Dah setahun kahwin. Ni, antara hantaran dari pihak perempuan. Sentuhan saya dan juga adik-adik yang banyak membantu. |
Alhamdulillah.. syukur kepadaNya atas nikmat dan rahmat yang Allah berikan sehingga hari ini.
Walau di luar sana, hujan masih mencurah-curah membasahi bumi Terengganu. Saya masih belum lupa tarikh keramat pernikahan kami iaitu 3 Disember 2016.
Setahun yang lalu.
Setahun yang lalu.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Terima kasih, Ya Allah.
Setahun saya bersama en. suami melayari bahtera rumahtangga berdua dan diserikan lagi dengan kehadiran cahaya mata kami yang pertama.
Bayi perempuan yang sedang membesar hampir 3 bulan (genap 5 Disember ini).
Azzahra meniarap pagi tadi, masa ibu dia tengah solat subuh. |
"Happy First Anniversary Abang"
Hurmm.. agak-agak apa planning untuk first anniversary ni ye?
Citer nya ingatkan nak ke kelantan 2,3 hari (en. suami nak tunaikan keteringinan si isterinya yang mengidam makanan kelantan masa mengandung).
Tapi, terkandas di tengah jalan. Hujan sehari dua sejak balik Terengganu ni sangat-sangat lah lebat. Cerah sekejap je. Matahari pun still off. Hehehe..
So, 3 Disember ni just jalan-jalan. Teman en. Suami bawak kawan dia makan-makan makanan Terengganu kat Restoran Mat Binjai dan ronda-ronda sekitar bandar Kuala Terengganu.
Agak kecewa jugak lah. Bila en. suami kata ada kerja dengan kawan dia. (kisahnya, dia lupa tarikh keramat tue. Huhuhu.. orang lelaki memang macam ni ke?).
Sangat tak best dating berlima dengan kawan lelaki di hari penting. So, sad.
Tak pe, lah.
Pujuk hati sendiri.
Asam garam dalam mengenali pasangan kita. We are not perfect. Hahaha..
Dah taw wife dia muncung panjang macam itik. Pepandai lah dia pujuk.
Ok, tak mahu sedih-sedih.
Let's enjoy my day setahun yang lalu kat bawah nie.
My simple wedding di musim tengkujuh.
Make up by mak andam last minute seawal jam 7 pagi.
Make up by mak andam last minute seawal jam 7 pagi.
Terpaksa cari mak andam last minit. Sebab tak yakin boleh make up sendiri. Ni, lah hasil yang en.suami tak suka. Katanya, macam anak patung. Macam kahwin dengan orang lain. Huhuhu. |
Bergambar kenangan dengan emak mertua dan emak. |
Bersama sebahagian family. Ni, baru sikit. Yang lain, entah kemana, pun tak tahu. |
Menu beehon goreng dan karipap. Air apa? Saya pun tak tahu. Bab makan, emak yang handle dengan adik-adik. |
Part saya paling tak suka. Kena jalan berarak semua orang tengok. Malu kot. Malu-malu kucing. Kihkihkih. |
Makan tengah hari. Macam-macam ada. Tapi, tak termakan. |
Gambar kat dalam banyak yang tak jadi. Not ready.Ni je lah yang ok sikit. Pelamin so simple. Ruangan pun kecik. Tak sesuai untuk ahli keluarga yang ramai. |
Majlis pihak lelaki pulak, 11 Disember 2016.
Potong kek. |
Makan pengantin. Dorang punyer service macam ala-ala hotel. Termalu kita di pihak perempuan yang so simple. |
Bersama family en.suami. |
Cukuplah, sampai sini je untuk tatapan dan kenangan.
Papepun syukur Alhamdulillah, bukan mudah untuk kami sampai ke tahap hari ini. Macam-macam cabaran dan halangan nak menikah.
Akhir kalam, special song for my luvly partner en. suami, En. Mohd Noor Ariff Muhammad :
Happy First Anniversary, Abang.
Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.
*Sila SHARE jika entry kali ini bermanfaat untuk saudara-mara dan jugak rakan-rakan kita di luar sana. Saya doakan anda Kaya, Bahagia dan Berjaya Dunia/Akhirat.
|
"Think Positive & Keep Smiling, I'M Happy Working-At-Home-Mom."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Miss Sakinah
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
No comments:
Post a Comment