Social Icons

Saturday, 11 November 2017

DIARI AZZAHRA : FIRST TIME CUKUR RAMBUT

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar? Saya mendoakan semoga anda semua sihat sejahtera dan berbahagia di samping keluarga tercinta.

Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

Hari ni, saya nak share pengalaman pertama saya dan en.suami mencukur rambut baby sulong kami, Azzahra semalam.

CUKUR RAMBUT

Seminggu sebelum kami decide date nak cukur rambut Azzahra, suami cakap... "Sayang lah yang cukur rambut Azzahra nanti. Abang tak berani."

Biar betul? Saya harapkan en.suami. Dia pulak harapkan kita.

Hurmm..nampaknya, nak tak nak terpaksa lah saya cuba. Rambut Azzahra makin lama makin panjang.

Kalau dibiarkan.. lagi susah nak mencukur.

Kami ingat nak buat dalam masa seminggu dia lahir. Tapi, macam-macam ujian. Saya dan baby kena tahan kat wad sebab jaundice.

Luka caesar pun belum pulih sepenuhnya. Kena ulang-alik ke klinik walau dah discharged.

Hajat nak mengambil berkat sunat tue, tak berjaya.

"Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." - Hadith Riwayat Ahmad dan At-Tirmidzi

Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Genap usia 67 hari, baru dapat cukur rambut Azzahra.

Ok, lah.Better late then never.

Kami ambil berkat hari jumaat untuk mencukur rambut.

Seawal pagi, selepas subuh Azzahra bangun macam biasa.


Baby Azzahra baru bangun dan menyusu. Ajak sembang-sembang.

Merengek lapar nak menyusu. Dah selesai menyusu, duk main-main dengan dia sambil ajak sembang.

Harap-harap dia faham lah. "Hari ni, ibu ayah nak cukur rambut Zahra taw. Kita potong rambut ye, sayang. Anak ibu duk baik-baik taw. Nanti, tumbuh rambut baru yang lagi sihat dan cantik. Sekejap je. Anak ibu anak yang baik.."

So, pagi tu misi kami bermula seawal jam 7.30pagi.

Azzahra sebelum bercukur. Duk tengok ayah dia.

Bukan mudah nak menggondol rambut Zahra yang makin lebat nie.

Agak-agak siapa yang mencukur?

Memang ayah dia lah cukur dari awal hingga ke sudah. Ibunya tolong touch up je.

Nasib baik, ayahnya berani.

Cuma ibu dia je yang susah hati, risau terluka kena kulit kepala.

Operasi menggondol kepala baby Azzahra mengambil masa 3 jam.


Masa ni, kita dah touch up sikit saki-baki rambut yang belum tercukur.

Dia menggelupur rimas. Menangis lapar. Menyusu dulu. Bagi dia relax sekejap. Dah menyusu dia tertidur.

Masa dia tidur ni lah mudah sikit nak memotong rambut.

Tidur-tidur ayam. terjaga, dia bangun balik.

Dia lapar, menyusu.

Jam 10 lebih dia dah start rimas merah-merah muka. Serba tak kena.

Saya dah mula nak give up untuk teruskan. Sebab keciankan dia.

Tapi, husband cakap.. tak pe, sikit lagi.

Meniarapkan dia, dia ok sikit. Kalau baringkan, dia memang tak selesa.

So, dia prefer bercukur dalam keadaan meniarap.

Habis satu badan, dia dan juga ibunya bermandikan rambut di atas riba.


Nampak comot. Ada anak rambut yang belum dicukur.

Jam 11 tengah hari, settle bercukur.


Before & after bercukur.
Mandikan dia. Pakaikan baju. Then, dia tidur lena.


Azzahra day1, day67 and today day68.

Fuhh!! Mencabar jugak nak cukur baby kecik nie.

Ok, kat bawah ni saya share kan sedikit tips mencukur rambut yang saya peroleh dari bacaan dan juga pengalaman kawan-kawan.

1. Ada yang cadangkan bedungkan dia dengan kain batik sepanjang proses mencukur.

Saya tak bedung. Baby Azzahra ni bukan jenis yang duk diam dalam bedung. Maka memang mencabar. Huhuhu..

2. Sediakan air suam untuk basahkan rambut elak dari terbang.

3. Ada jugak kawan, cadangkan tabur bedak atas kepala untuk elak dari luka dan miang katanya. Setakat mana keberkesanannya saya sendiri tak pasti. Kami cuba jugak.. First trial.

Tengok baby Azzahra sama je.

4. Sebelum memotong, sila lah baca doa dan niat yang baik-baik sahaja.

Apa yang kita SEBUT,
Apa yang kita UCAP,
Apa yang kita BAYANG,
Apa yang kita FIKIR..
Semuanya adalah DOA.

So, DOA kan yang baik-baik.

5. Mulakan dengan memotong rambut sehingga nipis. Bila dah nipis, baru mudah nak mencukur saki-baki rambut.

6. Selepas mencukur, sapukan bedak supaya kulit kepala baby sejuk dan lebih relax.

Ok, selamat mencuba.

Sekian, wassalam.

Salam Sayang, Salam Bahagia.
Diari Azzahra.

"Think Positive & Keep Smiling, I'M Happy Working-At-Home-Mom."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Miss Sakinah
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

Apa Komen Anda

Google+ Followers

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Kepakaran Saya:

Memberi khidmat kesihatan menyeluruh berasaskan amalan produk semulajadi, selamat & halal dengan keizinan Allah SWT. Setiap langganan vitamin dari kami, anda layak mendapat :-
- Jadual Makan Vitamin
- Konsultansi Percuma berterusan
- Jemputan ke group facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee
Whatsapp/ Telegram :- 019-916 4276
Emel : sakinahmatsaid@gmail.com

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfa Technologies. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared by Zulfa Technologies