Monday, 4 May 2015

REZEKI SEPERTI ALIRAN SUNGAI YANG MENGALIR TENANG

Air terjun diumpamakan seperti rezeki yang melimpah.
Assalamualaikum wbt..

SMS doakan semua pengunjung blog Cinta Hati SMS sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat oleh Allah SWT.

InsyaAllah.

Sahabat pernah tengok dan merenung kejadian air terjun atau sungai dan juga laut?

Dimana terdapat sungai yang mengalir tenang dengan sungai yang bertakung?

Kita semua tahu, kan..

Dari mana datangnya, kalau bukan dengan kekuasaan Allah SWT Yang Maha Besar lagi Maha Agong.

Dia penguasa seluruh alam semesta ini.

SEMAKIN BANYAK CABANG SUNGAI SEMAKIN BANYAK REZEKI KITA

Air sungai puncanya dari gunung atau air mata air.

Betul, betul..?

Ia akan sentiasa bertambah apabila Allah SWT menurunkan hujan di pergunungan.

Ia mengalir dan semakin mencurah-curah mengikut alur anak sungai masing-masing.

Namun, ada satu keadaan yang mana kelihatan air sungai bertakung sehingga menghijau dan berkeladak kerana berlumut dan tidak nampak dasarnya.

Bila terjumpa keadaan air cam nie.. Kita mesti rasa takut untuk mencuba dan mandi di situ.

Betul, kan..

Kalau zaman saya kecik-kecik dulu, emak selalu pesan.. jangan main air sungai kat situ. Bahaya..

Air dalam, ada buaya (Buaya itu sebenarnya, keladak dalam jiwa kita.)..

Hahaha..

Ok, berbalik kepada air sungai tadi.

Berbeza pulak dengan sungai yang mengalir tenang. Airnya sentiasa jernih..

Jernih dan indah dasarnya.

Kelihatan anak-anak ikan berkejaran di celahan batu-batuan.

Airnya sejuk dan nyaman.

Ramai yang bermandi-manda.

Riang gembira.

Tahukah, sahabat?

Airnya yang mengalir akan sentiasa sampai ke laut dan diangkat kembali ke langit melalui kitaran alam (Penyejatan dan kondensasi serta banyak lagi proses).

Bayangkan ini adalah cabang-cabang rezeki yang anda berikan.
Dan diturunkan semula melalui hujan.

Begitu jua hidup kita.

Rezeki kita.

Dimanakah rezeki kita?

Hati kita?

Adakah menjadi sungai yang bertakung atau sungai yang mengalir memberi manfaat kepada ramai orang?

Hidup ini adalah pilihan, sahabat.

Mesti, anda terfikir.. Gaji aku tak banyak pun. Cam mana aku nak memberi?

Jangan risau, sahabat.

Semakin banyak kita memberi, semakin banyak kita akan dapat. Usah teragak-agak untuk memberi.

" THE MORE YOU GIVE. THE MORE YOU GET BACK "

Kerana rezeki kita seperti kitaran air sungai tadi.

Rezeki yang diperolehi itu, bukan milik kita. Ia hanya lah persinggahan. Allah ingin menguji ketulusan dan keikhlasan hati hamba-hambaNya.

Memberi tidak semestinya, dalam bentuk wang ringgit.

Kita boleh memberi kasih sayang, ilmu yang bermanfaat, makanan dan banyak lagi yang mana ia akan menambah nilai hidup insan yang menerima.

InsyaAllah :-)

So, sahabat.. Pilih lah sungai yang sentiasa mengalir untuk kehidupan yang lebih berkat dan bahagia.
NAK BERHENTI KERJA ??
DOWNLOAD EBOOK PERCUMA INI, SEKARANG !!
SMS doakan semoga anda semua kaya, bahagia dan berjaya walau di mana jua anda berada.

Sila SHARE jika anda rasa entry kali ini bermanfaat kepada saudara-mara atau rakan-rakan di luar sana.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS 
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment