainkan dengan usaha samada teruskan memanjat atau cara lain yang lebih selamat.
So, untuk berjaya kita perlu FOCUS.

Forget
Others
Comitment
Until
Succcess

SMS doakan semoga anda kaya dan bahagia walau dimana jua anda berada.

Sila SHARE jika anda rasa entry kali ini memberi manfaat kepada mereka di luar sana.

InsyaAllah.

Salam Kekayaan, Kejayaan dan Kebahagiaan.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS 
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment