Sunday 5 February 2017

PENGALAMAN PERTAMA GUNA URINE PREGNANCY TEST (UPT)- PART 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan buat semua pembaca blog ini.

Saya doakan semoga anda semua dipermudahkan segala urusan dan berbahagia selalu disamping keluarga tercinta. kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

InsyaAllah.

Ok, hari ni saya nak sambung story pasal Pengalaman Pertama Guna Urine Pregnancy Test(UPT)-Part 1 di entry yang lalu. Anda boleh baca di sini.

Mesti ramai yang ternanti-nanti nak tahu apa yang terjadi pada Urine Pregnancy Test (UPT) yang en. suami belikan tu kan?

Dalam entry yang lalu, kitorang setuju untuk check selepas seminggu.

Tetapi...

Tangan gatal dan hati ingin tahu saya ni, memang tak boleh sabar.

UPT memang dah ada pada saya.

Maka, keesokkan paginya.. saya dengan excited bangun dari tidur. Pi lah ke toilet untuk mencuba. Konon-konon nak buat surprise pada en.suami.Hehehe.

Jeng je jeng...

Rasa-rasa apa jadi?

Positive ke Negative result UPT tu tadi?

Saya tak pernah ada experience. Jadi so excited. Saya baca instruction yang diberi. Follow betul-betul, risau tersilap langkah. Hahaha..

Sekejap je masa nak test tu.

Tadaa...

(Mood sedih dan kecewa)😭😭😢

Line yang sepatutnya clear, pudar.. meant negative. Huhuhu..

Saya pun kejutkan en.suami dan story kat dia dengan muka sedih.

Dia cakap tak pe. InsyaAllah ada rezeki nanti.

Then, saya pun gitaw Kak Long pasal saya dah 'terguna' Urine Pregnancy Test (UPT).

Kak Long cakap memang lah jadi macam tu sebab masih terlalu awal. Tunggu lah dulu at least seminggu. Hujung bulan ni, baru sesuai nak check.

Kitorang pun anggap mayb, perubahan hormon. Bukan sebab pregnant.

UPT pn dah confirm negative.

Hari demi hari, keadaan saya semakin merisaukan. Period pun tidak. Tapi, selera makan makin menjadi. Perut saya mula memulas dan sakit-sakit pinggang.

Pada saya mungkin nak period kot.

Tapi, hati saya kuat menyatakan i'm pregnant. Saya tak nak terjadi pape kalau betul saya pregnant. Saya tak nak kerana kecuaian saya, kitorang hilang zuriat anugerah terindah buat kami.

Seminggu jugak, perut saya makin menjadi-jadi memulas dan sakit.

Disebabkan hujung minggu tersebut saya perlu temankan en.suami ke Besut, Terengganu, kitorang decide untuk ke klinik pada hari jumaat.

Emak saya pun nasihatkan macam tu. Risau ada sakit pape pulak.

En.suami setuju bawa saya untuk berjumpa doktor.

So, apa yang sebenarnya berlaku?

Kita story next entry ye.

Sehingga bertemu.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

No comments:

Post a Comment