Baby Jaundice memang akan kuat tidur dari baby biasa. |
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ok, entry ni sambungan dari post yang lalu (Part 5).
Suasana tengah hari tu terus hingar-bingar dengan suara-suara tak puas hati doktor dan staff kena berpindah wad time macam ni, ditambah dengan suara geseran perabot yang disorong tolak keluar untuk ke tingkat atas.
Biarkan lah.
Politik kerja. Kat mana-mana pun sama. Bila tak puas hati, kita akan berkata-kata sesama teman untuk meluahkan rasa.
Berbalik kepada result saya dan baby Azzahra.
Cam mana?
Result masih belum keluar.
Dalam hati.. saya terus berdoa walau 80-20%, anything can be happen.
So, selagi belum confirm.. kita belum berada di zon yang selesa.
Walau sedikit rasa lega saya ditempatkan di satu sudut bersama ibu-ibu dan baby yang akan discharge hari ni.
Dorang dah confirm.
Saya dengan Azzahra ni, ternanti-nanti keputusan.
Tak lama kemudian, en.suami sampai dan dia yang follow up staff bertugas.
Push dorang untuk dapatkan result segera.
Bahagian pendaftaran pun tak pasti.
Kecian dorang.
Nasib baik dorang sangat baik dan memahami.
Dorang call sana-sini, bahagian makmal. Person in charge.
Saya pasang je telinga. Hahaha..
Katanya dengan talian sana, result dah ada.
Tapi.. saya tak tahu apa jawapan.
Sangat surprise taw. Huhuhu..
Pastu, call orang lain pulak.
Katanya, doktor kena endorsed.
Ok. Macam positive je.
Alhamdulillah.
Baby Azzahra confirm boleh balik hari ni.
Tapi.. ada sedikit masalah. Huhuhu..
Kena tunggu.
Doktor yang endorse tu sibuk sekarang. Meaning akan lewat sikit lah dari orang lain yang memang dah settle.
Hurmm..
Tak pe.
Yang penting, kitorang dah boleh balik. Rasa nak melompat je taw. Tak sabar nak keluar dari 'penjara' ni.
Kihkihkih.
Lama jugak lah menunggu.
Sementara tu en.suami uruskan pembayaran dan segala emak nenek yang wajib dibuat sebelum keluar.
Ke Farmasi ambil ubat.
It's ok, lama sikit asalkan boleh balik dah.
Alhamdulillah.
Dalam duk menunggu tu sempat lah sembang-sembang dengan ibu-ibu lain yang tunggu turn untuk dipanggil bagi urusan akhir proses discharged.
Isunya off course tanya bacaan kuning (Jaundice) anak berapa? Berapa hari dah kat sini? Anak ke berapa? Duk mana? Tunggu siapa datang ambil?
Then, dorang kata.. bacaan kuning (Jaundice), Azzahra ni normal. Ramai lagi yang tinggi-tinggi bacaannya.
Biasa kalau 200 ke bawah memang confirm boleh balik.
Ok.
Mana lah saya taw.
Papepun, bersyukur sesangat.
Setelah settle semua urusan pendaftaran keluar, saya disambut oleh emak dan adik untuk dibawa balik sambung berpantang di rumah dengan tenang.
Rupanya, ada 2 tempat laluan kitorang wajib singgah walau cam mana pun.
Mak Guard pertama dekat pintu luar wad, untuk bagi surat yang menyatakan kitorang boleh keluar.
Pak Guard kedua, dekat ground floor tunjuk surat yang sama beserta tagging di kaki baby dan tangan ibu.
Fuh!!
Dah keluar.
Rasa sihat sangat. Rasa freedom.
Cukup lah hampir seminggu terkurung dalam wad.
Tak mahu dah. Datang lagi sini. Itu lah dia episod pengalaman Jaundice saya dan baby Azzahra sepanjang di HTAA.
Kisah ni, tak terhenti di sini.
Ia masih ada sambungan.
Sambungan follow up check up di Poliklinik Kesihatan Beserah pulak.
Ingatkan dah hooray!
Nampaknya masih terikat sehingga betul-betul bebas Jaundice.
Nantikan episod seterusnya di poliklinik pulak.
Kita bersambung di next entry PART 7.
Anda boleh juga baca entry sebelum ni, di bawah.
Pengalaman pertama Anak Jaundice PART 1
Pengalaman pertama Anak Jaundice PART 2
Sekian,wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.
Kita bersambung di next entry PART 7.
Anda boleh juga baca entry sebelum ni, di bawah.
Pengalaman pertama Anak Jaundice PART 1
Pengalaman pertama Anak Jaundice PART 2
Sekian,wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.
*Sila SHARE jika entry kali ini bermanfaat untuk saudara-mara dan jugak rakan-rakan kita di luar sana. Saya doakan anda Kaya, Bahagia dan Berjaya Dunia/Akhirat.
|
"Think Positive & Keep Smiling, I'M Happy Working-At-Home-Mom."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Miss Sakinah
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
No comments:
Post a Comment